Showing posts with label rawatan islam. Show all posts
Showing posts with label rawatan islam. Show all posts

Sunday, 14 December 2014

Jangan Upload Gambar Bayi Anda Jika Sayangkan Dia

Al Ain Bukan Perkara Main-main.


Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal.


Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan. 
Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya:

Monday, 3 November 2014

Jin atau manusia lebih jahat?

Sebaik baik jin,sejahat jahat manusia. Sedap bunyi kata-kata ini. Benarkah kata-kata ini. Di dalam Al Quran Kalamullah tidak wujud pernyataan ini. Dalam hadith juga tidak ditemui. 

Dari manakah ianya bersumber? 

Perkataan ini hanya wujud di kalangan orang Melayu. Dan boleh dikatakan ianya merupakan "hadith Melayu" yang tidak boleh diguna pakai. 

Jika dikaji ianya lebih kepada memfitnah jin. Berdosa tak?

Seharusnya kata-kata yang digunakan sebagai sandaran biarlah ada sumber yang sohih. Jangan terus petik dan sebarkan.

Apabila dirujuk kepada Al-Quran, kita dapati bahawa Allah SWT menyamakan di antara jin dan manusia dari segi sebahagiannya ada yang baik dan sebahagian lagi tidak. Dalam surah al-Jinn, ayat 11, Allah SWT menyatakan:

"Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan."

Sunday, 12 October 2014

Seminar Perubatan Islam Siri 1

Seminar Perubatan Islam Siri 1. Bertempat di Dewan Seminar Masjid Negeri Shah Alam, pada 18 Oktober 2014.  Peserta akan diberikan sijil. Daftar segera sebelum terlewat. Makan tengahari disediakan. Terhad kepada 300 peserta sahaja.
Untuk pendaftaran awal sila hubungi Pn. Nurul Haslinda :  01116582973

Boleh buat pembayaran online:
Nama Akaun: Badan Kebajikan Islam dan Amal
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam
No. Akaun 1-203-801-0117305 (Bank Islam) dan sila WhatsAp salinan slip pembayaran.

Thursday, 28 August 2014

Manusia menundukkan Jin?

Perhubungan di antara jin dan manusia memang wujud dan ditegaskan di dalam al-Quran, Sunnah dan Ijma’ ulama. Tetapi perhubungan ini adalah secara khusus dan terbatas menurut undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. 


Jin ada kalanya masuk ke dalam badan manusia dengan cara yang hanya Allah SWT sahaja mengetahuinya. Ada di kalangan menusia yang sakit lumpuh, gila, lupa diri, was-was, sesat, dan bermacam-macam lagi akibat tindakan mereka.

Golongan jin yang melakukan perbuatan ini adalah yang kafir atau fasiq. Tetapi jin yang beriman tidak melakukan perbuatan seumpama ini, mereka adalah golongan yang baik sebagaimana manusia yang beriman juga.

Monday, 17 February 2014

Apa yang dikeluarkan semasa berbekam?

“Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu gunakan adalah berbekam.” (Muttafaq ‘alaihi, Sahih Bukhari (no. 2280) dan Sahih Muslim (no. 2214)

Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya pada bekam itu terkandung kesembuhan.” (Kitab Mukhtashar Muslim (no. 1480), Sahihul Jaami’ (no. 2128) danSilsilah al-Hadiith ash-Sahiihah (no. 864), karya Imam al-Albani)

  • -Angin  
  • -Darah yang mengandungi toksid
  • -Darah yang mengandungi toksin
  • -Gula yang berlebihan dalam darah
  • -Kolestrol
  • -Asid Urik penyebab utama gout
  • -Darah kotor yang bertali akibat gangguan jin
“Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah dengan berbekam.” (HR. Ahmad).

Wednesday, 4 December 2013

Adab Sebagai Pesakit

Adab Sebagai Pesakit

Sebagai pesakit, anda sedang berada di bawah pengawasan ketat Allah (s.w.t). Setiap gerak laku baik anda akan dinilai dan digandakan pahalanya berlipat kali ganda berbanding ketika anda sihat. Oleh itu jagalah adab sebagai pesakit dan sedarlah dengan pemerhatian Allah yang lebih teliti. (perumpamaan untuk manusia supaya mudah difahami. Sifat Allah sebenarnya tidak boleh dibandingkan). Berikut adalah tip-tip untuk menjaga adab yang baik kepada Allah s.w.t sebagai pesakit:

1. Bersangka baik kepada Allah.

Semua perkara dan peristiwa yang Allah datangkan kepada kita adalah baik belaka dan demi untuk kebaikan kita sendiri walaupun pada pandangan zahirnya nampak seperti malapetaka dan beban yang amat besar.

Kita nampak ujian dari Allah sebagai bala kerana kita gagal melihat ujian itu dari perspektif yang menyeluruh terutama dari pandangan batin (perkara tersirat). Sebagai contoh, lutut kita sakit kerana ini adalah cara Allah memberitahu kita bahawa sesuatu yang tidak kena (masalah) telah berlaku pada lutut kita. 

Wednesday, 20 November 2013

Amalan Khurafat Masyarakat Melayu

DEFINASI KHURAFAT



Perkataan khurafat ini berasal dari bahasa arab : kharafa-yakhrifu-kharfan-khurafatan.



Dari pandangan bahasa Inggerisnya merujuk kepada "superstition".

Dalam bahasa Latinnya yang membawa maksud sesuatu yang dipetik, atau cerita bohong, dongeng dan tahayul, atau sesuatu hal yang tidak masuk akal, atau sesuatu yang dusta tetapi menarik.

Rujukan teknikal kepada istilah ini adalah tertumpu kepada pengertian berikut :-  

Pegangan atau iktikad yang tidak bersandarkan kepada asas realiti dan tidak juga bersandarkan asas agama, seumpama ungkapan atau perbuatan atau juga bilangan tertentu yang disangkakan boleh mendatangkan kebahagian ataupun kecelakaan.

Semua kepercayaan, keyakinan atau kegiatan yang tidak bersumber dari ajaran agama, tetapi diyakini bahawa hal tersebut memiliki dasar dari agama.

Monday, 28 October 2013

Adab-adab merawat pesakit


Berikut merupakan adab-adab perawat sewaktu merawat pesakit.


1. Memohon izin dan redha daripada pesakit atau walinya. 


2. Memberi nasihat, ihsan dan berlembut kepada pesakit sebagai menyahut arahan Allah swt :


إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. ( an-Nahl : 90)

Sunday, 16 June 2013

Buang Saka Dengan Meditasi Islam

Pada zaman yang serba pantas lagi mencabar ini pelbagai ragam perlu kita hadapi. Seringkali apa yang kita harapkan tidak terjadi bahkan ianya menjadi satu bebanan dalam hidup. Tekanan demi tekanan sering menjadikan kita berada dalam dilema. Adakalanya kita berusaha bersungguh-sungguh tetapi masih juga tidak mendapat apa yang diharapkan. Oleh kerana sering gagal maka kita mulalah mencari jalan keluar samada secara nyata atau secara spiritual. bagi saya yang sering menjadi persoalannnya ialah mengapa manusia sering gagal walaupun jika dilihat pada usaha ianya sudah berpatutan. Saya melihat perkara ini dari dua sudut yang berbeza. 


Pertama, memang pada zahirnya kita semua mengetahui keadaan ekonomi dunia yang semakin menekankan bukan sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia. Justeru itu persaingan yang sengit mungkin memberi sumbangan terhadap kegagalan kita. Tetapi masih perlu diingat adakalanya usaha kita adalah yang terbaik bukan sahaja pada pandangan kita bahkan pada pandangan sekeliling kita, namun mengapakah kegagalan sering datang menghantui. Maka di sinilah kemungkinan sebab yang kedua iaitu mungkin ada halangan dari segi spiritualnya.

Wednesday, 5 June 2013

Jemputan Seminar Rawatan Islam



Kami menjemput muslimin dan muslimat yang berminat untuk belajar kaedah rawatan Islam.  Kami mengenakan caj pembelajaran yang terendah iaitu RM80 sahaja.

Insyaallah, dengan sekali mengikuti seminar ini, anda mampu merawat.

Mari bersama menuntut ilmu ini. Ianya berguna untuk menambah ilmu dan membantu kepada sesiapa yang memerlukan. 

Kaedah rawatan ini mengikut garis panduan hukum syarak.

PERSATUAN PERAWAT ISLAM ASY SYAHIDI MALAYSIA merupakan ahli berdaftar kepada Gabungan Persatuan Perawat Islam Malaysia (GAPIMA).

Friday, 2 November 2012

Sains Wuduk

SECARA dasarnya, berwuduk bermaksud menyucikan anggota-anggota badan tertentu dengan menggunakan air yang bersih mengikut tatacara yang ditetapkan oleh syariat. Berhubung dengan anggota ­anggota badan yang wajib dibasuh dengan air, Allah berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 6 yang bermaksud, 
"Wahai orang yang beriman, apabila kami hendak mengerjakan sembahyang (sedangkan kamu sedang berhadas kecil) maka berwuduklah, iaitu basuhlah muka kamu, kedua-dua belah tangan kamu sehingga ke siku, sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua­ dua belah kaki kamu sehingga ke buku lali."

Wednesday, 2 May 2012

Fakta Mengenai Saka Yang Perlu Kita Ketahui

Syaitan amat gembira apabila ada dikalangan manusia yang menyeru untuk berdamping dengan golongan mereka kerana mereka sememangnya mahu menyesatkan manusia sepertimana firman Allah Ta’ala didalam surah al-Hijr yang bermaksud: “Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (Surah Al-Hijr 15:39)

Monday, 5 March 2012

Jin Tinggal Serumah Bersama Kita

Kita bukan duduk berseorangan dirumah kita , kadang-kadang jin akan duduk bersama dengan kita tetapi kita tidak akan sedar kehadirannya.

Biasanya jin tinggal dirumah-rumah yang mana tergolong dalam kategori dibawah.
  1. Rumah yang mana tapak tanahnya tanah kubur.
  2. Rumah yang mana tapak tanahnya adalah hutan.
  3. Rumah yang mana tapak tanahnya terdapat pokok yang besar sebelum rumah tersebut dibina.
  4. Rumah yang mana tapak tanahnya adalah kolam .
  5. Rumah yang mana jalan raya bertembung dengan pintu rumah tersebut.
  6. Rumah yang terdapat bilik atau tempat yang tidak digunakan dan gelap untuk jangka masa panjang.
  7. Rumah yang lama ditinggalkan kosong.
  8. Rumah yang terlalu lewat siap pembinaannya.
  9. Rumah yang dibina ditempat yang tinggi.

Thursday, 29 September 2011

Tragedi Jin Asyik

“Jin asyik” dikategorikan sebagai jin yang menyukai, menyintai dan menjadikan manusia-manusia tertentu sebagai idola atau pujaan atau kekasih mereka. Ada diantara kes-kes yang serius sehingga jin-jin itu bersetubuh atau berkahwin dengan manusia sehingga melahirkan anak-anak jin.

Mangsa-mangsa terdiri dari pelbagai latarbelakang, ada diantara mangsa ialah mereka-mereka yang terkenal seperti artis-artis pujaan, wanita-wanita yang suka bersolek berlebih-lebihan dan yang suka mendedahkan aurat, ada mangsa dikalangan orang biasa yang mempunyai sejarah bersaka, ada juga dikalangan orang-orang yang rajin beramal ibadat tanpa berguru.