Showing posts with label perawat islam. Show all posts
Showing posts with label perawat islam. Show all posts
Thursday, 30 January 2014
Wednesday, 19 June 2013
Faktor-faktor penyebab SAKA
Saka begitu sinonim dengan masyarakat Melayu, sedangkan ia juga terdapat pada kaum-kaum lain seperti Cina, India dan lain-lain. Dalam masyarakat Melayu, kita boleh mengkategorikan diantara faktor-faktor penyebab hadirnya saka ialah seperti di bawah :-
1. Terlibat dengan ilmu dan amalan salah dan sesat yang meilbatkan penggunaan jin dan syaitan.
2. Akibat perbuatan sihir pada sesetengah orang juga merupakan antara faktor utama. Apabila seseorang dikatakan terkena buatan sihir jahat tidak kiralah atas sebab apa, maka mereka pastinya akan berubat untuk membuang segala kesakitan yang melibatkan jin dan syaitan. Dengan izin Allah ramai diantara mereka sembuh, tetapi kemungkinan yang berlaku masih terdapat sisa atau baki unsur-unsur sihir dalam jasad mereka tanpa disedari sebab jin dan syaitan hanya menumpang duduk tanpa menyakiti.
Thursday, 29 September 2011
Tragedi Jin Asyik
“Jin asyik” dikategorikan sebagai jin yang menyukai, menyintai dan menjadikan manusia-manusia tertentu sebagai idola atau pujaan atau kekasih mereka. Ada diantara kes-kes yang serius sehingga jin-jin itu bersetubuh atau berkahwin dengan manusia sehingga melahirkan anak-anak jin.
Mangsa-mangsa terdiri dari pelbagai latarbelakang, ada diantara mangsa ialah mereka-mereka yang terkenal seperti artis-artis pujaan, wanita-wanita yang suka bersolek berlebih-lebihan dan yang suka mendedahkan aurat, ada mangsa dikalangan orang biasa yang mempunyai sejarah bersaka, ada juga dikalangan orang-orang yang rajin beramal ibadat tanpa berguru.

Sunday, 25 September 2011
Tanda-tanda Lelaki dicintai Jin Betina atau Jin asyik
Ada beberapa tanda atau simtom menunjukkan seseorang lelaki itu dicintai oleh Jin betina atau disebut oleh perawat Islam sebagai jin asyik. Mari kita bersama-sama mendapatkan kefahaman tentang perkara ini.
1. Bersikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.
2. Suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khalayak ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.

Subscribe to:
Posts (Atom)