Showing posts with label rawatan alternatif. Show all posts
Showing posts with label rawatan alternatif. Show all posts

Sunday, 8 February 2015

TEKNIK-TEKNIK PERUBATAN DALAM AKUPUNTUR

1. TEKNIK PEMBAKARAN
Rawatan secara pembakaran memerlukan penggunaan sejenis herba cina. Herba yang yang dimaksudkan ialah Rumput Ai. Rumput ini banyak terdapat di kedai ubat-ubatan cina. Rumput Ai digulung supaya terbentuk seperti sebatang rokok yang halus. Rumput itukemudian dibakar dan diletakkan di atas titik-titik yang sakit. Tenaga yang mengalir daripada rumput yang terbakar itu dapat merawat rasa sakit pada titik-titik akupuntur. Bagi mengelakkan kulit tubuh daripada terbakar, beberapa helai rumput Ai tadi boleh diletakkan di atas sepotong halia atau bawang putih yang nipis, kemudian ia dibakar dan diletakkan di atas titik akupuntur yang sakit . Langkah ini hendaklah dilakukan sebanyak3 hingga 5 kali untuk orang dewasa dan 1 hingga 3 kali bagi kanak-kanak. Kurangkan pembakaran apabila tubuh terasa semakin letih. Rawatan ini hendaklah dilakukan selama tiga minggu berturut-turut dan kemudian berehat selama seminggu. Waktu yang paling sesuai bagi melakukan pembakaran adalah satu jam sebelum serta selepas makan dan minum. Pengambilan minuman keras adalah di larang semasa tempoh rawatan dijalankan. 

Thursday, 5 February 2015

Akupuntur: Kaedah Alternatif Perubatan

Kaedah perubatan cina secara akupuntur atau urut refleksi mula dipraktikkan di China sejak 5000 tahun lalu. Pada masa dahulu ketulan-ketulan batu digunakan dan bukannya jarum seperti yang digunakan sekarang. Alternatif lain bagi rawatan akupuntur selain daripada menggunakan kaedah jarum adalah dengan kaedah memicit dan kaedah perubatan secara pembakaran. 
Kaedah memicit dapat memudahkan pesakit melakukan rawatan sendiri dengan cara memicit di bahagian-bahagian tertentu pada anggota badan menggunakan hujung jari. Untuk itu pesakit perlu mengetahui titik-titik akupuntur yang terdapat pada tubuh badan mereka. Terdapat meridian serta formula tertentu dalam badan seseorang. Titik meridian bagi kaum lelaki dan kaum perempuan adalah berlainan. Kaum lelaki mempunyai kuasa ying iaitu positif, manakala kaum perempuan mempunyai kuasa yang iaitu negatif. Oleh itu tempat dan hari untuk mencucuk jarum adalah berbeza.

Thursday, 28 August 2014

Manusia menundukkan Jin?

Perhubungan di antara jin dan manusia memang wujud dan ditegaskan di dalam al-Quran, Sunnah dan Ijma’ ulama. Tetapi perhubungan ini adalah secara khusus dan terbatas menurut undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. 


Jin ada kalanya masuk ke dalam badan manusia dengan cara yang hanya Allah SWT sahaja mengetahuinya. Ada di kalangan menusia yang sakit lumpuh, gila, lupa diri, was-was, sesat, dan bermacam-macam lagi akibat tindakan mereka.

Golongan jin yang melakukan perbuatan ini adalah yang kafir atau fasiq. Tetapi jin yang beriman tidak melakukan perbuatan seumpama ini, mereka adalah golongan yang baik sebagaimana manusia yang beriman juga.

Monday, 17 February 2014

Apa yang dikeluarkan semasa berbekam?

“Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu gunakan adalah berbekam.” (Muttafaq ‘alaihi, Sahih Bukhari (no. 2280) dan Sahih Muslim (no. 2214)

Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya pada bekam itu terkandung kesembuhan.” (Kitab Mukhtashar Muslim (no. 1480), Sahihul Jaami’ (no. 2128) danSilsilah al-Hadiith ash-Sahiihah (no. 864), karya Imam al-Albani)

  • -Angin  
  • -Darah yang mengandungi toksid
  • -Darah yang mengandungi toksin
  • -Gula yang berlebihan dalam darah
  • -Kolestrol
  • -Asid Urik penyebab utama gout
  • -Darah kotor yang bertali akibat gangguan jin
“Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah dengan berbekam.” (HR. Ahmad).

Wednesday, 19 June 2013

Faktor-faktor penyebab SAKA

Saka begitu sinonim dengan masyarakat Melayu, sedangkan ia juga terdapat pada kaum-kaum lain seperti Cina, India dan lain-lain. Dalam masyarakat Melayu, kita boleh mengkategorikan diantara faktor-faktor penyebab hadirnya saka ialah seperti di bawah :-



1. Terlibat dengan ilmu dan amalan salah dan sesat yang meilbatkan penggunaan jin dan syaitan. 


2. Akibat perbuatan sihir pada sesetengah orang juga merupakan antara faktor utama. Apabila seseorang dikatakan terkena buatan sihir jahat tidak kiralah atas sebab apa, maka mereka pastinya akan berubat untuk membuang segala kesakitan yang melibatkan jin dan syaitan. Dengan izin Allah ramai diantara mereka sembuh, tetapi kemungkinan yang berlaku masih terdapat sisa atau baki unsur-unsur sihir dalam jasad mereka tanpa disedari sebab jin dan syaitan hanya menumpang duduk tanpa menyakiti.

Sunday, 16 June 2013

Buang Saka Dengan Meditasi Islam

Pada zaman yang serba pantas lagi mencabar ini pelbagai ragam perlu kita hadapi. Seringkali apa yang kita harapkan tidak terjadi bahkan ianya menjadi satu bebanan dalam hidup. Tekanan demi tekanan sering menjadikan kita berada dalam dilema. Adakalanya kita berusaha bersungguh-sungguh tetapi masih juga tidak mendapat apa yang diharapkan. Oleh kerana sering gagal maka kita mulalah mencari jalan keluar samada secara nyata atau secara spiritual. bagi saya yang sering menjadi persoalannnya ialah mengapa manusia sering gagal walaupun jika dilihat pada usaha ianya sudah berpatutan. Saya melihat perkara ini dari dua sudut yang berbeza. 


Pertama, memang pada zahirnya kita semua mengetahui keadaan ekonomi dunia yang semakin menekankan bukan sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia. Justeru itu persaingan yang sengit mungkin memberi sumbangan terhadap kegagalan kita. Tetapi masih perlu diingat adakalanya usaha kita adalah yang terbaik bukan sahaja pada pandangan kita bahkan pada pandangan sekeliling kita, namun mengapakah kegagalan sering datang menghantui. Maka di sinilah kemungkinan sebab yang kedua iaitu mungkin ada halangan dari segi spiritualnya.

Wednesday, 2 May 2012

Fakta Mengenai Saka Yang Perlu Kita Ketahui

Syaitan amat gembira apabila ada dikalangan manusia yang menyeru untuk berdamping dengan golongan mereka kerana mereka sememangnya mahu menyesatkan manusia sepertimana firman Allah Ta’ala didalam surah al-Hijr yang bermaksud: “Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (Surah Al-Hijr 15:39)

Monday, 5 March 2012

Jin Tinggal Serumah Bersama Kita

Kita bukan duduk berseorangan dirumah kita , kadang-kadang jin akan duduk bersama dengan kita tetapi kita tidak akan sedar kehadirannya.

Biasanya jin tinggal dirumah-rumah yang mana tergolong dalam kategori dibawah.
  1. Rumah yang mana tapak tanahnya tanah kubur.
  2. Rumah yang mana tapak tanahnya adalah hutan.
  3. Rumah yang mana tapak tanahnya terdapat pokok yang besar sebelum rumah tersebut dibina.
  4. Rumah yang mana tapak tanahnya adalah kolam .
  5. Rumah yang mana jalan raya bertembung dengan pintu rumah tersebut.
  6. Rumah yang terdapat bilik atau tempat yang tidak digunakan dan gelap untuk jangka masa panjang.
  7. Rumah yang lama ditinggalkan kosong.
  8. Rumah yang terlalu lewat siap pembinaannya.
  9. Rumah yang dibina ditempat yang tinggi.

Thursday, 29 September 2011

Tragedi Jin Asyik

“Jin asyik” dikategorikan sebagai jin yang menyukai, menyintai dan menjadikan manusia-manusia tertentu sebagai idola atau pujaan atau kekasih mereka. Ada diantara kes-kes yang serius sehingga jin-jin itu bersetubuh atau berkahwin dengan manusia sehingga melahirkan anak-anak jin.

Mangsa-mangsa terdiri dari pelbagai latarbelakang, ada diantara mangsa ialah mereka-mereka yang terkenal seperti artis-artis pujaan, wanita-wanita yang suka bersolek berlebih-lebihan dan yang suka mendedahkan aurat, ada mangsa dikalangan orang biasa yang mempunyai sejarah bersaka, ada juga dikalangan orang-orang yang rajin beramal ibadat tanpa berguru.