Sebaik baik jin,sejahat jahat manusia. Sedap bunyi kata-kata ini. Benarkah kata-kata ini. Di dalam Al Quran Kalamullah tidak wujud pernyataan ini. Dalam hadith juga tidak ditemui.
Perkataan ini hanya wujud di kalangan orang Melayu. Dan boleh dikatakan ianya merupakan "hadith Melayu" yang tidak boleh diguna pakai.
Jika dikaji ianya lebih kepada memfitnah jin. Berdosa tak?
Seharusnya kata-kata yang digunakan sebagai sandaran biarlah ada sumber yang sohih. Jangan terus petik dan sebarkan.
Apabila dirujuk kepada Al-Quran, kita dapati bahawa Allah SWT menyamakan di antara jin dan manusia dari segi sebahagiannya ada yang baik dan sebahagian lagi tidak. Dalam surah al-Jinn, ayat 11, Allah SWT menyatakan:
"Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan."