Showing posts with label alam jin. Show all posts
Showing posts with label alam jin. Show all posts

Monday, 3 November 2014

Jin atau manusia lebih jahat?

Sebaik baik jin,sejahat jahat manusia. Sedap bunyi kata-kata ini. Benarkah kata-kata ini. Di dalam Al Quran Kalamullah tidak wujud pernyataan ini. Dalam hadith juga tidak ditemui. 

Dari manakah ianya bersumber? 

Perkataan ini hanya wujud di kalangan orang Melayu. Dan boleh dikatakan ianya merupakan "hadith Melayu" yang tidak boleh diguna pakai. 

Jika dikaji ianya lebih kepada memfitnah jin. Berdosa tak?

Seharusnya kata-kata yang digunakan sebagai sandaran biarlah ada sumber yang sohih. Jangan terus petik dan sebarkan.

Apabila dirujuk kepada Al-Quran, kita dapati bahawa Allah SWT menyamakan di antara jin dan manusia dari segi sebahagiannya ada yang baik dan sebahagian lagi tidak. Dalam surah al-Jinn, ayat 11, Allah SWT menyatakan:

"Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan."

Thursday, 28 August 2014

Manusia menundukkan Jin?

Perhubungan di antara jin dan manusia memang wujud dan ditegaskan di dalam al-Quran, Sunnah dan Ijma’ ulama. Tetapi perhubungan ini adalah secara khusus dan terbatas menurut undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. 


Jin ada kalanya masuk ke dalam badan manusia dengan cara yang hanya Allah SWT sahaja mengetahuinya. Ada di kalangan menusia yang sakit lumpuh, gila, lupa diri, was-was, sesat, dan bermacam-macam lagi akibat tindakan mereka.

Golongan jin yang melakukan perbuatan ini adalah yang kafir atau fasiq. Tetapi jin yang beriman tidak melakukan perbuatan seumpama ini, mereka adalah golongan yang baik sebagaimana manusia yang beriman juga.

Tuesday, 31 December 2013

Masaalah 18 USXG: Dikahwini Jin

Dikelilingi dan Ditiduri Jin

PERSOALAN :

Assalamualaikum w.w..

Saya ada pertanyaan sedikit.. bukan sedikit tapi mugkin agak banyak.
  1. Saya selalu bermimpi tentang bayi dan kucing, dan bila bermimpi saya kerap terkejut dan terjaga dari tidur. Kadang-kadang saya mimpi kucing berjalan atas katil dekat kaki saya, dan kadang-kadang saya mimpi mendukung dan menyusukan bayi. Kadang-kadang jugak, saya bermimpi ada bayi panjat katil saya time saya tidur. Dan kadang-kadang jugak bermimpi ada 2-3 ekor kucing or 2-3 orang kanak-kanak duduk atas lantai dekat katil saya sambil memerhatikan saya. Saya takut.
  2. Selalu jugak saya bermimpi benda-benda yng menakutkan. Contohnya hantu, pontianak dan makhluk hitam yang berbulu.. Dulu semasa remaja saya selalu bermimpi 'bersama' lembaga hitam itu. Setiap kali saya tidur dia pasti datang dan kami akan buat benda yang dilarang. Selepas rumah lama dirobohkan dan berpindah ke rumah baru lembaga tersebut tidak pernah lagi datang berjumpa saya. Sehingga 2 hari lepas saya bermimpikannya lagi.

Wednesday, 20 November 2013

Amalan Khurafat Masyarakat Melayu

DEFINASI KHURAFAT



Perkataan khurafat ini berasal dari bahasa arab : kharafa-yakhrifu-kharfan-khurafatan.



Dari pandangan bahasa Inggerisnya merujuk kepada "superstition".

Dalam bahasa Latinnya yang membawa maksud sesuatu yang dipetik, atau cerita bohong, dongeng dan tahayul, atau sesuatu hal yang tidak masuk akal, atau sesuatu yang dusta tetapi menarik.

Rujukan teknikal kepada istilah ini adalah tertumpu kepada pengertian berikut :-  

Pegangan atau iktikad yang tidak bersandarkan kepada asas realiti dan tidak juga bersandarkan asas agama, seumpama ungkapan atau perbuatan atau juga bilangan tertentu yang disangkakan boleh mendatangkan kebahagian ataupun kecelakaan.

Semua kepercayaan, keyakinan atau kegiatan yang tidak bersumber dari ajaran agama, tetapi diyakini bahawa hal tersebut memiliki dasar dari agama.

Sunday, 16 June 2013

Buang Saka Dengan Meditasi Islam

Pada zaman yang serba pantas lagi mencabar ini pelbagai ragam perlu kita hadapi. Seringkali apa yang kita harapkan tidak terjadi bahkan ianya menjadi satu bebanan dalam hidup. Tekanan demi tekanan sering menjadikan kita berada dalam dilema. Adakalanya kita berusaha bersungguh-sungguh tetapi masih juga tidak mendapat apa yang diharapkan. Oleh kerana sering gagal maka kita mulalah mencari jalan keluar samada secara nyata atau secara spiritual. bagi saya yang sering menjadi persoalannnya ialah mengapa manusia sering gagal walaupun jika dilihat pada usaha ianya sudah berpatutan. Saya melihat perkara ini dari dua sudut yang berbeza. 


Pertama, memang pada zahirnya kita semua mengetahui keadaan ekonomi dunia yang semakin menekankan bukan sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia. Justeru itu persaingan yang sengit mungkin memberi sumbangan terhadap kegagalan kita. Tetapi masih perlu diingat adakalanya usaha kita adalah yang terbaik bukan sahaja pada pandangan kita bahkan pada pandangan sekeliling kita, namun mengapakah kegagalan sering datang menghantui. Maka di sinilah kemungkinan sebab yang kedua iaitu mungkin ada halangan dari segi spiritualnya.