Showing posts with label bekam. Show all posts
Showing posts with label bekam. Show all posts

Tuesday, 22 July 2014

Bolehkan Berbekam Ketika Berpuasa?

HUKUM BERBEKAM SEMASA PUASA 

Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum berbekam semasa puasa , adakah membatalkan puasanya atau tidak. Ada dua pendapat berkenaan masalah ini:

PENDAPAT PERTAMA: Berbekam tidak membatalkan puasa. 


Ini pendapat mazhab Syafie , Maliki dan Hanafi.

DALIL PENDAPAT INI:-

1. Hadis dari Ibnu Abbas:
أن النبي صلى الله عليه وسلم، احتجم وهو محرم، واحتجم وهو صائم

Monday, 17 February 2014

Apa yang dikeluarkan semasa berbekam?

“Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu gunakan adalah berbekam.” (Muttafaq ‘alaihi, Sahih Bukhari (no. 2280) dan Sahih Muslim (no. 2214)

Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya pada bekam itu terkandung kesembuhan.” (Kitab Mukhtashar Muslim (no. 1480), Sahihul Jaami’ (no. 2128) danSilsilah al-Hadiith ash-Sahiihah (no. 864), karya Imam al-Albani)

  • -Angin  
  • -Darah yang mengandungi toksid
  • -Darah yang mengandungi toksin
  • -Gula yang berlebihan dalam darah
  • -Kolestrol
  • -Asid Urik penyebab utama gout
  • -Darah kotor yang bertali akibat gangguan jin
“Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah dengan berbekam.” (HR. Ahmad).

Friday, 11 October 2013

Kebaikan Yang Tidak Disangka Dari Berbekam

Bekam bukan satu kaedah rawatan yang asing lagi baik dikalangan orang Islam, orang berbangsa Cina maupun orang Barat. Terdapat pelbagai jenis bekam seperti bekam darah, bekam angin, bekam urut dan bekam lintah dan pelbagai cara yang digunakan seperti tusukan dan torehan. Semua kaedah sememangnya memberi kesan kelegaan dan penyembuhan pada pelbagai penyakit. Saya agak teruja hari itu apabila menonton siaran History Channel tentang pencerobohan Jepun di negara Burma.Seorang veteran askar British telah menceritakan pengalamannya dalam peperangan itu dan di antaranya beliau diserang lintah. Namun katanya lagi beliau agak hairan kerana penglihatannya telah diperbaiki setelah itu.  

Memang benar, berbekam mampu memperbaiki penglihatan dan fakta ini berdasarkan kepada hadith berikut:

Thursday, 10 October 2013

Diagnosis pada warna kulit selepas berbekam

Diagnosis pada warna kulit selepas berbekam:

1. Bekas bekam yang muncul berwarna ungu kegelapan atau hitam.
- Kekurangan Daya tahan tubuh (Antobodi)
- Darah dan pembuluh darah yang tidak lancar
- Banyak darah statis (darah beku).
2. Bekas bekam yang muncul berwarna ungu disertai seperti sisik.  
- Menandakan terjadinya gangguan/ kelainan gumpalan darah yang berwarna keunguan dan adanya darah statis (darah beku). 

Wednesday, 9 October 2013

Rawat Senggugut dengan Bekam

Senggugut terjadi disebabkan kontraksi atau pengecutan otot rahim yang berlebihan saat haid. Pengecutan ini dipacu terutamanya oleh hormon yang kita kenal sebagai hormon prostaglandin. Sebagai mana yang kita tahu, saat haid, dinding dalam rahim yang tadinya tebal sebagai persedian untuk terjadinya kehamilan, akhirnya disebabkan tidak terjadinya proses pembenihan oleh sperma, maka akan mengalami pemerosotan. Lapisan tisu yang tebal itu akan dihancurkan oleh tubuh secara biologis. 

Tuesday, 8 October 2013

Fakta Berkaitan Bekam

FAKTA BEKAM

Jenis Bekam
  • Bekam Kering
  • Bekam Basah

Bekam Kering

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Monday, 7 October 2013

Hadith-hadit berkaitan berbekam (Al Hijamah)

Hadith Keutamaan Dan Manfaat Bekam



“Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu gunakan adalah berbekam.” (Muttafaq ‘alaihi, Sahih Bukhari (no. 2280) dan Sahih Muslim (no. 2214)

“Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah dengan berbekam.” (HR. Ahmad).

Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya pada bekam itu terkandung kesembuhan.” (Kitab Mukhtashar Muslim (no. 1480), Sahihul Jaami’ (no. 2128) danSilsilah al-Hadiith ash-Sahiihah (no. 864), karya Imam al-Albani)

Dari Ashim bin Umar bin Qatadah R.A., dia memberitahukan bahawa Jabir bin Abdullah R.A. pernah menjenguk al-Muqni’ R.A., dia bercerita: “Aku tidak sembuh sehingga aku berbekam, karana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: ‘Sesungguhnya terkandung didalamnya kesembuhan’.” (HR. Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Ya’la, al-Hakim, al-Baihaqi)

Dari Uqbah bin Amir R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: “ Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu ada pada alat bekam atau minum madu atau membakar bahagian yang sakit. Dan aku membenci pembakaran (sedutan api) dan tidak juga menyukainya.” (HR. Ahmad dalamMusnad-nya)

Dari Ibnu Umar R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: “Jika ada suatu kesembuhan pada ubat-ubat kamu maka hal itu ada pada alat bekam.” Baginda bersabda: “Atau tegukkan madu.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar,karya al-Haitsami)

Saturday, 5 October 2013

Pengenalan Bekam (Al Hijamah)

Dalam bahasa Melayu di sebut bekam. Dalam Bahasa Arab pula dikenali sebagai hijamah dan dalam Bahasa Inggeris ianya Cupping. Berbekam adalah proses mengeluarkan darah kotor atau angin dari dalam tubuh melalui kulit dengan menggunakan peralatan tertentu.   

Bekam sudah dikenali sejak ribuan tahun dahulu, sejak dari zaman Nabi Musa alaihissalam. Banyak dalil yang menunjukkan sunnah qauliyah dan fi'liyang berkaitan amalan berbekam teercatat dalam sunan hadith yang muktabar.

Bekam sunnah adalah kaedah bekam yang diajarkan oleh Rasul SAW yang mana mempunyai bacaan-bacaan tertentu dan juga tempat-tempat serta masa-masa tertentu.