SECARA dasarnya, berwuduk bermaksud menyucikan anggota-anggota badan tertentu dengan menggunakan air yang bersih mengikut tatacara yang ditetapkan oleh syariat. Berhubung dengan anggota anggota badan yang wajib dibasuh dengan air, Allah berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 6 yang bermaksud,
"Wahai orang yang beriman, apabila kami hendak mengerjakan sembahyang (sedangkan kamu sedang berhadas kecil) maka berwuduklah, iaitu basuhlah muka kamu, kedua-dua belah tangan kamu sehingga ke siku, sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua dua belah kaki kamu sehingga ke buku lali."
