Showing posts with label rawatan saka. Show all posts
Showing posts with label rawatan saka. Show all posts

Wednesday, 4 December 2013

Adab Sebagai Pesakit

Adab Sebagai Pesakit

Sebagai pesakit, anda sedang berada di bawah pengawasan ketat Allah (s.w.t). Setiap gerak laku baik anda akan dinilai dan digandakan pahalanya berlipat kali ganda berbanding ketika anda sihat. Oleh itu jagalah adab sebagai pesakit dan sedarlah dengan pemerhatian Allah yang lebih teliti. (perumpamaan untuk manusia supaya mudah difahami. Sifat Allah sebenarnya tidak boleh dibandingkan). Berikut adalah tip-tip untuk menjaga adab yang baik kepada Allah s.w.t sebagai pesakit:

1. Bersangka baik kepada Allah.

Semua perkara dan peristiwa yang Allah datangkan kepada kita adalah baik belaka dan demi untuk kebaikan kita sendiri walaupun pada pandangan zahirnya nampak seperti malapetaka dan beban yang amat besar.

Kita nampak ujian dari Allah sebagai bala kerana kita gagal melihat ujian itu dari perspektif yang menyeluruh terutama dari pandangan batin (perkara tersirat). Sebagai contoh, lutut kita sakit kerana ini adalah cara Allah memberitahu kita bahawa sesuatu yang tidak kena (masalah) telah berlaku pada lutut kita. 

Wednesday, 19 June 2013

Faktor-faktor penyebab SAKA

Saka begitu sinonim dengan masyarakat Melayu, sedangkan ia juga terdapat pada kaum-kaum lain seperti Cina, India dan lain-lain. Dalam masyarakat Melayu, kita boleh mengkategorikan diantara faktor-faktor penyebab hadirnya saka ialah seperti di bawah :-



1. Terlibat dengan ilmu dan amalan salah dan sesat yang meilbatkan penggunaan jin dan syaitan. 


2. Akibat perbuatan sihir pada sesetengah orang juga merupakan antara faktor utama. Apabila seseorang dikatakan terkena buatan sihir jahat tidak kiralah atas sebab apa, maka mereka pastinya akan berubat untuk membuang segala kesakitan yang melibatkan jin dan syaitan. Dengan izin Allah ramai diantara mereka sembuh, tetapi kemungkinan yang berlaku masih terdapat sisa atau baki unsur-unsur sihir dalam jasad mereka tanpa disedari sebab jin dan syaitan hanya menumpang duduk tanpa menyakiti.

Sunday, 16 June 2013

Buang Saka Dengan Meditasi Islam

Pada zaman yang serba pantas lagi mencabar ini pelbagai ragam perlu kita hadapi. Seringkali apa yang kita harapkan tidak terjadi bahkan ianya menjadi satu bebanan dalam hidup. Tekanan demi tekanan sering menjadikan kita berada dalam dilema. Adakalanya kita berusaha bersungguh-sungguh tetapi masih juga tidak mendapat apa yang diharapkan. Oleh kerana sering gagal maka kita mulalah mencari jalan keluar samada secara nyata atau secara spiritual. bagi saya yang sering menjadi persoalannnya ialah mengapa manusia sering gagal walaupun jika dilihat pada usaha ianya sudah berpatutan. Saya melihat perkara ini dari dua sudut yang berbeza. 


Pertama, memang pada zahirnya kita semua mengetahui keadaan ekonomi dunia yang semakin menekankan bukan sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia. Justeru itu persaingan yang sengit mungkin memberi sumbangan terhadap kegagalan kita. Tetapi masih perlu diingat adakalanya usaha kita adalah yang terbaik bukan sahaja pada pandangan kita bahkan pada pandangan sekeliling kita, namun mengapakah kegagalan sering datang menghantui. Maka di sinilah kemungkinan sebab yang kedua iaitu mungkin ada halangan dari segi spiritualnya.

Wednesday, 5 June 2013

Jemputan Seminar Rawatan Islam



Kami menjemput muslimin dan muslimat yang berminat untuk belajar kaedah rawatan Islam.  Kami mengenakan caj pembelajaran yang terendah iaitu RM80 sahaja.

Insyaallah, dengan sekali mengikuti seminar ini, anda mampu merawat.

Mari bersama menuntut ilmu ini. Ianya berguna untuk menambah ilmu dan membantu kepada sesiapa yang memerlukan. 

Kaedah rawatan ini mengikut garis panduan hukum syarak.

PERSATUAN PERAWAT ISLAM ASY SYAHIDI MALAYSIA merupakan ahli berdaftar kepada Gabungan Persatuan Perawat Islam Malaysia (GAPIMA).