Manusia mempunyai nafsu serta kehendak dan Islam datang untuk menyalurkan nafsu dan kehendak itu ke arah kebaikan, melalui perkahwinan. Menerusi perkahwinan, jimak atau seks menjadi halal dan melakukannya berdasarkan batas-batas syariat dianggap sebagai ibadah. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah di dalam hadis yang bermaksud:
Bersabda Nabi Muhammad, `Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperoleh pahaW." (Riwayat Muslim)
Ibn Qaiyim Al-Jauziyah berkata dalam Tibbun Nabawi, "Tabib-tabib yang mahir berpandangan jimak adalah di antara cara yang terbaik untuk memelihara kesihatan seseorang."
Dari sudut spiritual, di antara kemanfaatan jimak ialah, ia memelihara penglihatan dari melihat sesuatu yang haram, memelihara nafsu, menjauhkan seseorang daripada perbuatan haram dan dengan itu mendatangkan kemanfaatan bagi diri, dunia serta akhiratnya. Kemanfaatan yang sama juga akan diperoleh oleh para isteri. Seks yang mendatangkan kepuasan yang maksimum ialah yang berasaskan kasih sayang dan kemesraan dan tidakhanya wujud di dalam bentuk hubungan fizikal. Sehubungan dengan ini Allah berfirman di dalam Al-Quran:
"Di antara tanda kebesaran Allah ialah, Dia menjadikan bagimu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikamNya di antaramu perasaan kasih sayang dan betas kasihan." (Surah Ar-Rum ayat 21)
BBC Health bertarikh 3 Februari, 2001 melaporkan, komunikasi dua hala yang baik adalah penting untuk menghasilkan seks yang bermanfaat, dan untuk mencapainya, empat ramuan komunikasi perlu dihayati di dalam hidup iaitu kemesraan, saling faham memahami, keterbukaan dan bertolak ansur.
Cara Perlakuan Seks Yang Dihalalkan
Islam mengizinkan seseorang melakukan persetubuhan mengikut cara ataupun kedudukan yang digemarinya, namun memuaskan nafsu melalui saluran dubur atau anal sex adalah dilarang. Allah berfirman,
"Isterimu adalah kebun bagimu maka datangilah kebunmu dengan cara mana. yang kamu mahu." (Surah Al-Baqarah ayat 223)
Wahyu ini diturunkan berhubung dengan sahabat Omar Al-Khattab yang menyetubuhi isterinya mengikut saluran biasa tetapi dari belakang, lantas beliau berasa takut dan terus menemui Nabi menceritakan tentang apa yang berlaku. Tidak berapa lama selepas itu, ayat ini pun diturunkan dan Nabi terus berkata kepada Omar,
"Bersetubuhlah dari hadapan atau pun dan belakang asalkan tidak dilakukan pada waktu haid dan tidak melalui dubur." (Riwayat Ahmad)
Berhubung dengan persetubuhan melalui dubur, ia dianggap sebagai satu dosa besar. Nabi bersabda,
"Allah tidak mahu melihat kepada lelald yang mendatangi lelaki ataupun wanita di duburya." (Riwayat Tarmizi)
Seks Yang Halal dan Kesihatan
Kajian menunjukkan ketika syahwat memuncak, badan seseorang mengeluarkan bahan-bahan kimia seperti endorphins yang berfungsi mencegah kesakitan dan mendatangkan ketenangan. Di samping itu sentuhan di antara suami isteri merangsang pengeluaran bahan oxytocin yang menghasilkan rasa tenang dan damai. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Majlis Penyelidikan Sains Manusia seperti yang disebutkan dalam News24.com, bertarikh 12 Februari 2001, sentuhan juga merangsang pengeluaran hormon serotonin yang meningkan daya ketahanan badan dan sekali gus mencegah seseorang dari dijangkiti penyakit.
Seks juga berfaedah untuk kesihatan jantung. Dr. Paul Pearsall, Pengarah Perubatan Perlakuan atau Behavioural Medicine di Hospital Beaumont di Detroit, di dalam bukunya Sexual Healing berpendapat, kesihatan jantung tidak hanya bergantung kepada pemakanan, senaman dan genetik, malah ia juga bergantung kepada. Kesihatan emosi dan sosial. Kajian beliau menunjukkan ketidakpuasan di dalam hubungan seks sering kali mengaakibatkan serangan sakit jantung di samping penyakit-penyakit yang lain seperti pening migraine dan radang sendi.
Bahaya Seks Ketika Haid
Islam menghararnkan seks ketika waktu haid Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya,
"Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya." (Surah Al-Baqarah ayat 222)
Nabi bersabda,
"Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran dubumya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke' atas Muhammad." (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)
Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, "Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum mandi wajib, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran."
Mengikut Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan yang beribu pejabat di Oregon, risiko jangldtan kuman HIV meningkat dikalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan. Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita. Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda.
Persetubuhan pada waktu haid juga bolehmengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi KesihatanWanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa. Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996.
Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovan mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat. Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina. Ketika haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya jika berlaku persetubuhan ketika itu.
Seks Bebas dan Penyakit Jangkitan Seksual
Nabi Muhammad bersabda,
"Wahai Muhajirin, lima bala akan ditimpakan ke atasmu dan aku berdoa agar kamu tidak ada ketika bala ini menimpa satu di antaranya ialah, apabila zina zahir di dalam masyarakat secara terang-terangan, wabak yang dahsyat dan penyakit-penyakit yang belum pemah menjangkitimu akan menyerangmu ketika itu." (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi dan AlBazzar)
Penyakit-penyaldt jangkitan Seksual atau STD (sexually transmitted diseases) kerap menjangkiti individu melalui hubungan seks rambang. Lebih kurang dua puluh jenis penyaldt dari kumpulan ini telah dikenal pasti di antaranya ialah syphlis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, infeksi cytomegalovirus, infeksi chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. Penyakitpenyakit ini sering kali menyebabkan maut. Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah dari kalangan kaum wanita. Kos yang diperlukan untuk merawat dan mencegahnya menjangkau $10 bilion.
Kesemua ini menunjukkan ajaran Islam sememangnya relevan sampai ke hari Kiamat. Justeru, rugilah mereka yang mengutamakan hawa nafsu serta mengabaikan landasan Islam yang sememangnya saintifik lagi menyihatkan.
Oleh DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN
(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)
İsmetpaşa
ReplyDeleteKnidos
Sanayi
İhsaniye
Bostanlı
A07D
izmir
ReplyDeleteErzurum
Diyarbakır
Tekirdağ
Ankara
AZOH
Adana
ReplyDeleteElazığ
Kayseri
Şırnak
Antep
EQRL2
whatsapp görüntülü show
ReplyDeleteücretli.show
34OE
görüntülü.show
ReplyDeletewhatsapp ücretli show
RPG8PK
1BE44
ReplyDeleteMardin Parça Eşya Taşıma
Uşak Şehirler Arası Nakliyat
Ardahan Şehirler Arası Nakliyat
Hatay Şehir İçi Nakliyat
Sincan Parke Ustası
Kütahya Lojistik
Bitfinex Güvenilir mi
Aksaray Lojistik
Burdur Şehirler Arası Nakliyat
C0503
ReplyDeleteMardin Evden Eve Nakliyat
Yalova Şehirler Arası Nakliyat
Çanakkale Parça Eşya Taşıma
Huobi Güvenilir mi
Adıyaman Lojistik
Trabzon Lojistik
Paribu Güvenilir mi
Ort Coin Hangi Borsada
Ünye Mutfak Dolabı
E29B2
ReplyDeleteDiyarbakır Evden Eve Nakliyat
Sivas Evden Eve Nakliyat
order testosterone propionat
Urfa Evden Eve Nakliyat
halotestin for sale
pharmacy steroids for sale
Eryaman Alkollü Mekanlar
Silivri Boya Ustası
Silivri Evden Eve Nakliyat
5C9DB
ReplyDeletebingöl en iyi rastgele görüntülü sohbet
ucretsiz sohbet
izmir görüntülü sohbet siteleri ücretsiz
tunceli sesli sohbet sesli chat
Elazığ Canlı Sohbet Odaları
manisa mobil sohbet bedava
hatay kızlarla rastgele sohbet
erzurum görüntülü sohbet siteleri ücretsiz
rastgele görüntülü sohbet ücretsiz
C5A5C
ReplyDeleteyearn finance
pudgy penguins
quickswap
zkswap
uwulend finance
eigenlayer
thorchain
dappradar
pancakeswap
4E038
ReplyDeletepancakeswap
sushiswap
dao maker
poocoin
pinksale
uniswap
shapeshift
trezor suite
pudgy penguins
شركة عزل اسطح بالدرعية ytyd7Tcobv
ReplyDelete3B3C1CC060
ReplyDeletewww.ijuntaxmedikal.store
steroid
steroid satın al
görüntülü show
skype show
cialis