1. TEKNIK
PEMBAKARAN
Rawatan secara pembakaran
memerlukan penggunaan sejenis herba cina. Herba yang yang dimaksudkan ialah
Rumput Ai. Rumput ini banyak terdapat di kedai ubat-ubatan cina. Rumput Ai
digulung supaya terbentuk seperti sebatang rokok yang halus. Rumput itukemudian
dibakar dan diletakkan di atas titik-titik yang sakit. Tenaga yang mengalir
daripada rumput yang terbakar itu dapat merawat rasa sakit pada titik-titik
akupuntur. Bagi mengelakkan kulit tubuh daripada terbakar, beberapa helai
rumput Ai tadi boleh diletakkan di atas sepotong halia atau bawang putih yang nipis,
kemudian ia dibakar dan diletakkan di atas titik akupuntur yang sakit . Langkah
ini hendaklah dilakukan sebanyak3 hingga 5 kali untuk orang dewasa dan 1 hingga
3 kali bagi kanak-kanak. Kurangkan pembakaran apabila tubuh terasa semakin
letih. Rawatan ini hendaklah dilakukan selama tiga minggu berturut-turut dan
kemudian berehat selama seminggu. Waktu yang paling sesuai bagi melakukan
pembakaran adalah satu jam sebelum serta selepas makan dan minum. Pengambilan
minuman keras adalah di larang semasa tempoh rawatan dijalankan.
