Sunday 25 September 2011

Tanda-tanda Lelaki dicintai Jin Betina atau Jin asyik

Ada beberapa tanda atau simtom menunjukkan seseorang lelaki itu dicintai oleh Jin betina atau disebut oleh perawat Islam sebagai jin asyik. Mari kita bersama-sama mendapatkan kefahaman tentang perkara ini.

1.  Bersikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.

2.  Suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khalayak ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.
3. Suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantik contohnya berasamara atau ‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa  saja wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya).

4.     Suka bersendirian berjalan malam.

5.     Suka duduk melamun dan melayan perasan dibawah cahaya bulan purnama.

6.   Sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu tanpa sebab atau pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.

Catatan:

Semua faktor di atas boleh jadi sederhana atau sangat kuat menguasai diri, bergantung kepada sejauh mana angin bisa atau malah jin itu sendiri masuk ke dalam jasad anda, terutamanya pada bahagian kepala. Ia juga bergantung kepada kekuatan dan perangai jin betina itu sendiri, di mana kalau ianya sering datang menziarahi atau mengikut ke mana saja anda pergi, maka kesan gangguan itu akan anda rasa pada banyak masa, tak kira siang atau malam.

7.   Mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda temui di perjalanan. Sekali terpandang anda akan gila angau atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.

8.   Selalu terbayang didatangi perempuan  yang anda kenali atau tidak, perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga. Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar datang, atau berasmara dengan anda, atau lebih.

9.    Mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan. Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat bahaya, kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus menjaga dan mengawal anda dengan ketat. Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda.

(Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan hampir  jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)

10. Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata.

Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini, sesorang itu sentiasa menyendiri atau mengasingkan diri agar sentiasa dapat bersama dengan kekasihnya  itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada pandangannya ada temannya. Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan seseorang itu sentiasa berada pada tempat yang tiada manusia seperti dalam hutan atau rumah-rumah terpencil dan sebagainya.

11. Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidur semalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.

12. Sewaktu bangun pagi anda merasa seolah-olah telah melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.

13. Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan. Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama kalau amalan agama anda mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah ‘mendung’ atau gelap seperti orang yang sedang marah.

14.  Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh ‘awek jin‘ anda tersebut.

15.   Terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.

16. Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda. Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah dekat, tak ada pula orangnya.

17. Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari  berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.

18. Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi ‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya. Masaalahnya selagi jin tersebut belum berpuas hati ia akan terus menghasut dan berusaha memporak porandakan rumahtangga anda, sehingga anda berpisah dan akan menjadi miliknya seekor.

19.  Nafsu naik tak tentu masa tanpa sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman. Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu melakukan keganasan seks, termasuk merogol, terutamanya kalau jin betina itu gila seks kerana ia akan dapat ikut serta.

20. Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-anak lelaki.

Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta sama paksa, atau cinta sama tak tau, iaitu anda tak sedar menjadi pujaan jin betina. Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan mengalami gejala gangguan pada bahagian dada dan kepala.
Cara terbaik untuk menghindari dari dicintai dan dipengaruhi oleh jin betina atau jin asyik ini ialah dengan memperbanyakkan amalan agama, tidak tinggal solat, rajin membaca al Quran, sentiasa berzikir dan sentiasa dalam keadaan berwudhuk. Elakkan dari memyimpan atau menggunakan benda2 pelik seperti barang-barang lama, cincin yang dijampi serapah, mempercayai perkara khurafat, melakukan amalan syirik dan jauhi perkara-perkara yang ditegah oleh agama.

Wallahua’lam!.

20 comments:

  1. dasyat jugak .bhya . byk2 kan amalkan pelindung diri . :)

    ReplyDelete
  2. Memang dhsyat..
    Xsedar pun klau diminati oleh kaum jin ni.
    Nauzubillah~~

    ReplyDelete
  3. Jin asyik ini ada byk kategorinya. Apa yg dikupas di atas hanya melibatkan sebahagian kecil godaan jin tersebut.
    Selain itu, jin asyik ini juga melibatkan orang berjudi, memancing dan lain2. Terpulang pada diri masing2 untuk mengatasinya.

    ReplyDelete
  4. jrg dgr ada kes mcm ni.....ada jugak ye?

    ReplyDelete
  5. sebenarnya kes cam ni tak ditemui kalau ke klinik moden. Tetapi banyak dan kerap ditemui oleh perawat2 Islam.

    ReplyDelete
  6. Seram sejuk baca kes mcm nie. Alhamdulillah...tak ada tanda nie!

    ReplyDelete
  7. wah ada pulak nama jin macam ni ye?terima kasih kerana berkongsi ilmu :)

    ReplyDelete
  8. Jin asyik hanya sebagai gelaran glamour kerana godaannya mengakibatkan manusia terlalu asyik terhadap sesuatu.

    ReplyDelete
  9. perbykkan lah doa pelindung diri lbih2 lgi dri al-quran n sunnah...

    ReplyDelete
  10. ooo...jin pun boleh jatuh cinta dengan manusia yer...aduhai, takutnya...

    ReplyDelete
  11. menakutkan je bila jin meminati kita..harap2 dilindungi diri..

    ReplyDelete
  12. huh! dasyat jgk nOh.. huhu.. semOga dijauhi dan dilindungi.. Insyaallah

    ReplyDelete
  13. entry yg sgt berguna.. ada jugak sy jumpa insan2 mcm ni.. mintak dijauhkn dr family sy huhu

    ReplyDelete
  14. selalu dekat dengan Allah dan taat menjalankan perintah-NYA serta menjauhi larangan-NYA insya Allah kan selalu terlindungi dari godaan jin dan syaithon :)
    artikel yang menarik sahabat..terimakasih sudah berbagi...salam

    ReplyDelete
  15. .......................*berfikir*

    ReplyDelete
  16. jin betina ... mesti cantik kan sampai manusia terbuai2 oleh nya

    ReplyDelete
  17. subhanallah.. adakah bekas suami sya terkena dgn jin ni? sbb anak lelaki sya pemarah yg teramat sgt, seperti ayah dia.. :( ciri2 tu ada, suka pergi memancing, dan sejak kebelakangan ni sebelum bercerai dia kerap pergi memancing.. mungkin kah? hmmm..

    Memang seperti apa pakar psikatri kata, dekat kan diri dgn Allah.. tapi tidak mudah untuk dilakukan jika org tersebut sudah menolak agama, tak mahu utk bertaubat mahupun membaca al-quran..

    Saya hanya mampu untuk berdoa semoga Allah beri hidayah, dan buka pintu hati nya untuk berubah ke arah kebaikan.. Semoga ibadah umrah nya diterima Allah dan selamat kembali dengan perubahan yang diredhai.. amin

    ReplyDelete
  18. Aminnn Ya Allah.

    Lihat juga kepada hobi yg dilakukan. Sekiranya aktiviti yg dikatakan sbg hobi, tetapi telalu melampau-lampau spt tidak dapat dihalang2, berkemungkinan ia ditemani jin asik.
    Untuk kepastian sebaiknya dilakukan rawatan untuk mengenalpasti.

    Wallahu aklam.

    ReplyDelete