Saturday, 5 October 2013

Pengenalan Bekam (Al Hijamah)

Dalam bahasa Melayu di sebut bekam. Dalam Bahasa Arab pula dikenali sebagai hijamah dan dalam Bahasa Inggeris ianya Cupping. Berbekam adalah proses mengeluarkan darah kotor atau angin dari dalam tubuh melalui kulit dengan menggunakan peralatan tertentu.   

Bekam sudah dikenali sejak ribuan tahun dahulu, sejak dari zaman Nabi Musa alaihissalam. Banyak dalil yang menunjukkan sunnah qauliyah dan fi'liyang berkaitan amalan berbekam teercatat dalam sunan hadith yang muktabar.

Bekam sunnah adalah kaedah bekam yang diajarkan oleh Rasul SAW yang mana mempunyai bacaan-bacaan tertentu dan juga tempat-tempat serta masa-masa tertentu.

Bekam merupakan suatu pengamalan sunnah Nabi. Ia dilakukan dengan tujuan:
  • Pencegahan penyakit
  • Penyembuhan penyakit
  • Memulihkan dan meningkatkan system imuniti tubuh
  • Membangkitkan saraf-saraf yang tidak aktif atau lemah
  • Mengeluarkan racun dalam darah.
“Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu gunakan adalah berbekam.” (Muttafaq ‘alaihi, Sahih Bukhari (no. 2280) dan Sahih Muslim (no. 2214)

Bekam sudah bermula sejak zaman Nabi Musa a.s. lagi, namun sejarah bertulis mengenai bekam yang paling awal dicatatkan adalah di dalam buku Ebers Papirus, salah sebuah buku sejarah tertua di dunia. Ia menyatakan bahawa amalan bekam telah bermula sejak 1500 Tahun Sebelum Masihi lagi, dalam kalangan rakyat Mesir ketika itu.



Bekam di Eropah dan Timur Tengah berkembang dari pengamalan Perubatan Humoral, iaitu sistem perubatan Yunani Kuno yang berkonsep mengembalikan keseimbangan badan melalui empat cecair utama dalam tubuh iaitu darah, kahak, hempedu kuning dan hempedu hitam. Sistem ini sangat berkembang dalam kebudayaan Eropah dan Timur Tengah ketika itu.

Menurut perubatan tradisional Cina, bekam ialah kaedah pelaksanaan acupressure dengan mencipta keadaan vakum pada kulit pesakit. Terapi ini digunakan untuk menghilangkan stagnasi pada darah dan sistem limfa sehingga meningkatkan aliran qi untuk mengubati penyakit-penyakit pernafasan seperti radang paru-paru, pneumonia dan bronkitis. Bekam juga dilakukan pada belakang, leher, bahu dan keadaan-keadaan musculoskeletal yang lain.


No comments:

Post a Comment