Friday, 11 October 2013

Kebaikan Yang Tidak Disangka Dari Berbekam

Bekam bukan satu kaedah rawatan yang asing lagi baik dikalangan orang Islam, orang berbangsa Cina maupun orang Barat. Terdapat pelbagai jenis bekam seperti bekam darah, bekam angin, bekam urut dan bekam lintah dan pelbagai cara yang digunakan seperti tusukan dan torehan. Semua kaedah sememangnya memberi kesan kelegaan dan penyembuhan pada pelbagai penyakit. Saya agak teruja hari itu apabila menonton siaran History Channel tentang pencerobohan Jepun di negara Burma.Seorang veteran askar British telah menceritakan pengalamannya dalam peperangan itu dan di antaranya beliau diserang lintah. Namun katanya lagi beliau agak hairan kerana penglihatannya telah diperbaiki setelah itu.  

Memang benar, berbekam mampu memperbaiki penglihatan dan fakta ini berdasarkan kepada hadith berikut:

Dari Ibnu Abbas R.A., Nabi S.A.W. bersabda: "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam (Al Hajjam) kerana ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot kaku dan mempertajam pandangan mata orang yang dibekamnya." (HR. Tirmidzi, hasan gharib)

Ini merupakan hanya satu daripada bermacam-macam kebaikan yang dapat didapati jika kita berbekam. Yang ingin saya ceritakan di sini ialah kebaikan bekam sunnah, iaitu bekam darah menggunakan torehan yang ringan menggunakan pisau. Saya tak akan menulis hadith-hadith yang mengesahkan kaedah rawatan ini kerana banyak blog-blog lain yang telah membentangkan dan menghuraikannya secara terperinci. 

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai seorang yang dibekam dan juga sebagai seorang tukang bekam. Saya mula berbekam pada 15 Jun 2009 setelah sekian lama berlengah berbuat demikian. Itulah dia syaitan, suka benar menghasut supaya kita selaluprocrastinate atau sengaja melengah-lengahkan buat perkara yang baik. Hanya setelah mendengar cerita benar seorang ustaz barulah saya mendapat desakan untuk mencubanya. Sebelum itu, saya cuma mengetahui bahawa berbekam ini sangat-sangat disarankan oleh Nabi SAW, dan kita digalakkan berbekam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup kita. 

Expectation saya pula bekam ni hanya setakat membuang darah bertoksin dan angin dalam badan. Saya terkejut apabila mendengar cerita ustaz berkenaan memberitahu bahawa syaitan-syaitan juga akan turut tersedut keluar. Tetapi hanya dengan torehan cara bekam sunnah. Mereka cukup takut dengan orang yang berbekam sunnah kerana torehan ini. Dengan maklumat yang amat penting dan significant ini, saya tidak lagi berlengah untuk pergi bekam. Baca tentang kaitan darah dan syaitan di sini

...."Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kesusahan dan keperitan."Surah Sad Ayat 41

Jelas di sini bahawa bekam sunnah adalah satu kaedah untuk mencegah dan merawat penyakit, serta dapat "menyelesaikan" pelbagai masalah, kekurangan dan musibah dalam kehidupan kita kerana ketiadaan atau kurangnya gangguan-gangguan makhluk halus ini yang menjadi penghalang pada kehidupan yang selamat sejahtera.

Terlalu banyak kebaikan berbekam dan hebatnya kaedah ini, ia mampu merawat manusia pada tahap spiritual, emotional, mental dan fizikal. Apa tidaknya, kebanyakan penyakit dan masalah pada kita disebabkan oleh syaitan yang berada dalam darah dan bertakhta di hati (qalbu, bukan liver) kita. Fakta ini berdasarkan pada kisah Nabi Ayyub a.s. dalam Surah Sad di mana dalam Ayat 41 (baca di sini) Nabi Ayyub telah mengadu kepada Allah swt tentang "kepayahan dan seksaan"nya akibat dibelenggu syaitan. 

Dua point bekam yang wajib dalam bekam sunnah. Berbekam di sini akan menarik darah dan angin dari bahagian jantung (di mana terletaknya qalbu). Inilah di mana syaitan-syaitan berkumpul untuk mengawal hati, mempengaruhi kelakuan dan menghalang kebaikan pada manusia.


Perubahan fizikal yang dapat dirasa dan dilihat setelah berbekam
  • Sakit dan lenguh pada kaki kerana banyak berdiri hilang serta-merta
  • Badan terasa ringan dan bertenaga.
  • Kulit seluruh tubuh menjadi lebih licin dan cerah, ada tempat-tempat yang biasanya gelap dan kusam menjadi kemerahan, age spots kurang :-). 
  • Kulit menjadi tegang (kulit Guru Bekam saya Ustaz Haji Ibrahim Mohsein yang berumur hampir 70 tahun tegang, tidak berkedut dan halus macam baby!).
  • Bayang-bayang di bawah mata banyak berkurang.
  • Gusi yang kadang-kadang berdarah semasa menggosok gigi sudah tiada.
  • Rambut dah tak banyak gugur, menjadi lebat semula seperti semasa muda-muda dulu.
  • Kuku dan gigi menjadi kuat. Sebelum itu gigi saya agak rapuh dan kuku saya selalu terkoyak kerana banyak buat rawatan mandian. Kini kuku saya kelihatan lebih tebal dan cepat tumbuh.
  • Tubuh menjadi lebih langsing (hanya ketara setelah lebih dari enam bulan berbekam).
  • Imun sistem meningkat, kurang demam dan sakit.
  • Perubahan-perubahan lain yang dialami:
  • Solat lebih khusyuk.
  • Lebih mudah buat keputusan yang betul, fikiran lebih tenang dan cergas
  • Rezeki lebih lancar, banyak peluang datang. Pokoknya jin dan syaitan yang kerjanya memporak-perandakan kehidupan kita adalah punca utama halangan pada rezeki kita.
  • Lebih mudah mengingat dan menghafal. Makhluk ini banyak duduk di bahagian otak dan bukan sahaja membuat kita lupa malah membuat kita berfikir perkara yang bukan-bukan dan yang negatif.
  • Kurang sangat kecelakaan seperti berlanggar, terjatuh dan sebagainya. Sudah beberapa kali hampir tersungkur tapi tak jatuh, subhanAllah.
  • Keharmonian keluarga semakin terasa, semakin erat apabila anak-anak turut berbekam.
Antara pengalaman dan perubahan kelakuan yang berlaku pada pesakit yang berbekam dengan saya:
  • Jadi lebih rajin dan ringan untuk solat dan khusyuk pula.
  • Dapat sujud dalam solat setelah bertahun solat duduk setelah hanya sekali berbekam.
  • Nampak perubahan pada anak apabila emak berbekam; anak yang tak bertudung nak bertudung, yang tak tetap bertudung jadi tetap dan yang tak tetap solat jadi tetap solatnya. MasyaAllah!
Pendek kata, berbekam bukan sahaja merupakan satu kaedah mencegah dan merawat penyakit, malah ia adalah satu kaedah menjana proses anti-aging yang amat berkesan, mudah dan murah. 

Bekam mengeluarkan sel-sel darah yang telah mati, dan proses ini akan menggalakkan pembuatan sel baru yang sihat. 

Bekam meningkatkan fungsi sel, organ dan sistem tubuh; yang mana sudah lemah akan diperkuatkan, yang mana kurang akan ditambahkan, yang mana rosak akan diperbetulkan. Ia dapat mencegah pelbagai masalah dan penyakit kronik, dan kita tidak perlu membebankan tubuh dengan ubat-ubatan kimia dan sintetik yang banyak kesan sampingan dan mahal harganya. 

Berbekam juga mampu menyelesaikan pelbagai gangguan kerohanian dan masalah emosi/psikologi.

Jiwa menjadi lebih tenang dan halangan dalam kehidupan berkurangan.


No comments:

Post a comment