Tuesday, 3 March 2015

PETUA RAWAT SAKIT GIGI

Sakit gigi menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi: 


- Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

- Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

- Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

- Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.

Sunday, 8 February 2015

TEKNIK-TEKNIK PERUBATAN DALAM AKUPUNTUR

1. TEKNIK PEMBAKARAN
Rawatan secara pembakaran memerlukan penggunaan sejenis herba cina. Herba yang yang dimaksudkan ialah Rumput Ai. Rumput ini banyak terdapat di kedai ubat-ubatan cina. Rumput Ai digulung supaya terbentuk seperti sebatang rokok yang halus. Rumput itukemudian dibakar dan diletakkan di atas titik-titik yang sakit. Tenaga yang mengalir daripada rumput yang terbakar itu dapat merawat rasa sakit pada titik-titik akupuntur. Bagi mengelakkan kulit tubuh daripada terbakar, beberapa helai rumput Ai tadi boleh diletakkan di atas sepotong halia atau bawang putih yang nipis, kemudian ia dibakar dan diletakkan di atas titik akupuntur yang sakit . Langkah ini hendaklah dilakukan sebanyak3 hingga 5 kali untuk orang dewasa dan 1 hingga 3 kali bagi kanak-kanak. Kurangkan pembakaran apabila tubuh terasa semakin letih. Rawatan ini hendaklah dilakukan selama tiga minggu berturut-turut dan kemudian berehat selama seminggu. Waktu yang paling sesuai bagi melakukan pembakaran adalah satu jam sebelum serta selepas makan dan minum. Pengambilan minuman keras adalah di larang semasa tempoh rawatan dijalankan. 

Thursday, 5 February 2015

Akupuntur: Kaedah Alternatif Perubatan

Kaedah perubatan cina secara akupuntur atau urut refleksi mula dipraktikkan di China sejak 5000 tahun lalu. Pada masa dahulu ketulan-ketulan batu digunakan dan bukannya jarum seperti yang digunakan sekarang. Alternatif lain bagi rawatan akupuntur selain daripada menggunakan kaedah jarum adalah dengan kaedah memicit dan kaedah perubatan secara pembakaran. 
Kaedah memicit dapat memudahkan pesakit melakukan rawatan sendiri dengan cara memicit di bahagian-bahagian tertentu pada anggota badan menggunakan hujung jari. Untuk itu pesakit perlu mengetahui titik-titik akupuntur yang terdapat pada tubuh badan mereka. Terdapat meridian serta formula tertentu dalam badan seseorang. Titik meridian bagi kaum lelaki dan kaum perempuan adalah berlainan. Kaum lelaki mempunyai kuasa ying iaitu positif, manakala kaum perempuan mempunyai kuasa yang iaitu negatif. Oleh itu tempat dan hari untuk mencucuk jarum adalah berbeza.

Monday, 5 January 2015

Ajak kepada Islam, ajak kepada apa?

NABI Muhammad (SAW) pernah bersabda bahawa seseorang itu dilahirkan dalam fitrahnya dan melalui ibu bapanya dia memperoleh identiti dirinya sama ada sebagai seorang Yahudi, Nasrani, atau Majusi. Dalam pengertian yang sama, ia juga merujuk kepada yang beragama Buddha, Hindu, Sikh, dan sebagainya.
Sumber: habibiberbagi.blogspot.com

Tidak kira seseorang itu dilahirkan menganut apa jua agama, yang pasti, dia dilahirkan dalam satu ruang lingkup dan peraturan hidup yang membesarkan serta mendidiknya untuk menjadi seorang insan yang baik, cerdik, mulia, dan berguna.

Sehubungan itu, memilih Islam sebagai jalan hidup bukan bermaksud seseorang itu telah memutuskan hubungan dengan dirinya yang sebelumnya tetapi ia bermakna dia memilih untuk meletakkan jiwanya di atas landasan yang membolehkannya untuk menjelmakan erti kemanusiaan di dalam dirinya dengan lebih luhur dan berkesan.

Sunday, 14 December 2014

Jangan Upload Gambar Bayi Anda Jika Sayangkan Dia

Al Ain Bukan Perkara Main-main.


Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal.


Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan. 
Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya:

Monday, 3 November 2014

Jin atau manusia lebih jahat?

Sebaik baik jin,sejahat jahat manusia. Sedap bunyi kata-kata ini. Benarkah kata-kata ini. Di dalam Al Quran Kalamullah tidak wujud pernyataan ini. Dalam hadith juga tidak ditemui. 

Dari manakah ianya bersumber? 

Perkataan ini hanya wujud di kalangan orang Melayu. Dan boleh dikatakan ianya merupakan "hadith Melayu" yang tidak boleh diguna pakai. 

Jika dikaji ianya lebih kepada memfitnah jin. Berdosa tak?

Seharusnya kata-kata yang digunakan sebagai sandaran biarlah ada sumber yang sohih. Jangan terus petik dan sebarkan.

Apabila dirujuk kepada Al-Quran, kita dapati bahawa Allah SWT menyamakan di antara jin dan manusia dari segi sebahagiannya ada yang baik dan sebahagian lagi tidak. Dalam surah al-Jinn, ayat 11, Allah SWT menyatakan:

"Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan."