Showing posts with label agama fitrah. Show all posts
Showing posts with label agama fitrah. Show all posts

Monday, 5 January 2015

Ajak kepada Islam, ajak kepada apa?

NABI Muhammad (SAW) pernah bersabda bahawa seseorang itu dilahirkan dalam fitrahnya dan melalui ibu bapanya dia memperoleh identiti dirinya sama ada sebagai seorang Yahudi, Nasrani, atau Majusi. Dalam pengertian yang sama, ia juga merujuk kepada yang beragama Buddha, Hindu, Sikh, dan sebagainya.
Sumber: habibiberbagi.blogspot.com

Tidak kira seseorang itu dilahirkan menganut apa jua agama, yang pasti, dia dilahirkan dalam satu ruang lingkup dan peraturan hidup yang membesarkan serta mendidiknya untuk menjadi seorang insan yang baik, cerdik, mulia, dan berguna.

Sehubungan itu, memilih Islam sebagai jalan hidup bukan bermaksud seseorang itu telah memutuskan hubungan dengan dirinya yang sebelumnya tetapi ia bermakna dia memilih untuk meletakkan jiwanya di atas landasan yang membolehkannya untuk menjelmakan erti kemanusiaan di dalam dirinya dengan lebih luhur dan berkesan.

Wednesday, 8 August 2012

Pendekatan Tauhid Dalam Penyusunan Negara

Islam diutuskan kepada Nabi s.a.w. untuk menyusun dan membangun umat manusia di peringkat individu dan masyarakat semoga mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan seterusnya kecemerlangan hidup di alam akhirat. Allah s.w.t. berfirman dengan maksud:

"Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." (Al-Anbiya: 107)

Dari ayat di atas jelas kepada kita bahawa rahmat Allah s.w.t. kepada individu dan masyarakat akan dicapai jika manusia mampu menghayati arahan Ilahi dalam hidup bernegara. Bahkan Islam itu adalah agama fitrah, agama sesuai dengan tabii kejadian manusia.