| “Lauk paling sedap ialah cuka. Ya Allah, berkatilah cuka ini. Rumah yang ada cuka di dalamnya, tidak boleh dikatakan miskin”
Sunan Ibni Majah diriwayatkan menerusi hadis Ummu Said
|
Cuka Buah dipercayai mula dibuat oleh orang-orang Islam di Damsyik lebih 3000 tahun dahulu. Ia adalah satu asid organic(5%) dan tidak mengandungi alcohol. Ia merupakan agen penyuci dan detoksifikasi yang sangat hebat dan mampu memecahkan mendapan lelemak, lendir dan kahak dalam tubuh. Dengan meleraikan bahan-bahan ini organ penting dalam tubuh seperti buah pinggang, pundi kencing dan hati akan berfungsi dengan optimum. Kesan daripadanya, tahap alkaline dalam air kencing, yang sepatutnya asidik, akan menurun.