Sunday, 28 April 2013

DIALOG RASULULLAH DAN IBLIS

Suatu ketika Allah SWT memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis agar menghadap Baginda Rasul saw untuk memberitahu segala rahasianya, baik yang disuka maupun yang dibencinya. Hal ini dimaksudkan untuk meninggikan derajat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai umat manusia.



Kemudian Malaikat itupun mendatangi Iblis dan berkata : “Hai Iblis! Engkau diperintah Allah untuk menghadap Rasulullah saw. Bukalah semua rahasiamu dan jawablah setiap pertanyaan Rasulullah dengan jujur. Jika engkau berdusta walau satu perkataanpun, niscaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat pedih”.

Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan, maka segera ia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai orang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai yang panjangnya seperti ekor lembu.

Sunday, 21 April 2013

KISAH IBLIS TERPAKSA BERTEMU RASULULLAH SAW

Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas:

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:  

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku."

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Thursday, 18 April 2013

Jom Perbetulkan solat kita

Di depan mata saya, berbagai ragam kesalahan dilakukan oleh orang yang mengerjakan solat. Yang paling nyata, ramai di kalangan mereka solat tanpa menitik beratkan thuma’ninah. Langsung tidak ada ketenangan ketika mereka mengerjakan solat. Mereka solat nak cepat selesai. Mereka solat seperti melepaskan ‘beban’ yang terpaksa dipertanggung-jawabkan kepada mereka sebagai umat Islam. Waktu rukuk, rukuknya ala kadar sahaja. Waktu iktidal, belum pun benar-benar berdiri lurus, dah nak sujud. Waktu sujud, kepala terlalu menungging, dahi dan hidung tidak kena tempat sujud. Saya tidak mempunyai kekuatan untuk menegur mereka. 
 

Saturday, 30 March 2013

15 Ciri-Ciri Orang Syiah

Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut "Taqiyah". Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:

Saturday, 2 March 2013

Sampaikanlah kebenaran

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi s.a.w bersabda: 



بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً


Maksudnya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat." 


Hadis di atas merupakan ingatan daripada Baginda s.a.w. kepada umatnya supaya menyampaikan apa sahaja daripada Baginda s.a.w. yang diketahui kepada masyarakat. Mereka yang diberi kelebihan oleh Penciptanya dengan sedikit ilmu pengetahuan yang bermanfaat, diminta berkongsi kemanisan itu dengan saudaranya yang lain. Walaupun hanya sepatah perkataan, namun sekiranya dilihat mampu memberi kebahagian kepada seseorang, sebarkanlah. Betapa indahnya persaudaraan dalam Islam, perasaan individualistik dan sifat ego dikikis daripada hati umatnya bagi menjamin kebaikan dan kesejahteraan seluruh umat manusia.



Wednesday, 27 February 2013

Hakikat Ilmu bercambah iman

Suatu hari ketika seorang hamba membuka sebuah buku yang membincangkan tentang keimanan, tanpa disengaja tajuk tentang taubat menjadi pilihan. Hatinya bekerja keras untuk menghayati setiap perkataan yang dibaca dan akal berfikir tentang kebenarannya. Akhirnya dia berkata: “Alangkah, jauhnya penyelewengan yang aku lakukan setelah Allah Taala memberi petunjuk suatu masa dahulu.” Tetapi dalam penyesalan itu ada satu kesyukuran yang terbit daripada hidayah Allah, betapa beruntungnya dia mendapat kembali hakikat ilmu yang telah lama hilang daripada jiwa. Memang benarlah perkataan sebahagian ahli makrifah iaitu ketika seseorang berdosa janganlah pula berputus asa tetapi bersyukurlah kerana daripada dosa itu lahir juga penyesalan dan taubat. Kerana dosa juga manusia boleh dekat dengan Allah Taala, dosa itu akan membuatnya menjadi hamba yang cepat bertaubat dan mengakui kelemahan diri dihadapan Allah lalu dia sentiasa berhati-hati dengan segala perbuatannya. Berbanding dengan seseorang yang merasa tidak pernah berbuat dosa dan sentiasa merasa dirinya betul, sungguh orang seperti ini bertambah jauh dirinya daripada Tuhan akibat kesombongan yang melampau atas nama ilmu dan amal.