Friday, 27 June 2014

Sari Cuka Buah - Seribu Keberkatan

“Lauk paling sedap ialah cuka. Ya Allah, berkatilah cuka ini.
Rumah yang ada cuka di dalamnya, tidak boleh 
dikatakan miskin”

Sunan Ibni Majah diriwayatkan menerusi hadis Ummu Said

Cuka Buah dipercayai mula dibuat oleh orang-orang Islam di Damsyik lebih 3000 tahun dahulu. Ia adalah satu asid organic(5%) dan tidak mengandungi alcohol. Ia merupakan agen penyuci dan detoksifikasi yang sangat hebat dan mampu memecahkan mendapan lelemak, lendir dan kahak dalam tubuh. Dengan meleraikan bahan-bahan ini organ penting dalam tubuh seperti buah pinggang, pundi kencing dan hati akan berfungsi dengan optimum. Kesan daripadanya, tahap alkaline dalam air kencing, yang sepatutnya asidik, akan menurun. 
Air kencing beralkaline tinggi berlaku apabila pemakanan harian kita adalah tinggi protin. Air kencing sepatutnya berasid. Tidak hairanlah mengapa Rasulullah SAW amat gemar mencicah daging bakar ke dalam cuka sebelum Baginda memakannya. 

Gantikan cuka tiruan yang berasid dan bisa dengan Sari Cuka di dalam Kerabu Mangga dan lain-lain kerabu 

Cuka Buah juga mencairkan darah (yang likat kerana tahap pH darah yang terlalu rendah kerana perut banyak asid ) yang penting untuk mengelakkan dari tekanan darah tinggi. Keadaan ini sering berlaku kerana menggunakan garam proses dalam masakan. Ia juga mencuci dan membantu dalam proses pembekuan darah, dalam pencernaan dan penyahan dan sepanjang proses itu menutralisekan bahan toksik termasuk bakteria dalam makanan.

Cuka Buah mengandungi kandungan potassium yang tinggi selain daripada fosforus, magnesium, kalsium, besi dan mineral. Potassium adalah sangat penting dalam pengawalan penggunaan kalsium. Tanpanya atau kurangnya dalam tubuh akan menyebabkan mendapan-mendapan dan kristal-kristal halus kalsium pada pembuluh darah yang sepatutnya pergi ke tulang. Potassium juga mengawal kadar cecair dan tahap pH yang beralkali di dalam dan di luar sel. Faktor ini amat penting untuk tentukan sel berada dalam keadaan yang baik. Sel-sel yang sihat dan baik bererti tisu-tisu dan seterusnya organ-organ kita berkeadaan baik. 

Keladak (Mother of Veil) yang kelihatan di bawah botol adalah unsur yang amat penting kerana di situ terletaknya enzim-enzim hidup yang aktif.

Cuka Buah, dengan izin Allah SWT amat membantu dalam proses rawatan untuk athritis, lelah, batuk berkahak, selsema dan bersin terutama ketika sejuk, alahan, sakit tekak, hidung berdarah, kolesterol tinggi, sembelit, osteoporosis, barah, candida, kejang otot dan lain-lain. Amalan mengambil cuka buah sebagai diet harian amat berkesan bagi mereka yang ingin mengawal berat badan. Cuka boleh dihasilkan oleh berbagai jenis buah seperti epal, anggur, kurma, mulberi dan sebagainya. 

Gunakan Sari Cuka Epal atau Tamar untuk sediakan "Salad Dressing" yang sangat sedap. Cuka mengekalkan kesegaran makanan oleh itu sayur-sayuran di dalam salad akan kekal rangup dan segar. 



No comments:

Post a comment