Saturday, 7 June 2014

Buah delima banyak khasiat

Oleh Zaharah Yunos

Punica granatum atau lebih dikenali sebagai buah delima menjadi pilihan ramai masa kini untuk menjaga kesihatan. Nama lain bagi buah delima ialah pomegranate, rumman, rumien atau rimmon.

Delima berasal dari Iran dan juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Daun delima mempunyai permukaan yang berkilat dan berbentuk oblong berukuran antara tiga hingga tujuh sentimeter (sm) panjang dan 1.3 sm lebar. 

Bunga delima berwarna merah terang, ada yang mempunyai bunga oren terang terutama bagi spesies delima katik atau kerdil (dwarft pomergranate) atau nama saintifiknya punica granatum nana. 

Buah delima kaya dengan sodium dan mengandungi unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Kajian dijalankan juga menunjukkan buah delima mengandungi zat protein dan lemak dalam kuantiti sedikit.

Ramai yang sudah mengetahui kandungan dalam buah delima terdapat banyak khasiat dan sangat membantu untuk menjaga kesihatan kita.

Antaranya seperti menjaga jantung dan hati yang sihat, mencegah dan merawat kanser, membakar lemak me­nguatkan sistem pencernaan dan usus, memulihkan sistem hati dan limpa, mencuci buah pinggang dan saluran kencing,menstabilkan hormon wanita, memulihkan penyakit kencing manis, memberi tenaga dan mencantikkan kulit muka. 

Dalam bidang perubatan, buah delima dilihat dapat meningkatkan taraf kesihatan. Oleh itu, buah delima diekstrak dan dijadikan produk dalam bentuk sediaan jus, pati, emulsi atau kapsul. 

Terdapat banyak produk kesihatan yang berasaskan buah delima dan berada di pasaran. Sekarang, pengguna boleh memilih untuk makan buah delima yang sedia ada ataupun memilih produk yang ada di pasaran. 


(Penulis ialah pelajar jurusan farmasi, Universitas Padjadjaran, Bandung, Indonesia)Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/01

2 comments:

  1. Kacau jus, rasa man's yg terbaik... Masam atau masam ada sediit manis?

    ReplyDelete