Catatan: Nur Syahida Abdul Majid

1. Syeikh tertanya-tanya mengapa di zaman ini amalan-amalan
yang baik, yang sering dilakukan oleh Rasulullah sudah dilupakan tak tidak
diturunkan generasi ke generasi. Amalan-amalan berkaitan dgn sakit dan gangguan,
masyarakat hari ini lebih suka berjumpa dengan bomoh, minta bantuan dari Jin
a) Sekiranya sakit kepala atau migrain, sebelum tidur atau
sewaktu bangun tidur, baca 3 ayat terakhir surah Al Hasy (iaitu ayat Lau
Anzalna Hadzal Quran), sambil tangan kanan memegang kepala. Allah berjanji
tidak akan didatangkan sebarang mudarat yang berkaitan dengan kepala
b) Wanita-wanita yang mempunyai masalah kewanitaan (hormon,
darah dan sebagainya), zaman dahulu amalan ini sangat popular, iaitu menghadap
(berada dibawah) sinaran bulan. Bulan sangat rapat dengan manusia, hidupan.
Laut tahu akan perkara ini. Bulan dapat mempengaruhi darah. Duduklah selama 15
minit atau lebih, insha Allah wanita akan sihat.
c) Untuk orang yang ingin bangun tahajud tetapi sangat
payah untuk terjaga, sebelum tidur bacalah Surah Al Qadr. Pada akhir ayatnya
ulang 7 kali, sambil berniat pukul berapa mahu bangun.
d) Bagi orang yang disihir, Syeikh mengatakan barang siapa
yang membaca Hizb Bahr (agaknya, telinga tak dengar sangat. Mungkin zikir yang
dibekalkan oleh Syeikh) dua kali dalam sehari, nescaya dia tidak akan terkena
sihir. Siapa yang terkena juga, dengan izin Allah, akan terlepas dari sihir
itu.
e) Amalan ini biasa dibuat di Madinah. Bila anak-anak kecil
selalu menangis, berbintik-bintik, kurus badannya, maka kita akan tukar nama
panggilannya.
2. Berkenaan dengan soalan mengapa kita berzikir, tapi
zikir itu tak meresap ke hati, hingga kadang kala berzikir tapi akhirnya
mengantuk

Kenapa boleh mengantuk sambil berzikir? Jawapnya zikir itu
masih belum sampai ke dalam hati. Sedangkan mengingati Allah menenangkan qulub
(hati). Menerangkan hati. Zikr yang membuka hati, melalui lagunya yang indah,
ayatnya yang memikat. Dan zikr yang memberi cahaya pada hati adalah maknanya
yang sampai kepada AllahKata Syeikh lagi, boleh jadi, zikir yang diamalkan itu
tidak patut diamalkan. Contohnya zikir yang dibekalkan oleh syeikh, harus
meminta izin dari syeikh untuk mengamalkannya. Adapun zikir-zikir yang umum,
seperti di dalam Al Quran adalah tidak mengapa.
Syeikh mengandaikan seperti kita dalam keadaan mengantuk,
sudah tidak tidur seharian, kemudian kita bertemu dengan sahabat yang sangat
kita cinta, yang sudah lama tidak berjumpa, pasti mengantuk akan hilang, dan
kita akan bersembang dengan sahabat itu hingga puas. Begitu juga halnya
sekiranya hati kita sudah rapat dengan zikir.
Berkenaan dengan nafsu. Kerana itulah selepas Baginda
pulang dari Tabuk, Baginda bersabda 'Kita telah pulang dari jihad kecil,
sekarang kita kembali kepada jihad yang besar. Ketahuilah itu adalah
nafsu'Sebagaimana ular boleh dilemahkan dengan dingin, nafsu juga boleh
dilemahkan dengan zikir.
Pesan terakhir Syeikh ialah, jangan sesekali kita
membenarkan orang memutuskan kita dari Rasulullah. Dari ajarannya, dari
sunnahnya, dari apa sahaja maklumat tentang Baginda. Tanpa Baginda kita umpama
jasad tanpa kepala.
Akhir rancangan Syeikh menutup dengan satu doa yang sangat
indah. Lebih kurang begini doanya
"Wahai Allah syafaatkan kami dengan syafaat Nabi
Muhammad SAW. Masukkan kami ke dalam syurga tanpa perlu dihisab, tanpa perlu
dikomen-komen, tanpa dibuka aib kami, tanpa perlu diazab. Dan kami mohon sangat
ya Allah, kau tunjukkan (temukan) kami dengan wajah Mu, penghulu segala
kehidupan, penghidup segala kehidupan, Baginda Nabi, dan seluruh keluarganya,
sahabat-sahabatnya"
Kalau dapat dengar memang lebih zouk. Apa yg saya sampaikan
jauh beza dengan kalimah syeikh, kerana ia keluar dari lidah yang terang
bercahaya. Moga ini ada manfaatnya.
No comments:
Post a Comment