Friday, 6 January 2012

Kongsi Ilmu Dengan Bloger

Kepentingan untuk mengecil dimensi dan saiz file gambar sebelum diupload kedalam blog anda amatlah tidak diambil berat oleh kebanyakkan blogger. Jika blog anda adalah self hosting, maka anda wajib resize image anda kerana untuk mengelakkan bandwidth bulanan anda akan cepat habis. Contohnya jikalau bandwidth bulanan anda adalah 1GB, anda uploadkan gambar jenis bmp yang saiznya 1mb, jika dalam sehari 100 orang visitor masuk ke blog anda sudah 100 mb bandwidth telah digunakan. Jadi dalam 10 hari saja bandwidth anda akan habis digunakan dan terus blog anda akan tergantung buat sementara.
Kebaikkan untuk mengecil dimensi dan saiz file gambar sebelum diupload kedalam blog:-

  • Untuk mengelakkan bandwidth bulanan anda cepat habis ( untuk blog yang self hosting)
  • Memastikan page anda tidak berat ketika loading
  • Blog yang lambat loading akan memberi kesan kepada Search Engine Optimization (SEO)
  • Mengurangkan storan file di web server anda (Self Hosting).
Jadi, jika anda mahu cara yang mudah mengecil dimensi dan saiz file gambar sebelum diupload kedalam blog, sila lihat video yang telah dihasilkan dibawah.

Mudah bukan? Tidak perlu software dan hanya perlu menggunakan web browser kegemaran anda(Pilihan saya Mozilla Firefox). Masuk ke web ResizeYourImage.com untuk resize imej anda. 


Sumber : Nak habaq mai

No comments:

Post a Comment