Bertemanlah
dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kita senang dan
perisai diwaktu kita susah
Maksiat
menjauhkan kita dari para ilmu akhirat dan jalan ke syurga tetapi mendekatkan
kita dengan ilmu dunia dan jalan ke neraka.
Tiada yang
lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan
yang berterusan malah maksiat itu adalah baja bagi nafsu amarah.
Keberkatan
rezki itu disertai dengan ketenangan jiwa dan kelapangan nurani walaupun ianya
sedikit tetapi mencukupi.
Allah
memudahkan rezki kepada sekelian makhluknya kecuali kepada mereka yang sering
melakukan maksiat.
Maksiat itu
adalah satu perbuatan yang tercela dan boleh menghindarkan pancaran Nur Iman
dan kurniaan ilmu laduni. Wallahu a’lam.
Ilmu laduni
itu kurniaan Allah kepada hambanya yang taat dan ikhlas kepadaNYA, kecuali
kepada mereka yang suka dan sering melakukan maksiat .
Kecerdasan
akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati tetapi
padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela.
Dusta itu
memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin (Imam) yang
tidak mengamalkan Al-Quran menyebab berlaku permusuhan sesama sendiri.
Zinna itu
menyebabkan banyak wabak penyakit. Tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi.
Tolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
Tiada yang
lebih gembira b agi syaitan selain daripada dapat merosakkan sesuatu ketentuan
Allah itu yang asbab daripadanya.
Hadiah yang
paling besar yang diterima oleh syaitan daripada iblis adalah memecahkan
rumahtangga dan memutuskan silaturrahim.
Syaitan
sangat suka kepada mereka yang suka melayan perasaan dan nafsu ammarah kerana
itu adalah pintu yang paling luas untuk dia masuk menggoda.
Jangan
sesekali ada perasaan sombong dan bongkak dalam hidup kerana ia adalah
sebahagian daripada isyarat kepada syaitan untuk memperdayakan kita.
Apabila
Zina & Riba berleluasa, maka kehancuran sesuatu kaum & bangsa itu akan
berlaku sama ada keruntuhan akhlak, budi pekerti & kesusilaan. Nauzubillah.!
Takut kpd
makhluk, kita menjauhinya demi keselamatan kita, ttp takut kpd Allah, wajib
kita mendekatinya demi untuk mendapatkan rahmat dan perlindunganNYA.
Jangan
sangka diri sudah berada pada golongan sunnah waljamaah, sedangkan amal, hati,
jiwa dan akal masih penuh dengan keseronokan dunia.
Kepada si
isteri, wajib dikasihi. Anak disayangi. Harta benda, pangkat dan darjat
disukai. Kepada ALLAH dan RASUL wajib diCINTAI.
Iman itu
pada Roh. Amal itu pada hati, Islam itu pada jiwa dan Ehsan itu pada diri.
Jangan
disesali dgn pengalaman pahit dalam kehidupan krn ia adalah satu ilmu, wadah
dan panduan dalam perjalanan untuk mendapat keredhaan Tuhan.
Jangan
letakkan keEsaan Allah di dalam akal fikiran kita . Setinggi-tinggi ilmu di
dunia ini yang mampu kita kecapi hanyalah seumpama setitis air di lautan.
Bermula
berjalan kepada Tuhan adalah dengan menunaikan hak kepada ibubapa dengan
sempurna selagi ianya tidak melanggar kehendak Allah dan Rasul.
No comments:
Post a Comment