SEJARAH HILANG ANGKARA BRITISH
Berikut ialah penyelidikan dari Indonesia yang saya
rasa kita perlu baca untuk mengenali serba sedikit tentang bangsa Melayu Islam
yang benar-benar hebat dan pencapaian yang mengkagumkan.. Baca dan pastikan
anda faham kerana ia bukanlah sekadar bacaan, ia adalah juga untuk memastikan
kita bahawa Melayu sedah berada di Malaysia dari awal lagi dan bukan seperti
yang dipelajari melalui buku-buku sejarah Malaysia ciptaan British lakhnat.
Siapa yang terus merahsiakan kehebatan Melayu? Fikir dan jawab sendiri.
SEJARAH MELAYU
Bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi
lbrahim a.s., begitu menurut Ibnu Athir, seorang ahli sejarah Islam terkenal di
zaman lampau. Bangsa Melayu, menurut beliau, ialah Bani Jawi, iaitu keturunan
lbrahim a.s., dari isterinya yang ketiga bernama Qatura. Bagi anak-anak dari
keturunan Qatura ini, baginda telah memerintahkan agar berpindah ke timur
dengan memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru, maka
mereka pun meninggalkan tanah Kanaan untuk berpindah ke timur.
Kemungkinan besar perpindahan demi perpindahan telah
berlaku akibat berbagai sebab. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu pernah
menduduki Tibet dan telah menamakan gunung Himalaya, yang mana di dalam bahasa
Sanskrit adalah bermakna Gunung Melayu. Perkara ini berlaku lebih dari 2000
tahun yang lampau. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu yang tinggal di banjaran
gunung itu telah berpindah pula ke selatan akibat dari peperangan demi
peperangan yang berlaku di tanah besar Cina serta India dan akhirnya mereka
menempatkan diri di selatan Thai serta Semenanjung Tanah Melayu. Ini adalah
kisah perpindahan mengikut jalan darat.
Terdapat juga keturunan dari Kanaan ini yang datang
mengikut jalan laut, iaitu mengikuti seorang raja yang bernama Mus, belayar ke
timur dan mendarat di Palembang, Sumatera. Di sana terdapat bukti kedatangan
beliau bersama rombongannya di mana sebuah sungai telah dinamakan sebagai
Sungai Musi yang bererti Sugai Mus Punya.
Dikatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s., itu melahirkan
tiga keturunan yang besar, pertama ialah bangsa Arab, dari keturunan anaknya
Ismail a.s., kedua ialah bangsa Israel dari keturunan Ishak a.s., dan ketiga
ialah bangsa Melayu (Bani Jawi) dari keturunan anaknya menerusi perkahwinan
dengan Qatura. Sejak dari zaman dahulu lagi orang-orang Arab memanggil
kepulauan Tanah Melayu ini sebagai Tanah Jawi. Bani itu bererti anak- anak atau
keturunan, sebagaimana juga nama Bani Lavi (Levi) dari puak Israel.
Bangsa Melayu telah melalui berbagai pengalaman semasa
perpindahan dari satu tempat ke satu tempat. Kaumnya pun telah menganut
berbagai-bagai agama bermula dari syari'at Ibrahim a.s., Hindu, Buddha,
Kristian dan Islam. Kebanyakan dari ilmu pengetahuan bangsa Melayu mempunyai
perkaitan yang rapat dengan pengetahuan bangsa India, Cina dan Jepun.
Contohnya, dari segi ilmu senggama, praktik meletakkan kain putih di bawah
pengantin perempuan pada malam pertama perkahwinan telah dipraktikkan oleh
bangsa Cina dahulukala.
Banyak pantang larang yang berkisar disekitar ilmu
senggama Melayu juga mempunyai persamaan dengan apa yang diajar oleh bangsa
India dan Cina. Asal usul seetengah-setengah dari praktik ini dipercayai
berasal dari India, menerusi ajaran Hindu dan Buddha. Kemudian dari Sri Vijaya,
Budi Dharma (seorang Melayu) telah pergi pula ke Cina dan Jepun bagi
mengembangkan ajarannya, termasuklah bidang persilatan.
Kedatangan Islam menerusi saudagar-saudagar dari
Hadratulmaut dan juga pengajaran dari Wali-wali Sembilan membawa fokus dakwah
dari segi ilmu-ilmu mistik bagi menarik penganut-penganut Hindu pada masa itu
yang tebal dengan ilmu mistik bagi memeluk Islam. Pemah dikatakan terjadi
pertentangan ilmu antara Wali Sembilan dengan Ketua Sami yang bertapa yang
berakhir dengan kematian Sami tersebut. Wali Sembilan juga dikatakan telah
membina sebuah masjid dengan bertiangkan habuk- habuk kayu yang dijadikan tiang
menerusi pengetahuan mistik.
Dari cerita-cerita inilah kemungkinannya maka banyak
ilmu yang berkaitan dengan perkara ghaib dikaitkan dengan Wali Sembilan walaupun
sebenamya mungkin ilmu tersebut berasal dari ajaran Hindu atau Buddha.
Saudagar-saudagar yang datang dari Hadramaut telah membawa ilmu-ilmu yang
berasal dari jalinan budaya Hindu, Buddha, Islam dan budaya Arab, Israel, Rom
dan Khurasan. Jalinan ini kelihatannya lebih menekankan cara jima' Islam,
sedangkan praktik lain seperti ubat-ubatan dan sebagainya mempunyai pengaruh
dari agama Hindu serta Buddha.
Pada zaman awal kehidupan masyarakat Melayu, mereka
belum memiliki kemahiran menulis. Semua perhubungan dilakukan dengan cara
lisan. Pada waktu itu juga mereka masih menganuti fahaman animisme. Oleh kerana
mereka percaya bahawa hantu, jin, jembalang, atau penunggu; maka sesuatu benda
yang besar seperti pokok besar, bukit besar, atau apa sahaja benda yang
mengagumkan akan mereka sembah. Pada masa inilah kedudukan pawang sangat
dihormati.
Pawang, yang pada mulanya mendapat ilmu pengetahuan
secara semula jadi itu menjadi tempat bertanya bagi menyelesaikan semua
kemusykilan dan meminta ubat bagi orang yang sakit. Bagi keperluan ini, Pawang
menggunakan mantera, jampi, atau kata-kata hikmat yang lain dengan bahasa yang
teratur, indah, dan berkesan.
Pawang ini kemudian menurunkan ilmunya kepada orang
yang paling dipercayainya. Penurunan ilmu ini adalah dengan cara hafaz dan
amalan. Biasanya tidak semua ilmu yang dimiliki oleh pawang itu akan
diturunkannya kepada muridnya dan ada pula murid yang mahu belajar secara
khusus sahaja sehingga timbullah datu (orang yang pandai mengubati orang
sakit), dukun (orang yang pandai membuat orang sihat menjadi sakit), dalang
(orang yang pandai bercerita), dan kemahiran lainnya.
Di antara kemahiran yang disebutkan di atas, dalang
atau pencerita menjadi orang yang terkenal. Ia bebas mengembara ke mana-mana
menyebarkan ceritanya. Masyarakat waktu itu memberi layanan yang istimewa
kepada pencerita. Di mana sahaja pencerita berada, orang kampung akan
berduyun-duyun mendengar cerita yang biasanya berbentuk penglipur lara. Ia
kemudian dikenali sebagai pelipur lara.
Pelipur lara yang terkenal bijak ini bukan sahaja
menyampaikan ceritanya apabila sampai di sesuatu tempat. Sekali-sekala ia cuba
juga menduga kepintaran orang di situ melalui teka-teki. "Satu di antara
jenis hasil sastera Melayu yang terawal dan dipercayai terbitnya pada zaman
orang Melayu belum memiliki kemahiran menulis, ialah teka-teki. Salah satu
teka-teki yang terkenal ialah:
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang
perut senanglah hati
Di antara cerita yang paling disukai oleh masyarakat
pada masa itu ialah cerita tentang haiwan. Hal ini berkait rapat dengan
kehidupan masyarakat yang suka berburu. Para pencerita pula akhirnya
memanfaatkan cerita haiwan ini sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran.
Dengan kehalusan budi dan bahasanya si pencerita mengisahkan kehidupan haiwan
untuk menceritakan hidup dan kehidupan manusia yang sebenarnya. Cara ini sangat
berkesan. Orang yang kena sindir tidak marah dan orang lain mendapat teladan.
Salah satu cerita yang paling digemari ialah cerita Sang Kancil.
Berkurun-kurun kemudian, pengalaman masyarakat Melayu
semakin bertambah. Para cerdik pandainya cuba memikirkan cara untuk merakamkan
bahasa mereka. Pengalaman dan pengetahuan mereka tentang alam cukup luas. Oleh
yang demikian, mereka mulai menulis dengan meniru cabang, ranting, potongan
kayu, dan bentuk sungai. Lama-kelamaan terbentuklah tulisan yang kemudian
dinamai sebagai Tulisan Rencong.
Orang Melayu ketika itu menuliskan tulisannya pada
kulit kayu, kulit binatang, batang buluh, atau daun lontar. Oleh yang demikian,
ia tidak dapat bertahan lama kerana lama-kelamaan bendanya reput, hancur, atau
tulisannya hilang. Bagaimanapun, huruf asli Melayu ini diperkirakan lebih awal
daripada huruf Kawi dan huruf Wenggi yang ditemui di Nusantara ini terutama di
Pulau Jawa.
Orang Melayu yang sejak awal memang sebagai pelaut
ulung, telah sampai ke mana-mana. Begitu juga dengan Si Pelipur Lara. Ia telah
mendengar cerita yang dibawa oleh penyebar kepercayaan Hindu ke Nusantara ini.
Ia pun melengkapkan ceritanya dengan cerita Hindu ini dengan mengubahsuaikan
cerita asalnya menjadi corak tempatan. Dengan demikian, semakin berkembanglah
kesusasteraan Melayu berbentuk lisan tersebut.
KESUSASTERAAN HINDU
Kedatangan saudagar dan mubaligh Hindu ke Nusantara
ini terutama bertapak di Pulau Jawa. Para mubaligh tersebut memperkenalkan
karya Mahabrata dan Ramayana kepada masyarakat tempatan. Karya Vyasa dan
Valmiki pujangga India yang terkenal ini menarik perhatian pujangga istana di
Jawa dan mereka menyalin bahagian yang mereka sukai.
Semasa Kerajaan
Mataram di Jawa Tengah sedang jayanya, pujangga istana memang memiliki
kedudukan yang istimewa. Mereka berpendapat bahawa peranan pujangga sama
pentingnya dengan peranan mubaligh malahan mereka dapati melalui susastera
penyebaran ilmu agama itu lebih berkesan dan mudah diterima oleh masyarakat.
Sekitar tahun 925 M, iaitu semasa kejayaan Kerajaan Mataram, pujangga Yogiswara
telah menyalin Ramayana ke dalam bahasa Jawa Kuno (tulisan Kawi). Semasa
pemerintahan Raja Dharmawangsa (985-1006 M) pula, dilakukan penyalinan
Mahabrata dan pada abad ke-11 disalin lagi dan diberi tajuk baru, iaitu
Astadasaparwa.
KESUSASTERAAN JAWA
Perkenalan pujangga istana dengan sastera Hindu ini
telah melahirkan minat pujangga lain untuk menulis sendiri karya sasteranya.
Semasa pemerintahan Airlangga, seorang pujangga bernama Mpu Kanwa mengarang
syair (kekawin) yang diberinya nama Arjuna Wiwaha (sekitar tahun 1030 M). Mpu
Sedah dan Mpu Panuluh pula menulis Bharatayudha sekitar tahun 1157 M. Dalam
abad ke-12, lahirlah buku Smaradhana karya Mpu Dharmajaya dan buku Arjuna
Wijaya karya Mpu Tantular.
Apabila Kerajaan Majapahit memperluas kekuasaannya
hampir di seluruh Kepulauan Melayu termasuk Thailand, mereka cuba mempengaruhi
masyarakat dengan memperkenalkan Cerita Panji, iaitu kisah keagungan Raja
Majapahit. Cerita ini tidak dapat diterima oleh masyarakat terutama di luar
Pulau Jawa kerana ia menggunakan bahasa Jawa Kuno. Para dalang yang
mempersembahkan cerita ini melalui Wayang Gedok (wayang orang yang menggunakan
topeng) mencari jalan lain. Sebelum mereka mempersembahkan Cerita Panji
terlebih dahulu mereka belajar bahasa Melayu. Persembahan Wayang Gedok terutama
di Sumatera kemudiannya menggunakan bahasa Melayu bercampur dengan bahasa Jawa.
Secara langsung para dalang ini telah mengangkat bahasa Melayu dan
lama-kelamaan beberapa perkataan bahasa Jawa yang sesuai diserap ke dalam
bahasa Melayu. Cerita Panji telah mempengaruhi kesusasteraan dan bahasa Melayu
sekitar tahun 1240 M.
Di antara Cerita Panji yang terkenal ialah: Hikayat
Raja Kahuripan, Hikayat Mesa Taman Panji Wila Kesuma, Hikayat Mesa Kumitar,
Hikayat Carang Kolina, Hikayat Rangga Rari, Hikayat Cekel Weneng Pati, Hikayat
Prabu Jaya, Hikayat Kuda Semirang, dan Hikayat Panji Semirang. Di samping
hikayat, kesusasteraan Jawa yang diperkenalkan kepada masyarakat Melayu di
antara lain, ialah Syair Ken Tambuhan, Syair Lelakon Mesa Kumitar, Syair
Undakan Agung Udaya, dan Syair Panji Semirang.
Sebagai gambaran, perhatikan contoh Cerita Panji yang
dipetik daripada Hikayat Cekel Weneng Pati yang berikut ini:
Bahawa
ini cerita orang dahulu kala dari pada bahasa Melayu dan Jawa, diceritakan oleh
dalang dan bujangga yang parama kawi di tanah Jawa, dipindahkan dengan bahasa
Melayu, maka akan jadi penghibur rasa yang dendam dilelakonkan. Dalam itupun
masygul di mana 'kan hilang? Dendam pun tiada berbilang! Akan perinya juga
pendalang katakan akan pemadam hati yang berahi; maka dalang panjangkan lelakon
ini supaya menjadi tembang lanjut dan kidung dan kekawin segala yang arif bijaksana
dari pada menyatakan 'asyikan dalam kalbu: hendak pun dikeluarkannya yang ada
dalam hatinya itu tiada 'kan datang kebajikan kepadanya; oleh karena itulah
maka dikarang hikayat ini bernama Cekel Weneng Pati ...."
Bahasa yang terlihat dalam kutipan di atas tidak dapat
digunakan sebagai pedoman bahasa yang digunakan pada zaman mula-mula Cerita
Panji diciptakan kerana para dalang mengubahsuaikan bahasanya sesuai dengan
perkembangan bahasa yang diketahuinya. Menurut Baharuddin Zainal, naskhah
Cerita Panji baru ditemui pada abad ke-15. Walau bagaimanapun, pernyataan yang
mengatakan ia "berasal daripada bahasa Jawa dan ditukar ke dalam bahasa
Melayu" penting untuk diketahui. Lagi pula, kutipan ini jelas
memperlihatkan kepada kita bagaimana perkataan bahasa Jawa itu diserap menjadi
bahasa Melayu.
KESUSASTERAAN
ARAB
Seiringan dengan penyebaran kesusasteraan Hindu dan
Jawa, kesusasteraan Arab juga turut berkembang di alam Melayu. Ini tidaklah
menghairankan kerana orang Arab sudah sejak awal sampai di Kepulauan Melayu.
Sejarah China mencatatkan bahawa pada tahun 977 M, seorang utusan yang beragama
Islam bernama Pu Ali (Abu Ali) telah mengunjungi negeri China yang datang dari
Poni, iaitu sebuah negeri di alam Melayu.
Pada mulanya, cerita Hindu yang sudah sedia ada dalam
pengetahuan masyarakat Melayu dimasukkan unsur Islam. Dengan demikian, para
pendengar mudah menerima pengetahuan Islam tersebut. Lama-kelamaan lahir pula
cerita nabi, para sahabat, dan pahlawan Islam lainnya. Semuanya disampaikan
secara lisan semasa menyebarkan agama. Naskhah bertulis berkenaan dengan
kesusasteraan Islam baru ditemui pada abad ke-15 walaupun kesusasteraan Islam
telah masuk ke alam Melayu jauh sebelum itu. Bahkan, istilah hikayat yang
digunakan dalam kesusasteraan Hindu dan Jawa diambil daripada istilah bahasa
Arab.
Pengaruh bahasa Arab lebih jelas lagi dapat dilihat
pada Batu Nisan Malik al-Saleh. Batu Nisan ini dipercayai dibawa dari negeri
Kembayat (Kambodia). Tulisan yang terdapat pada batu nisan tersebut
keseluruhannya menggunakan bahasa Arab. Isinya di antara lain menyatakan tarikh
wafat Sultan Malik al-Saleh (Raja Pasai yang pertama memeluk agama Islam),
iaitu bersamaan dengan tahun 1297 M. Ini bukanlah bermakna bahawa Batu Nisan
Malik al-Saleh merupakan bukti pertama orang Nusantara ini memeluk Islam kerana
di Leran, Gresik, Pulau Jawa terdapat batu nisan seorang wanita Islam bernama
Fatimah bt. Maimun bertarikh 1082 M.
Jika di Pulau Sumatera dan Pulau Jawa ditemui batu
nisan orang Islam, di Tanah Semenanjung atau tepatnya di Sungai Teresat, Kuala
Berang di negeri Terengganu ditemui pula batu bersurat yang dinamai Batu
Bersurat Kuala Berang bertarikh 1303 M. Batu bersurat ini ditulis dengan huruf
Jawi. Tulisan Jawi ini mengambil huruf Arab dan menambah beberapa huruf lain
sebagai melengkapi bunyi Melayu yang tidak terdapat dalam bahasa Arab. Batu
Bersurat Kuala Berang di atas ditulis pada empat bahagian. Perhatikan bahasa
yang tertulis pada salah satu bahagian batu tersebut (setelah
ditransliterasikan):
Rasulullah
dengan yang orang sahabi mereka (sekalian).
Asa
pada Dewata Mulia Raya memberi hamba meneguhkan agama Islam. Dengan benar
bicara, derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya. Di benuaku ini
pembantu agama RasuluLlah SallaLlahu alaihi wasallam raja mandalika yang benar
bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam bumi pebantu itu fardhu pada sekalian
raja mandalika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar. Bicara
berbajikan betul pebantu itu maka titah Seri Paduka Tuan menduduki tamra ini di
benua Terengganu adi pertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan di
sasanakala. Baginda RasuluLlah telah lalu tujuh ratus dua.
Daripada kutipan di atas terlihat perkataan Dewata
Mulia Raya masih digunakan walaupun yang dimaksud ialah Allah SWT. Beberapa
perkataan lain, seperti: mandalika (ketua wilayah), berbajikan (kebajikan =
kebaikan), tamra (perintah rasmi), dan sasanakala (masa perintah agama)
memperlihatkan perkataan Sanskrit sudah semakin berkurang. Berkenaan dengan
aksara Jawi yang merupakan aksara Arab tersebut, aksara Persia telah
menambahnya dengan empat huruf atau bunyi, iaitu p, ch, zh, dan g. Aksara Jawi
mengambil huruf ch Persia menjadi c dan mengubahsuai g Persia dengan
mengguna-kan titik di atas. Bunyi atau huruf p, ng, dan nya merupakan ciptaan
bangsa Melayu sendiri. Aksara Jawi ini kemudian dilengkapkan dengan bunyi atau
huruf v sejak 1987. Bandingkan aksara Arab, Persia, dan Jawi seperti yang
diperlihatkan pada lampiran 3. Kembali ke Pulau Sumatera, di Aceh ditemui pula
sebuah nisan yang dinamai Batu Nisan Minye Tujuh. Batu nisan ini bertarikh 1380
M dan ditulis dengan tulisan India. Namun, bahasa yang digunakan merupakan
gabungan bahasa Melayu, bahasa Sanskrit, dan bahasa Arab. Perhatikan
transkripsinya seperti yang berikut ini:
hijrat nabi mungstapa
yang prasida , tujoh ratus asta puluh sawarsa, haji catur dan dasa wara sukra,
raja iman warda (?) rahmat Allah, gutra barubasa mpu hak kadah pasema, taruk
tasih tanah samuha, ilahi ya rabbi Tuhan samuha, taruh dalam swarga Tuhan
tatuha
Harun Aminurrashid mengutip terjemahan yang diberikan
oleh C. Hooykaas tentang Batu Nisan Minye Tujuh di atas, sebagai berikut:
Setelah
hijrah Nabi, kekasih yang telah wafat, tujuh ratus delapan puluh satu tahun,
bulan Zulhijjah empat belas hari, hari Jumaat raja iman rahmat Allah bagi
Baginda (warda) dari keluarga Barubasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai,
menarok di laut dan darat semesta (semua) Ya Ilahi, ya Tuhanku semesta,
masuklah Baginda ke dalam syurga Tuhan.
Walaupun tarikh Batu
Nisan Minye Tujuh ini terkemudian daripada Batu Bersurat Kuala Berang, ternyata
bahasa Melayu pada Batu Bersurat Kuala Berang lebih maju.
KESIMPULAN
Berdasarkan huraian di atas dapatlah disimpulkan
bahawa:
(a) Tulisan Melayu yang awal ialah Tulisan Rencong.
(b) Kesusasteraan Islam diperkenalkan kepada
masyarakat Melayu melalui tradisi lisan sama ada disampaikan oleh mubaligh
Islam mahupun oleh pencerita tempatan sebagai kesinambungan tradisinya yang
terdahulu.
(c) Kesusasteraan Hindu yang masuk ke alam Melayu mula-mula
menggunakan bahasa Sanskrit dan kemudian menggunakan bahasa Jawa Kuno (Kawi) di
Pulau Jawa. Kesusasteraan ini diperkenalkan kepada masyarakat Melayu di luar
Pulau Jawa melalui kesusasteraan lisan dengan menggunakan bahasa Melayu campur
bahasa Jawa.
(d) Tulisan Jawi telah mengambil alih tugas tulisan
Rencong.
Penciptaan tulisan Jawi tentulah sudah bermula sebelum
abad ke-13 kerana penggunaan tulisan Jawi di dalam Hikayat Raja Pasai telah
menunjukkan bahawa ia telah dapat mendeskripsikan pemikiran orang Melayu yang
tinggi dan berseni.
Nota:
Banyak rujukan sejarah dan peristiwa di buat di Indonesia berbanding di
Malaysia, kerana cara Merdeka kita berbeza. Indonesia merdeka setelah menentang
belanda habis-habisan. Malaysia merdeka kerana terima habuan British, habis-habisan.
Fikirkan lah. Setelah lebih 50 tahun merdeka, luah tiada, malah kaut yang berganda-ganda,
sejarah terus dihilang kerana kuasa ingin kuasa terus dipegang.
Sumber: TranungkiteOnline
Banyak rujukan sejarah dan peristiwa di buat di Indonesia berbanding di Malaysia, kerana cara Merdeka kita berbeza. Indonesia merdeka setelah menentang belanda habis-habisan. Malaysia merdeka kerana terima habuan British, habis-habisan. Fikirkan lah. Setelah lebih 50 tahun merdeka, luah tiada, malah kaut yang berganda-ganda, sejarah terus dihilang kerana kuasa ingin kuasa terus dipegang.
sepatutnya buku teks sejarah sekarang ni perlu diedit lagi..bnyak lagi sejarah melayu yg hebat2 tak dibagitau...sbb tu la remaja kita asyik dok bangga keturunan mat saleh je..
ReplyDeleteZaman ini pelajar hanya didedahkan dengan sejarah Malaysia moden yang digubah oleh pihak berwajib. Hasilnya kita nampak pada remaja hari ini.
ReplyDeleteMemang ada kebenarannya,saya pun tengah baca buku The Encyclpedia of M'sia ~'Early History'.
ReplyDeleteSejarah pileh2 yg diajar di sekolah dari dulu hingga sekarang.Rekod sejarah Tanah Melayu banyak di Negeri Cina,sepatutnya pengkaji sejarah kita ke sana dan tak perlu takut dan gentar dgn apa2 yg ditemui kalau ia berlainan dgn yg kita tahu.
Sangat menarik...ingin sekali mengetahui sejarah2 yang terpendam
ReplyDeleteSdr Thomas, saya setuju dgn saudara. Apa yg saya baca dan pelajari tentang sejarah juga tidak tercatat Negeri China menjajah negara2 lain. Harap betulkan kalau saya tersilap.
ReplyDeletememang minat sejarah...artikel ni memang menarik...
ReplyDeletemenarik perkongsian ilmu ni.. arigatou :)
ReplyDeletesejarah tggal sejarah je ... mly skrg = ?
ReplyDeletethank you....... menarik
ReplyDeleteMemang menarik...thanx 4 info...:-)
ReplyDelete