Showing posts with label imam al ghazali. Show all posts
Showing posts with label imam al ghazali. Show all posts

Wednesday, 19 September 2012

Pemikiran Politik Al-Ghazali

IMAM al-Ghazali (m. 505/1111) merupakan tokoh Islam yang amat dikagumi ramai termasuk juga di kalangan orang Barat. Banyak kajian di Barat menerima ketokohan Imam al-Ghazali dalam bidang pemikiran politik (Goldziher 1916; Sherwani 1935; Lambton 1954; Binder 1955; Watt 1965/66; Laoust 1970; Crone 1987; Hillenbrand 1988, 2004). Secara umumnya Imam al-Ghazali merupakan ulama Islam yang benar-benar mewakili semangat keseluruhan ajaran Islam sebagaimana didapati dalam bukunya Ihya’ ‘Ulum al-Din. Beliau pula menguasai pelbagai ilmu merangkumi ilmu-ilmu Islam dan ilmu asing termasuk bidang falsafah. Artikel ini membincangkan pemikiran politik Imam al-Ghazali menerusi karyanya Kitab al-Iqtisad fi al-I’tiqad (1998; trj. 2007). Seterusnya pemikiran politik al-Ghazali ini dikaitkan dengan perkembangan politik di Malaysia dalam bahagian kedua. Sudah semestinya pemikiran tokoh besar Islam ini relevan dengan dimensi politik tanah air terutama menjelang pilihanraya ke-13.