Friday 20 January 2012

Tokoh Hang Tuah Benar-benar Wujud

Seorang pakar arkeologi hari ini mempertahankan kewujudan Hang Tuah berdasarkan bukti arkeologi.

"Saya percaya tokoh ini wujud. Nama Hang memang sudah wujud di alam Melayu. Panggilan Hang ada di Padang Lawas Sumatera, Indonesia.

"Tetapi nama yang empat orang lagi itu (Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu) mungkin boleh dikaji lagi," kata Yang Dipertua Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.

Beliau berkata meskipun tiada kajian khusus dijalankan, namun kajian arkeologi membuktikan terdapat beberapa penemuan daripada tinggalan seramik atau tembikar yang menunjukkan kesan pada abad ke-15.

"Kajian khusus tidak ada, tetapi kalau makam, ia ada walaupun nama tidak tertulis padanya," katanya kepada pemberita di ibunegara Jumaat.

Beliau diminta mengulas mengenai pendapat ahli sejarah Prof Tan Sri Khoo Kay Kim bahawa Hang Tuah tidak wujud dan lebih merupakan tokoh mistik.

Beliau berkata tiada bukti dan rekod tentang kewujudan Hang Tuah begitu juga dengan Puteri Hang Li Po dari China yang dikatakan telah berkahwin dengan Sultan Melaka di abad ke-15.

- Bernama

5 comments:

  1. Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

    Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Winsdtedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

    ReplyDelete
  2. Mungkin karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden kurang tepat mungkin fakta telah dipesongkan oleh mereka untuk niat jahat :(

    ReplyDelete
  3. pergi kaji sumber benua keling dan indocina la, jumpa lah nanti.. rujuk mat saleh dan tertutup pada sumber setempat mmg lah tak jumpa apa kerna kebanyakkannya dah dilarikan kompeni hindia timur "kesayangan" melayu modern kita tu.. nek moyang dulu rajin berdagang, disapu sejarah dek bangsa pendatang, jadilah cucu malu kat orang, tak kenal diri tak bangga dipandang!

    ReplyDelete
  4. boleh tahu sumber gambar tuah itu dari mana? lawa..

    ReplyDelete
  5. Kalau masuk ke perpustakaan di universiti2 di Indonesia, kita boleh buka manuskrip lama mereka. Banyak terdapat catatan2 lama berkaitan Melaka dan hubungan antara kedua negara semasa itu.
    Kebanyakkan catatan mereka mengisahkan Hang Jebat dan Hang Kasturi dalam setiap hubungan Melaka dan Majapahit.

    Dalam Sejarah Melayu terdapat empat versi Salatus Salatin. Hanya satu versi sahaja yang mengangkat Hang Tuah itu hero berbandi tiga lagi versi lain yg menyatakan Hang Kasturi.

    Jangan lupa, setiap negara di dunia mempunyai Lagenda hero mereka sendiri. Dan kisah kegagahan hero ini hampir serupa.

    ReplyDelete