Sunday 22 January 2012

Pesanan Kepada Fanatik Politik dan Kaki Maki

Cuba buang dulu fanatik politik sebab yang kita nak ambil dari ulama ialah ilmunya dan bukan fahaman politiknya. Tak ke naya kalau Ustaz Fathul Bari dan Dr.Maza masuk PAS, tak cukup tanah kita nak tarik fitnah dan maki hamun kita. Lagi naya kalau Ustaz Azhar Idrus, Dr Harun Din dan Nik Aziz Nik Mat masuk UMNO. Ustaz Rasul Dahri pula menjadi rakyat Malaysia dan memegang jawatan DUN Pas. Ha!! Macam mana? Tak mustahil semua ini berlaku dengan izin Allah.


حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ هِلَالٍ الصَّوَّافُ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ غَيْلَانَ بْنِ جَرِيرٍ عَنْ زِيَادِ بْنِ رِيَاحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَاتَلَ تَحْتَ رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ يَدْعُو إِلَى عَصَبِيَّةٍ أَوْ يَغْضَبُ لِعَصَبِيَّةٍ فَقِتْلَتُهُ جَاهِلِيَّةٌ

Telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Hilal As Shawaf telah menceritakan kepada kami Abdul Warits bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Ayyub dari Ghailan bin Jarir dari Ziyad bin Riyyah dari Abu Hurairah dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa berperang di bawah bendera kefanatikan dan menyeru kepada fanatisme, atau marah kerana fanatisme, maka matinya menyerupai mati jahiliyyah." (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan lain-lain)

Perumpamaan mengambil ilmu saya qiyaskan dengan guru matematik atau sains atau english masa kita di bangku sekolah dahulu. Sudah tentunya mereka ini antaranya orang yang beragama Hindu dan Buddha. Kenapa kita boleh ambil ilmunya dan tak ambil fahaman agama mereka?


Saya banyak mendengar kutukan terhadap Ustaz Fathul Bari, bukanlah saya ingin menyebelahinya. Walaupun ada beberapa perkara saya sendiri kurang setuju dengan pandangan Ulama Muda UMNO, tetapi saya tahu dan yakin mereka tidak pernah dapat RM 15,000 seorang. Saya yakin mereka tidak menjual agama, cuma ada tafsiran yang berbeza dan juga cara menghukum secara putus sesuatu kumpulan tertentu masuk neraka adalah sesuatu yang amat berat di sisi Allah. Allah mengetahui setiap kita dan inilah jawapan saya kepada yang bertanya isu menkafirkan, mengisytihar orang masuk neraka, membodohkan orang dan seumpamanya. Saya teringat satu perkataan guru saya yang saya dengar secara bersanad iaitu:
Di muka bumi ini, hanya dajal yang boleh menentukan siapa masuk neraka dan siapa masuk syurga dengan izin Allah.
Jadi faham-faham sahajalah apa yang telah berlaku ini. Kalau tak faham juga, boleh hubungi saya.
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ إِسْحَقُ أَخْبَرَنَا و قَالَ الْآخَرَانِ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ شَقِيقٍ عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدَّجَّالُ أَعْوَرُ الْعَيْنِ الْيُسْرَى جُفَالُ الشَّعَرِ مَعَهُ جَنَّةٌ وَنَارٌ فَنَارُهُ جَنَّةٌ وَجَنَّتُهُ نَارٌ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdullah bin Numair, Muhammad bin Al Ala` dan Ishaq bin Ibrahim, berkata Ishaq: Telah mengkhabarkan kepada kami, sementara yang lain berkata: Telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah dari Al A'masy dari Syaqiq dari Hudzaifah berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Dajjal, buta mata sebelah kanan, berambut ikal, bersamanya ada syurga dan neraka, nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka." (Hadis Sahih Riwayat Muslim dan lain-lain)


Bertaubatlah pada mereka yang telah terlepas cakap atau tidak sengaja memaki/fitnah/mengadu domba atau kerana tidak tahu (jahil). Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka.


حَدَّثَنِي سُوَيْدُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ مَيْسَرَةَ حَدَّثَنِي زَيْدُ بْنُ أَسْلَمَ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ حَيْثُ يَذْكُرُنِي وَاللَّهِ لَلَّهُ أَفْرَحُ بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ يَجِدُ ضَالَّتَهُ بِالْفَلَاةِ وَمَنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ شِبْرًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَمَنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِذَا أَقْبَلَ إِلَيَّ يَمْشِي أَقْبَلْتُ إِلَيْهِ أُهَرْوِلُ

Telah menceritakan kepadaku Suwaid bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Hafsh bin Maisarah telah menceritakan kepadaku Zaid bin Aslam dari Abu Shalih dari Abu Hurairah dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: 'Allah ta'ala berfirman: Aku bersama persangkaan hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Demi Allah, Allah Ta'ala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu, melebihi kegembiraan seseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang di suatu tempat yang luas. Barangsiapa mendekat kepada-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta. Apabila ia mendekat kepada-Ku sehasta, maka Aku akan mendekat kepadanya sedepa. Apabila ia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.' (Hadis Sahih Riwayat Muslim)


Bagaimana Berbicara atau Berbahas Tentang Suatu Hukum


Sebab tu apabila berbicara tentang hukum hakam, kita perlukan konsep kritikan atau hujah berupa ilmiah dan ada sandaran yang kuat seperti:


1. Prinsip dan perbuatan sahabat Nabi mengenai sesuatu hukum semasa zaman rasulullah dan setelah kewafatan rasulullah.


2. Faham Bahasa Arab (balaghah, nahwu dan saraf).


3. Himpunkan nas dan dalil aqli dan dalil naqli iaitu Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas yang ada dalam bab yang bakal disebutkan atau dibahaskan atau dikritik (analisis, penilaian dan teguran terhadap karya ilmiah).


4. Tahu maqasid (matlamat yang ingin dicapai dalam melakukan sesuatu) syariat.


Kritik Itu Apa?

Ramai yang anggap kritik itu maki. Sedangkan kritik itu adalah pemikiran kritis iaitu untuk membetulkan beberapa kesalahan. Di dalam Kamus Dewan, makna kritik ialah:

1. Analisis, penilaian dan teguran terhadap karya seni, sastera, dsb: seseorang penulis harus menerima baik segala kritikan yang jujur; pada masa ini banyak tersiar ulasan dan kritikan mengenai sajak dan cerpen; diberikan perhatian kepada kritikan yang dikemukakan dengan tujuan yang baik.


2. Teguran keras, kecaman, bidasan.


Berbeza dengan maki. Maki pula lebih kepada merendahkan, menghina, mengucapkan kata-kata yang kasar dan keji untuk menghina, memarahi, atau kata-kata yang tiada manfaatnya.


Fitnah pula tuduhan (khabar, kisah, dan lain-lain) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan seseorang tanpa bukti. Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 191:


 وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ

....dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan

Kesudahannya, bila ada orang kritik kitab yang menjadi guru kita, kita maki orang tadi sedangkan prinsip ilmu yang sebenar ialah, kita juga harus membalas dengan kritikan juga. Istilah 'Kritik' bukanlah bahasa kesat. Sebahagian tesis atau tugasan di universiti juga terdapat beberapa kerja yang diberi pensyarah agar mengulas dan mengkaji sesuatu buku ilmiah. Di situ terhasillah pemikiran kritis di kalangan pelajarnya atau dalam bahasa Melayunya = pemikiran kritik. Bukanlah pelajar tadi disuruh membuat teguran keras terhadap kitab seseorang ulama, tetapi membuat penilaian semula satu-satu tajuk yang menjadi khilaf.

Janganlah cakap orang lain anjing sebab Allah yang suruh. Mari kita lihat, apakah niat asal mengatakan orang lain 'anjing'? Kalau niat sebab maki, Insya Allah terhapus dosa dengan taubat dan meminta mmaf semula kepada orang yang difitnah. Tetapi kalau niat sebab Allah yang suruh cakap orang lain anjing? Biar dia dan Allah sahaja tahu. Oleh itu saya panjangkan lagi dengan firman Allah di bawah kerana firman Allah ini telah digunakan untuk menganjing orang lain.


Orang yang berhujah dan cenderung kepada keduniaan lalu melemparkan fitnah dan maki hamun lalu mendustakan ayat Allah adalah seperti hina seperti anjing yang terkeluar lidahnya. Firman Allah dalam surah Al-A`raaf ayat ke 176


وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dijelirkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menjelirkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.


"Niat asal bukan nak maki. Tapi nak buat mereka berfikir".

"Niat asal bukan nak cakap dia ni anjing, tapi Allah yang cakap dia anjing."

~Kroniknya jika jumpa manusia yang pemikirannya macam ini. Adakah memaki hamun terhadap seseorang itu dapat menyelesaikan masalah? Atau memuaskan hati si pemaki sahaja? Janganlah memaki wahai saudara Islamku.



Cuba Kritik Hujah Ini

Kita dikehendaki membuat suatu kritikan tentang Doa Qunut Subuh. Hadis dan hujahnya seperti berikut:

عن أنس (رضي الله عنه): أن رسول الله (صلى الله عليه وسلم) لم يزل يقنت في الصبح حتى فارق الدنيا

Daripada Anas radhiyallahu ‘anhu, katanya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sentiasa melakukan qunut di waktu solat subuh sehingga beliau wafat.” (Hadis ini diriwayatkan oleh Abdur Razzaq, no. 4964, Ibnu Abi Syaibah, no. 7002, Ahmad 3/162, at-Thahawi di dalam al-Ma’ani, 1/244, ad-Daruquthni, 2/39, al-Hakim di dalam al-Arba’in, al-Baihaqi, 2/201, al-Baghawi, no. 639, dari beberapa jalan, dari Abu Ja’afar ar-Razi, dari ar-Rabi’ bin anas, dari Anas dengan hadis tersebut. Imam Nawawi menjuga mensahihkannya)

1. Imam Syafie menyatakan ia sunat berat (ab'adh) dilakukan khususiah pada solat subuh. Namun begitu, di dalam Kitab Al-Umm (Jil 1 Bab Solat- Bagaimana untuk Iktidal), Imam Syafii menegaskan, berdiri untuk qunut haruslah ada niat untuk qunut. Jika melambatkan berdiri qunut, hukumnya makruh dan wajib sujud sahwi.


2. Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah mengatakan perbuatan itu (Qunut khususiah subuh) tidaklah wujud kerana qunut yang dilakukan nabi ialah qunut nazilah yang dilakukan pada solat maghrib dan subuh. Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani dalam al-Adzkar an-Nawawiyah berkata: “Hujjah tidak tertegak dengan hadis seperti ini”.  Lafaz “Allahummah dini fiiman hadait... (اَللَّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِيْ فِيْمَنْ عَافَيْتَ)” adalah lafaz doa qunut yang dibaca di dalam solat witir


3. Ibnu Qayyim dalam Zad Al-Maad mengatakan agak mustahil jika Nabi melakukan qunut setiap subuh, semua sahabat (Abu Bakr, Umar, Uthman, Ali dan lain-lain) tidak tahu mengenainya. Yang diketahui cuma nabi selalu solat witir sebelum solat subuh.


4. Jika dilihat pada hadis yang lebih hasan, lebih afdal dilakukan qunut pada setiap waktu atau dua waktu solat yang dinyatakan jika benar-benar hendak berdoa qunut.


Cuba kita kritik empat kenyataan diberikan di atas. Kalau perkataan yang terkeluar dari mulut atau hati kita ialah:


Ini Wahabi!!! Itu Wahabi!!!

Maknanya kita bukan pengkritik, tapi kita seorang kanak-kanak mentah atau orang tua yang ada penyakit hati. Berbahaslah mengikut nas yang telah dihuraikan tadi iaitu  hujah berupa ilmiah dan ada sandaran dari dalil naqli, faham Prinsip sahabat Nabi, Faham Bahasa Arab (balaghah, nahwu dan saraf), Himpunkan nas dan dalil aqli dan dalil naqli (Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas) yang ada dalam bab yang disebutkan dan Tahu maqasid (matlamat yang ingin dicapai dalam melakukan sesuatu) syariat. "Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ شَقِيقٍ قَالَ كُنْتُ مَعَ عَبْدِ اللَّهِ وَأَبِي مُوسَى فَقَالَا قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ لَأَيَّامًا يَنْزِلُ فِيهَا الْجَهْلُ وَيُرْفَعُ فِيهَا الْعِلْمُ وَيَكْثُرُ فِيهَا الْهَرْجُ وَالْهَرْجُ الْقَتْلُ

Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami 'Ubaidullah bin Musa dari Al A'masy dari Syaqiq mengatakan; aku bersama Abdullah dan Abu Musa, keduanya mengatakan; Nabi Shallallahu'alaihiwasallam bersabda; "Menjelang kiamat terjadi, terdapat hari-hari yang ketika itu banyak kebodohan, ilmu diangkat, dan banyak alharaj, alharaj adalah pembunuhan." (Hadis Riwayat Bukhari dan lain-lain)
 

No comments:

Post a Comment