SEORANG anak perlu menghormati ibu kerana ibu
begitu berkorban dan susah menjaga mereka ketika kecil. Selain kasih kepada
ibu, anak mesti juga memberi kasih sayang yang sama kepada bapa.
Bapa pula bertanggungjawab terhadap makan, minum,
pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan lain-lain keperluan keluarga.
Oleh itu, manusia harus berbakti kepada ibu bapa
dan mentaati suruhannya sebagai tanda membalas budi terhadap jasa keduanya.
1. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa
Maknanya, ihsan atau berbuat baik kepada kedua
ibu bapa adalah sifat Muslim yang mulia. Banyak nas dan yang menyuruh seseorang
itu berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Firman Allah yang bermaksud: Sembahlah Allah dan janganlah kamu
mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang
ibu bapa. (Surah an-Nisaa , ayat 36).
Tidak ada jalan lain untuk
membahagiakan ibu bapa melainkan dengan berbuat baik kepada mereka.
2. Menghargai dan menghormati mereka
Sebagai menghargai jasa kedua ibu
bapa, Islam mengangkat tinggi darjat keduanya, iaitu selepas darjat beriman
kepada Allah dan beribadat kepada-Nya.
Al-Quran memandang mulia konsep ihsan
terhadap kedudukan ibu bapa. Sebagai seorang anak, penggunaan tutur kata
haruslah lemah-lembut.
Allah berfirman yang bermaksud: Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka
berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku, kasihilah mereka
keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku kecil. (Surah al-Isra , ayat 24).
3. Merendahkan suara ketika berbicara
dengan ibu bapa
Apabila berbicara dengan ibu bapa,
janganlah sesekali mengeluarkan perkataan yang tidak menyenangkan dan boleh
menyinggung perasaan, umpamanya dengan suara tinggi.
Firman Allah: Maka sesekali janganlah kamu mengucapkan ah
kepada keduanya. (Surah an-Nisaa , ayat
23).
4. Berdoa untuk kebahagiaan ibu bapa
Seseorang anak hendaklah sentiasa
mendoakan ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.
Sebagai seorang anak salih, tidak
seharusnya melupakan ibu bapa begitu saja.
Allah berfirman yang bermaksud: Dan ucapkanlah wahai Tuhanku, kasihilah
mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua mendidik aku waktu kecil. (Surah al-Isra , ayat 24).
5. Jangan menderhaka kepada ibu bapa
Seorang anak dilarang sama sekali
menderhaka ibu bapa. Sesungguhnya, derhaka kepada ibu bapa adalah dosa paling
besar dan keji.
6. Hormat kepada ibu bapa bukan Muslim
Seseorang anak harus juga berbakti dan
menghormati ibu bapa sekalipun mereka bukan beragama Islam. Asma Abu Bakar pernah berkata, aku pergi kepada
ibuku padahal dia masih musyrik, lalu aku meminta fatwa daripada Rasullah
Aku berkata: Aku bertemu dengan ibuku dan dia meminta
sesuatu kepadaku, adakah aku boleh menghubungi dia?
Jawab
Baginda: Ya, hubungilah ibumu, ini
bererti berbaktilah kepadanya. (Muttafaq
Alaihi).
Wallahu a'lam
Salam Yob,
ReplyDeleteterima kasih utk ingatan. Jazakallah khair!
i luv my mum & my dad very much.. sayang sgt2!
ReplyDelete