Salam ustaz, saya seorang suami. Saya amat
berbesar hati sekiranya ustaz dapat memberikan saya jawapan dan
penjelasan atas soalan-soalan saya di bawah:
1. Sekiranya seorang isteri
mempunyai akaun jaringan sosial seperti facebook, yahoo messenger, email
peribadi dan seumpamanya, patutkah seorang isteri tersebut memberikan
akses kepada akaun-akaun tersebut kepada suaminya agar dapat berkongsi
sama melihat kandungan, rakan, gambar, nota dan segalanya yang terdapat
di dalamnya?
Wajib suami menjaga ahli keluarga (isteri
dan anak-anak) dari perkara yang boleh membawa mereka kepada dosa yang
akhirnya membawa ke neraka.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai
orang-orang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu
dari api neraka” (Surah at-Tahrim, ayat 6).
Di antara yang dipesan oleh
Rasululllah s.a.w ialah berhati-hati dalam memilih kawan sebagaimana
sabda baginda yang bermaksud : “Seseorang itu berada di atas agama
kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia
berkawan” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi).
Facebook adalah jaringan kawan-kawan dan
kenalan, maka suami mempunyai hak untuk memantau dengan siapa isteri
dan anak-anaknya berhubungan demi membolehkannya melaksanakan kehendak
ayat dan hadith tadi.
2. Haruskah seorang isteri berkongsi alamat email peribadi kepada lelaki lain yang bukan mahram walaupun atas dasar berkawan?
Suami tidak boleh terlalu menyekat isteri
dari bergaul dengan orang sekeliling terutama berhubungan dengan
keluarga dan rakan-rakan wanita yang solehah. Namun suami wajib menegah
isteri dari terlibat dengan hubungan yang dilarang agama seperti
hubungan dengan lelaki yang bukan mahram tanpa ada keperluan, bergaul
dengan wanita-wanita fasik (yang tidak menjaga agama), bertandang ke
tempat maksiat atau yang mendorong kepada maksiat. Suami mempunyai hak
untuk menegah isteri dari terlibat dalam pergaulan sedemikian dan ia
termasuk dalam kewajipan mencegah mungkar (atau menutup ruang kepada
mungkar) dengan kuasa yang dimiliki.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa dari kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya
dengan tangannya. Jika tidak mampu, dengan lidah. Jika tidak mampu,
dengan hati dan ia adalah selemah-lemah iman” (Hadith Riwayat Imam
Muslim dari Abi Sa’id al-Khudri).
Menurut ulama, antara maksud mencegah
dengan tangan ialah menggunakan kuasa yang ada untuk mengubah
kemungkaran. Dinisbah kepada keluarga, bapa atau suami adalah orang yang
berkuasa keatas ahli-ahli keluarga.
3. Haruskah seorang isteri
menerima tawaran atau panggilan untuk menjadi kawan/sahabat dari lelaki
yang bukan mahram melalui jaringan sosial atau email seperti diatas?
Syariat Islam amat mengambil berat
hubungan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (yakni yang tiada
hubungan mahram atau hubungan suami-isteri) di mana ia menyempitkan
hubungan dan pergaulan antara keduanya hanya kepada keperluan sahaja
(bukan kebebasan). Ini kerana kebebasan akan mendorong kepada zina. Ini
sebagaimana kata Nabi s.a.w ; “Tidak berduaan seorang lelaki dan
seorang wanita melainkan syaitan yang akan menjadi orang ketiga”
(Hadith Riwayat Imam at-Tirmizi dari Ibnu ‘Umar).
Jadi, apabila seorang lelaki dan wanita
bebas berhubung dan bercating, syaitan akan membisikkan kepada setiap
mereka dan menimbulkan ghairah dan seronok, lalu ingin bertemu dan
akhirnya terjerumuslah ke dalam maksiat sekalipun telah bersuami.
Kejadian ini tidaklah asing lagi hari ini.
4. Salahkah seorang suami meminta
seorang isteri meberitahu suaminya sekiranya si isteri ada menerima
panggilan atau tawaran dari lelaki lain untuk menjadi sahabat atau
rakan dari jaringan sosial atau email?
Islam tidaklah menyekat kebebasan umatnya,
namun Islam memberi peringatan; kebebasan yang terlalu luas akan
menjahanamkan. Oleh itu suami perlu mengimbangi kehidupan keluarganya
antara kebebasan dan sekatan. Jangan memberi kebebasan tanpa batasan
dan jangan pula terlalu mengongkong. Terbaik ialah pertengahan. Suami
boleh membenarkan, tetapi pada masa yang sama perlu bertegas dalam
perkara tertentu. Sebagai contoh, bila isteri minta nak berlaman
sosial, suami menjawab; “Boleh, tetapi saya hanya benarkan dengan wanita
sahaja dan jika lelaki, saya hanya benarkan dengan keluarga sahaja”.
5. Adakah seorang suami itu bersikap terlalu cemburu kepada isterinya sekiranya si suami berpandangan sedemikian?
Sikap cemburu suami jika berasas, itu
adalah tanda iman. Namun cemburu tanpa berasas, itu adalah tanda
penyakit hati. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ” “Cemburu ada
dua, satunya disukai Allah dan satu lagi dibenci Allah. Cemburu jika
berpunca dari keraguan/kegusaran, ia disukai Allah. Namun jika tidak
datang dari sebarang keraguan, ia dibenci Allah” (Hadith Riwayat Imam
Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Amir. Menurut
as-Suyuti; hadith ini sahih. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadith no.
5783).
Menurut ulama, maksud cemburu tanpa
keraguan ialah cemburu buta, yang timbul dalam hati tanpa sebarang sebab
iaitu semata-mata buruk sangka dari suami terhadap isteri atau dari
isteri terhadap suami (Faidhul-Qadier).
Di dalam hadith lain, Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud ; “Tidak akan masuk syurga lelaki yang dayus”
(Hadith Riwayat Imam at-Tayalisi dari ‘Ammar).
Maksud dayus ialah; lelaki yang hilang
perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana ia tidak kesah dengan
siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya, dengan
siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan tingkah laku
mereka (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah).
Wallahu a’lam.
Rujukan:
1. Fatawa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, 10/172.
2. Faidhul-Qadier, Imam an-Minawi, Syarah hadith no. 5783.
3. Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh Abd Rahman al-Jazairi, juz 5.
2. Faidhul-Qadier, Imam an-Minawi, Syarah hadith no. 5783.
3. Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh Abd Rahman al-Jazairi, juz 5.
P/S: Isteri buat la persetujuan dengan suami jika dia nak password email atau lain-lain akaun laman sosial anda, suami pun kena bagi password dia juga, baru adil kan? Kalau tiada apa yang salah dan nak disembunyikan, buat apa dia nak takut? Tolak ansur tu sangat-sangat penting.
~Harakahdaily
setuju....wanita yg berkahwin, setiap perbuatan & perlakuan perlu meminta izin dr suaminya. dan wanita yg belum berkahwin, perlu meminta izin dari ayahnya ( wali) atau abgnya ( sekiranya kematian bapa ) dan ibunya...
ReplyDeleteblog yang sangat bagus, semua artikel membina ke arah yang baik dan terpuji, ohya kawan blog ini sudah saya follow 1007 , silahkan follow balik di blog saya, jangan lupa suport dan komentar
ReplyDeleteStuju sgt wlaupun sy seorg prempuan. Bg sy, manalah tau klu sy trlupa, trleka.. Suami yg memantau boleh slalu mngingatkn.. Prkongsian yg sgt baik!
ReplyDeletenice.. berkongsi ilmu ke arah kebaikan ^^
ReplyDeleteyup'z ! akan sangat bermanfaat sekali kalo bacanya bareng istri
ReplyDeletesetuju dengan ustaz..
ReplyDeletePilihlah sisi yang baik dan bermanfaat daripada laman sosial...
ReplyDelete