Umat Islam di Malaysia, dari segi makanan, antara yang halal dan haram cukup dijaga.
Apa yang perlu letak di dalam mulut, dijaga dengan baik, ketat, tegas dan berdisiplin.
Akan tetapi sumber yang digunakan untuk membeli makanan yang dimasukkan ke mulut kurang dijaga.
Secara perbandingan:
Apa yang perlu letak di dalam mulut, dijaga dengan baik, ketat, tegas dan berdisiplin.
Akan tetapi sumber yang digunakan untuk membeli makanan yang dimasukkan ke mulut kurang dijaga.
Secara perbandingan:
Ramai yang tidak terasa jijik apabila menipu wang syarikat dengan membuat claim palsu dan claim OT pada kerja yang tidak lakukan.
Ramai yang tidak terasa jijik untuk berkawan dengan orang yang disangsi
kekayaannya - hidup terlampau mewah jika dibandingkan dengan pekerjaan
siangnya.
Ramai yang tidak terasa jijik menerima wang hasil daripada mereka yang menindas orang yang lemah. Ramai yang tidak terasa jijik untuk menerima hasil rasuah, dan menggunakan hasil rasuah untuk menyuapkan isteri dan anak-anak…. jika dibandingkan dengan perkara seperti khinzir, kelakuan seksual tidak senonoh yang dibuktikan dengan pengadilan Islam dan sebagainya.
Jarang kedengaran di negara Malaysia para pejuang Islam berteriak pada mereka yang disangsikan kekayaannya tidak layak menjadi pemimpin, atau mereka yang disangsikan sumber pendapatannya dibandingkan dengan pekerjaan tetapnya, atau terlibat dengan mencuri duit rakyat dan rasuah tidak layak menjadi pemimpin.
Benda ini seolah-olah ok, walhal pemimpin sebegini cukup berbahaya kerana akhlaknya yang buruk ini boleh membawa sengsara kepada jutaan rakyat Malaysia.
Di mana keseimbangan kita dalam hal ini?
Allah mementingkan makan yang halal DAN juga daripada sumber yang halal.
Ramai umat Islam kini hanya pastikan makanan itu halal, sumbernya tidak kisah - dan tidak perlu ditegur walaupun tahu ada mereka yang sedang makan makanan yang halal daripada sumber yang haram.
Islam itu syumul dan menyeluruh. Tapi mengapa umat Islam hari ini hanya mengambilnya dengan separa?
Jika merasa jijik untuk makan makanan haram,
harus juga merasa jijik yang sama terhadap peninggalan ibadah,
harus juga merasa jijik kepada ketidakadilan sosial yang berlaku,
harus juga merasa jijik kepada kezaliman, penindasan dan penipuan,
harus juga merasa jijik terhadap orang yang hanya melihat dan membiarkan kezaliman dan penindasan terus berlaku.
Itulah keseluruhan, bukan separa seperti apa yang ramai amalkan kini.
nice blog
ReplyDeleteen3 ni mengingatkan sy pd satu ipts yg terkenal dgn tipu helah & kumpul rezki haram...
ReplyDeletebegitu;ah kalau asik memikirkan keuntungan semata-mata
DeletePeringatan yang baik...
ReplyDeleteBiarlah serba-serbi Halal dalam semua lingkungan kehidupan masyarakat islam ...
btul tu..sumber yg halal tu penting..
ReplyDeleteAs salam,
ReplyDeletePerkongsian menarik... Seronok baca... Hujung pangkal diri sendri kan... sebab tu ramai org asyik rs tak pernah nak cukup, sebab rezeki yg diperolehi bkn dr sumber yg halal adalah tdk berkat... org begini sehinga bila2 pun xkan pernah rs puas...
Pd makanan yg dijual boleh jg kite letak cop halal tapi, punca rezeki nak cop mcmna? sebab itu ramai yg terlepas pandang....
Terima kasih sb sudi berkunjung ke blog saya :))
salam....
ReplyDeletesinggah ptg bace enty....nice la
kalau sudi dan tak keberatan sudilah kiranya singgah Sedo.com- analisi park Domain
Menarik di blog mimi tentang--Gambar Pisang Berbuah Dua kali
Bantu website baru mimi-Upload gambar kesukaan dan baik-baik disini
Terima kasih