Taufiq dan hidayah adalah mempunyai makna yang berbeza. Semua manusia
yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi
tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal
soleh.
Seringkali kita berbicara soal taufiq dan hidayah kurniaan Allah SWT kepada manusia. Lancar bibir menitipkan doa ke hadrat Ilahi memohon agar selalu mendapat taufiq dan hidayah. Namun sedarkah kita apa maksud sebenar dua perkataan itu?
Seringkali kita berbicara soal taufiq dan hidayah kurniaan Allah SWT kepada manusia. Lancar bibir menitipkan doa ke hadrat Ilahi memohon agar selalu mendapat taufiq dan hidayah. Namun sedarkah kita apa maksud sebenar dua perkataan itu?
“Mereka tak dapat hidayah Allah SWT, sebab itulah buat maksiat (merujuk kepada muslim yang melakukan kemungkaran)..” Bicara seseorang seingat saya.
Pengertian Taufiq Dan Hidayah
Menyelami maksud sebenar antara kedua-dua perkataan adalah sewajarnya
bagi seseorang bergelar muslim. Agar memanifestasikan makna sebenar
kepada khalayak umum, lantas menyemai taufiq yang diharapkan.
Berdoa biarlah faham.
“Allahummahdini fiman hadait, wa’afini fiman ‘afait..” Doa
seorang Imam dihadapan makmum dengan lafaz individu. Bukannya secara
jamak (banyak/ramai). Bagaimana mungkin mengharapkan sesuatu dimakbulkan
jika apa yang didoakan kita juga tidak mengerti maksudnya.
Begitu juga dengan pengertian taufiq dan hidayah.
Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang
diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan
kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.
Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan
hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa
kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA. Ianya berdalilkan ayat 69
surah al-Ankabut mafhumnya “Dan orang-orang yang
bersungguh-sungguh berusaha di dalam agama Kami, nescaya Kami akan beri
petunjuk kepada mereka akan jalan-jalan kami.”
Secara ringkasnya ia memberi faham kepada kita bahawa dengan adanya
taufiq, manusia akan cenderung untuk melakukan kebaikan terus menerus
sehingga ke akhirnya. Amin.
Kita terus kepada makna hidayah pula. Taufiq dan hidayah adalah
mempunyai makna yang berbeza. Apa yang dimaksudkan dengan makna hidayah
ialah, Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam seseorang. Ini bermakna,
semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah
SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk
mengerjakan amal soleh.
Ayuh berdoa dengan kefahaman di hati mengekalkan hidayah dan disuntik rasa taufiq berpanjangan!
~faridrashidi.com
~faridrashidi.com
Terima kasih sahabat atas berbagi pengetahuannya ini
ReplyDeleteterima kasih kerana berkongsi :)
ReplyDelete