Oleh Mohammad Syazwannuddin Shaharuddin
Saya menyambut baik keprihatinan YAB Perdana Menteri dalam memberi
perhatian utama dalam memastikan pendidikan dinikmati oleh semua rakyat.
Hanya pendidikan sahaja yang mampu merubah negara Malaysia. Selain itu,
rombakan sistem pendidikan pada masa hadapan perlu diwarnai dengan
semangat mendidik rakyat menjadi manusia, bukan menjadi hamba kepada
kertas peperiksaan dan kecemerlangan palsu.
Namun, usaha kerajaan akan menjadi separuh masak sekiranya ilmuwan
yang menjadi pemimpin institusi pendidikan tidak diambil kira dalam
proses transformasi. Mereka bukan sahaja perlu menjadi pengikut atau
pelaksana kepada pelan, malah mereka sepatutnya menjadi pencetus idea
dan pengarah kepada pelan tersebut.
Kepemimpinan ahli politik dalam memudahkan transformasi pendidikan
adalah dihargai tetapi malangnya ahli politik sering bergelut dalam
pentas untuk merebut kuasa dan akhirnya menyebabkan ideanya dilupakan
sekiranya orang lain yang mengambil alih. Pelan transformasi yang mantap
adalah yang mampu dilaksanakan secara jangka panjang dan boleh diambil
alih oleh generasi seterusnya. Ini sekaligus mampu melahirkan generasi
pendidik yang terlatih dan mempunyai wawasan yang jelas.
Perlu diingatkan bahawa mendidik masyarakat perlukan jangka masa yang
panjang dan perlukan kesabaran. Kriteria ini juga tidak ada dalam diri
ahli politik kerana majoriti daripada mereka hanya berfikir bagaimana
untuk mengekalkan kuasa 5 tahun akan datang.
~Penulis ialah Exco Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
sgt setuju dgn anda, perlunya kementerian di tadbir urus oleh yg pakar dlm bidang pendidikan dan bukan sekadar bidang terjun. perlu wujud penglibatan teknokrat pendidikan negara.
ReplyDeletezaman Tan Sri Musa dan Dr mahadzhir mengepalai kementerian pendidikan perlu di kembalikan...
pelik2