Soalan
Dato’,
selalu kedengaran orang menyebut perkataan waliullah, tok wali ataupun
orang tertentu yang digelar wali Allah. Siapakah mereka itu sebenarnya,
dan apakah di zaman kita ini ada wali-wali Allah yang disebutkan?
ABU HUZAIFAH
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
Wali
adalah perkataan mufrat ataupun singular, kata prural atau jamaknya
adalah auliya’. Makna asal perkataan ini ada berbagai-bagai, di
antaranya bermakna ‘amat hampir’. Wali Allah maknanya orang yang
benar-benar hampir dengan Allah SWT.
Orang ini ialah insan yang
amat memahami dan mentaati perintah Allah dalam semua keadaan dan
menjauhi larangan Allah dalam semua hal. Istilah wali berlawanan dengan
istilah ‘adaawah’ yang beerti bermusuh.
Orang yang hampir kepada Allah dipanggil wali, orang yang bermusuh dengan Allah digelar ‘aduu. Musuh Allah ialah orang yang melawan hukum, perintah dan menderhakai Allah sedangkan wali adalah orang yang paling taat kepada Allah.
Orang yang hampir kepada Allah dipanggil wali, orang yang bermusuh dengan Allah digelar ‘aduu. Musuh Allah ialah orang yang melawan hukum, perintah dan menderhakai Allah sedangkan wali adalah orang yang paling taat kepada Allah.
Waliullah memang wujud dari dahulu hingga sekarang. Al-Quranul Karim, menyebut (mafhumnya):
“Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan ke atas mereka dan tidak pula mereka itu berdukacita.
“Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan ke atas mereka dan tidak pula mereka itu berdukacita.
“Wali-wali
Allah itu (adalah) orang yang sungguh-sungguh beriman kepada Allah dan
mereka bertaqwa kepada Allah SWT. (Surah Yunus, ayat 62 dan 63 ).
Dalam
tafsir yang muktabar seperi Tafsir al-Qurtubi dan Tafsir al-Maraaghi,
ketika menghuraikan ayat ini menyebut bahawa wali-wali Allah adalah
orang-orang yang ikhlas mematuhi perintah Allah dan berserah diri
kepadanya, tanpa mensyirikkannya tanpa sesuatu apapun. Mereka
mengasihi-Nya dengan sebenar-benar kasih dan mentaati-Nya dengan sepenuh
ketaatan.
Ali bin Abi Talib (karammallahu wajhah), bersabit
dengan ayat di atas menyebutkan, “Wali-wali Allah adalah orang yang
kelihatan pucat-pucat muka mereka kerana banyak beribadat, mata-mata
mereka kuyu dan layu kerana banyak berjaga malam untuk beribadah,
perut-perut mereka cerut dan kempis kerana banyak berpuasa dan kurang
makan.” Itulah gambaran waliullah oleh Ali.
Merujuk kepada ayat
ini, Umar bin al-Khattab (r.a) pernah berkata, “Saya pernah mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, ‘ada di antara manusia, adalah
menjadi hamba-hamba-Nya yang sebenar. Mereka bukan para Nabi dan bukan
juga para Syuhada, tetapi amat disegani oleh para Nabi dan Syuhada di
hari Kiamat kerana makam mereka amat istimewa disisi Allah pada hari
tersebut.
“Lalu ditanya kepada Rasulullah s.a.w siapakah mereka
dan apa amalan mereka, semoga kami boleh mencontohi dan mengasihi
mereka, lalu Rasulullah bersabda, ‘mereka adalah kaum yang berkasih
sayang kerana Allah, tanpa ada hubungan darah dan harta benda yang
mengikat mereka, muka mereka bercahaya indah dalam kilauan cahaya dalam
cahaya, mereka tidak takut ketika sekelian insan takut dengan azab
Allah, mereka tidak berdukacita ketika insan sekelian berdukacita kerana
takut kemurkaan Allah SWT.” Lalu Nabi membaca dua-dua ayat dari Surah
Yunus tadi.
Itulah gambaran waliullah yang disebut banyak kali
oleh al-Quran. Dalam hadis yang sahih, Nabi pernah menyebut perkataan
wali dengan jelas yang mafhumnya, “Barangsiapa yang memusuhi wali-wali
aku, maka sesungguhnya dia mengisytiharkan perang dengan aku dan aku
benarkan wali aku memerangi mereka. (Hadis Qudsi).
Waliullah,
disemuapakati oleh ilmuan Islam yang terbilang, terdiri dari para Rasul
(tanpa khilaf), kerana merekalah yang paling hampir kepada Allah, paling
cinta dan mematuhi perintah Allah. Wailullah adalah orang yang makam
mereka amat tinggi disisi Allah. Mereka disebut sebagai muqarrabuun.
Firman
Allah (mafhumnya), ” Dan orang-orang paling dahulu beriman, mereka yang
paling dahulu masuk syurga. Mereka itulah yang paling tinggi makamnya
(disisi Allah). Mereka di tempatkan di syurga-syurga yang penuh dengan
kenikmatan. Dahulunya berbondong-bondong begitu ramah. Dan yang mutakhir
ini amat berkurangan.”
(Surah al-Waqiah ayat 10-14).
(Surah al-Waqiah ayat 10-14).
Maksud
muqarrabuun adalah orang-orang yang berlumba-lumba melakukan kebaikan di
atas perintah Allah SWT, mereka itulah auliya Allah. Mereka wujud dari
dahulu hingga sekarang. Dahulunya ramai,. sekarang ini amat berkurangan.
Apa yang penting, waliullah adalah orang yang amat istimewa disisi Allah SWT.
betul tu,setuju sangat...nice sharing
ReplyDelete