Oleh: PenyairCinta
Bismillahirrahmanirrahim, Sekadar renungan bersama menjelang hari-hari yang dinantikan ..Bacalah dengan seikhlas hati ..Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!
Bismillahirrahmanirrahim, Sekadar renungan bersama menjelang hari-hari yang dinantikan ..Bacalah dengan seikhlas hati ..Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul
di sisinya.
Terdengar suara seruan:
"Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!" Nabi Adam as berkata:
"Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta
kepadaku."
Nabi Adam as pergi menemui Allah
Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: "Wahai Adam! Bangunlah dan
hantarkan anak-anakmu ke neraka!"
Nabi Adam as bertanya: "Berapa
ramai untukku kirimkan?"
Allah Taala berfirman: Setiap
seribu orang yang kamu ingin hantarkan seorang ke syurga, 999 dari orang-orang itu
kau hantarkan ke neraka."
Allah Taala berfirman lagi:
"Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku
haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan,
tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi
orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam!
Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada
kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk
memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah
menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan
dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak
akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan
dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas."
Nabi Adam as berkata:
"Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku.
Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!"
-----------------------------------------------------------------
Selepas peristiwa Zalzalah...
Allah SWT akan menyeru Nabi Adam bangkit dari kubur menuju ke hari neraka...
dan Allah SWT berfirman pada ketika itu, setiap 1000 jiwa yang diciptakan, 999 akan ke neraka (nauzubillahminzalik)...
dan digambarkan jika seorang bayi mendengar akan berita itu, nescaya berubanlah
rambut bayi tersebut..."
Hadis Sahih Riwayat Bukhari
-----------------------------------------------------------------
Dalam lautan manusia yang berbondong-bondong di Yaumil Mahsyar. Sejak Adam sehingga manusia terakhir, nanti akan ada manusia yang meminta agar dikembalikan ke Malaysia untuk beramal. Tetapi masa itu sudah lewat. Bumi Malaysia telah hancur lebur. Hilang bagai puing-puing. Terpelanting. Tika bumi dikiamatkan, segala-galanya tiada. Takhta, kekuasaan, tidak ada lagi dalam sebutan. Yang ada hanyalah penantian yang panjang.
Dalam lautan manusia yang berbondong-bondong di Yaumil Mahsyar. Sejak Adam sehingga manusia terakhir, nanti akan ada manusia yang meminta agar dikembalikan ke Malaysia untuk beramal. Tetapi masa itu sudah lewat. Bumi Malaysia telah hancur lebur. Hilang bagai puing-puing. Terpelanting. Tika bumi dikiamatkan, segala-galanya tiada. Takhta, kekuasaan, tidak ada lagi dalam sebutan. Yang ada hanyalah penantian yang panjang.
Harta dan anak pinak, semuanya
tidak boleh menolong. Semuanya sibuk dengan urusan peribadi. Semuanya menunggu
ulang tayang video hidup tika di atas bumi, entah berapa ribuan tahun menenati
di padang pengadilan.
Usahlah menanti untuk kembali ke
bumi asalmu. Itu menjadi mimpi di siang hari. Hari-hari sesudah Mahsyar, tanpa
penghujungannya. Syurga dan neraka itu ada bezanya.
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail
& beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa
malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya
"Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
"Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya
meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas
bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak
berbukit atau bulat seperti bumi..
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut
"Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah
manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut
dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan
kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak
dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap
manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan
dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk
terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.
Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat
nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.
Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi
lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing.
Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10.Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin
sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika
diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat
tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari
kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia
mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11.Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1.
Pemimpin yang adil.
2.
Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3.
Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4.
Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".
6.
Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan
Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga
ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu
kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa
a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka
berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah
1000 tahun perjalanan.
13.Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah
Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda..
14.Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu
terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang
sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan
suara yang amat kuat sehingga `Arasy itu tiba dibumi.
15.Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung
bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang
malaikat yang besar dan gagah.. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang
mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia
dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16.Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang
dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari
`Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana
yang terletak dihadapan istana.
17.
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu
dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing
turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah
ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat Hafazhah / Raqib & `Atid / Kiraman Katibin.
18.Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin
masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19.Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama
kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20.
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan
tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
21.Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2
daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang
dosa.
22.Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4
mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23.Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,
maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan
ditimbang.
24.Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan
berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
25.Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang
ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara
sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian
sirat..
26.Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :
a)
Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.
b)
Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c)
Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari
neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada
keizinan Allah Ta'ala.
27.Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah
70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
28.Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut
yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia
akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. .
29.Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada
makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang
korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api
neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap
makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya 1 sahaja yang Berjaya
melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
*Sewaktu Adam baru turun ke muka bumi, keadaan sekeliling gelap
gelita. Maka Allah memperintahkan Jibril menghantar sedikit cahaya api untuk
kegunaan Nabi Adam di bumi. "Wahai Jibril, pergilah engkau meminta sedikit
api neraka dari Zabaniyah. Dia malaikat yang menjaga api neraka".
Lantas Jibril menemui Zabaniyah.
Jibril : Wahai Zabaniyah, Allah perintahkan aku meminta sedikit
api neraka darimu untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam.
Zabaniyah : Banyak mana sedikit api neraka yang engkau mahu?
Jibril : Berilahku sebesar buah tamar.
Zabaniyah : Wahai Jibril, jika aku memberi api neraka sebesar buah
tamar, nescaya akan cairlah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi.
Jibril : Jika begitu berilah separuh dari buah tamar.
Zabaniyah : Jika separuh dari buah tamar ini engkau letakkan di
dunia nescaya tidak akan turun walau setitik air hujan dan tidak ada tumbuhan
akan tumbuh di bumi nanti.
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap
Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.
Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH
sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril as pun mengambil api
neraka sebesar zarah dari Zabaniyah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan
api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70
kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai.
Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan
diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi.Sejurus setelah diletakkan api
tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat
Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya
sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita
gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.
PENGAJARAN
Itulah
api neraka. Kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70
buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun
manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana dgn api di neraka itu
sendiri nanti.
----------------------------------------------------------------
* Terkenang kisah Rasulullah lari ke Gua Hira' dan pemuda Kahfi lari ke dalam gua selama 309 tahun ..
* Terkenang kisah Rasulullah lari ke Gua Hira' dan pemuda Kahfi lari ke dalam gua selama 309 tahun ..
Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah
permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu
serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya
mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat
warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang
keras dan ada ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini
tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. Surah Al Hadiid: [57.20]
*Yang menolak kedatangan2 peristiwa ini tidak mengapa .. teruskan
dengan kehidupan kalian, yang masih beriman dan mempercayainya, persiapkanlah
diri kita ..
Wallahua'lam!
janganlah kita menjadi golongan ke neraka... pedih sungguh siksaannya...
ReplyDelete