Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
dari segi makna ulama mengatakan “sedekah yang pahalanya berterusan selepas mati, seperti wakaf, pembinaan masjid, surau, sekolah dan sebagainya, pahalanya wujud selagi barang yang disedekah itu wujud atau munafaat itu sujud. Begitu juga kebun yang diwakafkan, selama mana hasilnya dinikmati, selagi itu dia mendapat pahalanya didalam kubur.
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
bermaksud sesuatu ilmu yang ‘baik’, apabila diajar kepada seseorang, dan orang tersebut dapat munafaatnya, maka selama-mana orang yang diajarkan itu mengamalkannya, selagi itu pahala akan sampai kekuburnya. Prinsipnya, ILMU tersebut bermunafaat dan orang lain yang belajar dan mengamalkannya mendapat FAEDAHnya.
3. Anak yang soleh yang mendoakan kebaikan bagi kedua ibubapanya.
Persoalannya, apakah selain dari anak yang melakukan sedekah atas nama is mati, apakah sampai pahala kepada ruh simati tersebut? Imam Nawawi rh ada menukilkan kata al-Imam al-Syafie rh:
قال الشَّافِعِيُّ رَحِمهُ اللَّه : ويُسْتَحَبُّ أن يُقرَأَ عِنْدَهُ شيءٌ مِنَ القُرآنِ ، وَإن خَتَمُوا القُرآن عِنْدهُ كانَ حَسناً
“Berkata Imam Syafie rh digalakkan membaca apa-apa dari al-Quran, dan jika khatam al-Quran disisinya, maka adalah lebih baik”
Ulama’ bersepakat mengatakan bahawa do’a dari seseorang kepada simati, tidak kira apa hubungan mereka, tetap sampai kepada simati. Dalil yang terbesar adalah Solat Jenazah, didalamnya terkandung do’a agar Allah swt mengampunkan dosa si-mati.
Pahala selepas mati
Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap menerima pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya, iaitu anak yang selalu diajarkan ilmu Al-Qur'an serta ilmu yg bermunafaat maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
info yg sgt manfaat :)
ReplyDeleteselamat hari raya ~!
nice posting,,
ReplyDeletemoga mama dpt salah satu drp yg dinyatakan di atas td..tq ffor sharing kawanku..
ReplyDeleteanak harus sentiasa mendoakan ibu bapa mereka y telah kesana..itu tugas kita sebagai anak =)
ReplyDeleteselamat hari raya tuan
Terima kasih sahabat telah saling mengingatkan.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum
sgt bmanfaat .:)
ReplyDeleteinfo yang sangat bermanfaat
ReplyDeletesemoga kita bisa mendapatkan semua pahala tersebut dalam amalan ibadah selama hidup :) selamat hari raya idul fitri
ReplyDelete