Daripada Anas, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Apabila
seorang perempuan mendirikan solat 5 waktu, berpuasa sebulan, menjaga
kehormatan dan patuh taat pada suaminya, dia akan disuruh memasuki
syurga melalui mana-mana pintu yang disukai"
(H.R Ahmad)
SubhanAllah!! Mana-mana pintu syurga??! Seriously? Mana-mana je? Dan syarat-syaratnya hanya 4 sahaja.
Mudahkan? Jadi kenapa tak berlumba-lumba mendapatkan
pintu-pintu syurga? Wanita memang mudah terpilih untuk masuk syurga
namun wanita jugalah yang lebih ramai di dalam neraka.