Showing posts with label penghuni Neraka. Show all posts
Showing posts with label penghuni Neraka. Show all posts

Tuesday, 6 March 2012

Mudahnya Wanita Ke Syurga, Neraka Juga Dipilihnya

Daripada Anas, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Apabila seorang perempuan mendirikan solat 5 waktu, berpuasa sebulan, menjaga kehormatan dan patuh taat pada suaminya, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang disukai"
(H.R Ahmad)

SubhanAllah!! Mana-mana pintu syurga??! Seriously? Mana-mana je? Dan syarat-syaratnya hanya 4 sahaja.

Mudahkan? Jadi kenapa tak berlumba-lumba mendapatkan pintu-pintu syurga? Wanita memang mudah terpilih untuk masuk syurga namun wanita jugalah yang lebih ramai di dalam neraka.