Showing posts with label hukum islam. Show all posts
Showing posts with label hukum islam. Show all posts

Monday, 30 April 2012

Sabar dengan pasangan hidup yang berperangai buruk

Mudah mudahan kisah yg diutarakan ini dapat membantu meleraikan perasaan yg kusut. Sebuah kisah tentang pasangan manusia yang buruk perangainya.

Al Ashma’i berburu bersama sahabat-sahabatnya. Namun kerana terlalu asyik mengejar buruan beliau terpisah dari kelompoknya dan tersesat di tengah padang pasir yang panas. Haiwan yang beliau buru cukup lincah dan berlari menjauhi kelompoknya tetapi  Al-Asma’i terus juga mengejarnya. Akibatnya Al-Asma’i pun kehilangan jejak haiwan buruannya, dan yang paling bahaya adalah beliau semakin terpisah dari sahabat-sahabatnya.