Mudah mudahan
kisah yg diutarakan ini dapat membantu meleraikan perasaan yg kusut. Sebuah kisah
tentang pasangan manusia yang buruk perangainya.
Al Ashma’i berburu bersama sahabat-sahabatnya.
Namun kerana terlalu asyik mengejar buruan beliau terpisah dari kelompoknya dan
tersesat di tengah padang pasir yang panas. Haiwan yang beliau buru cukup
lincah dan berlari menjauhi kelompoknya tetapi Al-Asma’i terus juga
mengejarnya. Akibatnya Al-Asma’i pun kehilangan jejak haiwan buruannya, dan
yang paling bahaya adalah beliau semakin terpisah dari sahabat-sahabatnya.