Buku Karya : Abdullah Amani Syahid
Novel ini berkisah tentang para mujahidin
(pejuang Islam) yang berperang melawan musuh-musuh Islam di berbagai medan
pertempuran. Dengan berbagai karakter dan latar belakang para mujahidin
menemukan tujuan yang sama iaitu mengharap keredhaan Allah dengan berjihad fi
sabilillah.
ABU ABDULLAH AS SYARQY ( MUSY'IL AL QOHTHONY )
Beliau seorang yang hafal Al Qur'an Al Karim, dan beliau adalah salah satu mahasiswa di Kuliyah Sar'iyyah di Ahsa' dan termasuk orang yang mempunyai ilmu syar'ie.Akhlaknya yang mulia sungguh menakjubkan, sifatnya mulia, ketenangan jiwanya yang mengherankan, dan kewibawaan yang Allah berikan kepadanya. Jikalau engkau melihatnya maka engkau akan melihat pancaran cahaya ketaatan keluar dari wajahnya. Beliau termasuk orang yang ikut serta teman-temannya berjihad di Afgahanistan memerangi Rusia dan Komunis. Beliau berjihad bersama abangnya, dan abangnya telah terbunuh disana sebagai syuhada'.
