Showing posts with label batu bersurat. Show all posts
Showing posts with label batu bersurat. Show all posts

Saturday, 3 September 2011

Pembongkaran Sejarah Sebenar - Sedikit mengenai MELAYU

SEJARAH HILANG ANGKARA BRITISH

Berikut ialah penyelidikan dari Indonesia yang saya rasa kita perlu baca untuk mengenali serba sedikit tentang bangsa Melayu Islam yang benar-benar hebat dan pencapaian yang mengkagumkan.. Baca dan pastikan anda faham kerana ia bukanlah sekadar bacaan, ia adalah juga untuk memastikan kita bahawa Melayu sedah berada di Malaysia dari awal lagi dan bukan seperti yang dipelajari melalui buku-buku sejarah Malaysia ciptaan British lakhnat. Siapa yang terus merahsiakan kehebatan Melayu?  Fikir dan jawab sendiri.
SEJARAH MELAYU
Bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi lbrahim a.s., begitu menurut Ibnu Athir, seorang ahli sejarah Islam terkenal di zaman lampau. Bangsa Melayu, menurut beliau, ialah Bani Jawi, iaitu keturunan lbrahim a.s., dari isterinya yang ketiga bernama Qatura. Bagi anak-anak dari keturunan Qatura ini, baginda telah memerintahkan agar berpindah ke timur dengan memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru, maka mereka pun meninggalkan tanah Kanaan untuk berpindah ke timur.