Berikut ialah penyelidikan dari Indonesia yang saya
rasa kita perlu baca untuk mengenali serba sedikit tentang bangsa Melayu Islam
yang benar-benar hebat dan pencapaian yang mengkagumkan.. Baca dan pastikan
anda faham kerana ia bukanlah sekadar bacaan, ia adalah juga untuk memastikan
kita bahawa Melayu sedah berada di Malaysia dari awal lagi dan bukan seperti
yang dipelajari melalui buku-buku sejarah Malaysia ciptaan British lakhnat.
Siapa yang terus merahsiakan kehebatan Melayu? Fikir dan jawab sendiri.
SEJARAH MELAYU
Bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi
lbrahim a.s., begitu menurut Ibnu Athir, seorang ahli sejarah Islam terkenal di
zaman lampau. Bangsa Melayu, menurut beliau, ialah Bani Jawi, iaitu keturunan
lbrahim a.s., dari isterinya yang ketiga bernama Qatura. Bagi anak-anak dari
keturunan Qatura ini, baginda telah memerintahkan agar berpindah ke timur
dengan memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru, maka
mereka pun meninggalkan tanah Kanaan untuk berpindah ke timur.