Islam diutuskan kepada Nabi s.a.w. untuk menyusun dan membangun umat manusia di peringkat individu dan masyarakat semoga mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan seterusnya kecemerlangan hidup di alam akhirat. Allah s.w.t. berfirman dengan maksud:
"Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." (Al-Anbiya: 107)
Dari ayat di atas jelas kepada kita bahawa rahmat Allah s.w.t. kepada individu dan masyarakat akan dicapai jika manusia mampu menghayati arahan Ilahi dalam hidup bernegara. Bahkan Islam itu adalah agama fitrah, agama sesuai dengan tabii kejadian manusia.
Allah s.w.t. berfirman dengan maksud:
"Maka hadapkanlah wajah mu dengan lurus kepada Agama Allah; tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yag lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Ar-Rum: 30)
Dalam ayat ini, Allah s.w.t. menghendaki supaya setiap orang yang menganut Islam supaya menegapkan haluan hidup dengan berpadukan kepada semangat kemanusiaan yang satu yang tidak menerima apa-apa perubahan alam dan peredaran zaman. Fitrah manusia adalah sama bagi semua peringkat tamadun yang dicapainya. Sebagai penganut agama fitrah, umat Islam mesti berpegang kepada nilai kemanusiaan yang tetap kekal walaupun terdapat perubahan kepada corak kehidupan dengan berubahnya masa. Memenuhi tuntutan fitrah dalam apa sahaja manusia berkecimpung adalah syarat awal yang akan membawa kepada kejayaan.
Sebagai agama fitrah, Islam mengiktiraf keujudan pelbagai kaum dikalangan umat manusia. Allah s.w.t. berfirman dengan maksud:
"Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu." (Al-Hujurat: 13)
Kenyataan al-Quran ini dengan jelas mendidik masyarakat Islam bahawa perkongsian hidup di antara kaum yang berbeza budaya hatta berbeza agama adalah sesuatu yang hakikat yang telah dijadikan Allah s.w.t. Oleh itu masyarakat Islam perlu membina kekuatan muafakat untuk membangun negara.
Islam sebagai satu cara hidup mempunyai asas falsafahnya yang tersendiri untuk menerajui umat manusia bernegara. Perkataan Islam membawa erti penyerahan dan pengabdian. Sebagai cara hidup, Islam mengatur hidup individu semoga menyerah dan mengabdi sepenuhnya kepada prinsip agama. Pengabdian ini akan mempengaruhi manusia untuk mendukung nilai luhur seperti kebenaran, keadilan dan berusaha mewujud semangat muafakat dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Perkataan Islam juga boleh diertikan sebagai ketenangan. Ketenangan yang sejati kepada manusia mengikut Islam akan mengarah kepada kecemerlangan. Kemajuan kerohaniah perlu mampu menerajui keperluan kebendaan. Mengikut Islam penguasaan roh terhadap jasad akan membawa kepada ketenangan hidup yang sejati.
Allah berfirman dengan maksud:
"Iaitu orang-orang yang beriman dan yang senang hatinya dengan mengingatkan Allah. Ketahuilah, bahawa dengan mengingat Allah itu, senanglah hati manusia. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih, untuk mereka itu kebaikan dan sebaik-baik tempat kembali (syurga)." (Ar-Ra'du: 28-29)
Islam sebagai deen merupakan satu cara hidup yang lengkap serta syumul. Ia mencakup segala aspek pengendalian hidup untuk individu, masyarakat dan negara termasuk urusan pembangunan negara. Pendekatan ini mengarah umat Islam supaya bersikap proaktif dan berusaha menyusun kehidupan bermasyarakat termasuk perkara sosio-ekonomi demi ke arah mewujudkan sebuah tamadun manusia yang sihat. Islam diasaskan kepada keEsa'an hanya kepada Allah s.w.t. Bahkan manusia diciptakan semata-mata untuk menghayati hidup demi mendapat keredaan Allah s.w.t. Justeru itu pemusatan matlamat dalam hidup manusia ini akan memberi keseragaman dalam keluhuran hidup dan sekaligus membebas manusia dari kongkongan pengabdian kepada fahaman ciptaan manusia.
Allah berfirman dengan maksud:
"Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku". (Al-Dhariyat: 56)
Ayat Al-Quran ini merujuk kepada keEsaan Allah s.w.t. atau tauhid, dan sekaligus menjadi asas falsafah Islam. Keyakinan kepada kepercayaan ini mempunyai kesan yang besar terhadap kehidupan Muslim. Kehidupan dan gelagat Muslim sebagai individu dan kehidupan Muslim berinteraksi dan bermasyarakat sudah pasti dipengaruhi oleh kepercayaan ini. Bahkan falsafah dan sikap hidup Muslim dipengaruhi oleh kepercayaan yang diyakini dan dianutinya.
Mengikut Al-Quran, Allah s.w.t. telah menentukan undang-undang untuk kesemua kejadianNya dan kesemua dengan patuhnya mengikuti undang-undang itu tanpa pilihan membantah, melainkan manusia. Manusia dikurniakan Allah akal, dan dengan akal manusia mempunyai kebebasan samada untuk mengikuti undang-undang tabii atau mengingkari mereka. Tujuan diturunkan agama melalui Rasul-Rasul mengikut Islam adalah untuk menjelaskan undang-undang tabii dan kesemua manusia dikehendaki menghayati peraturan tersebut.
Bagi Islam, manusia akan menghayati nilai kemanusiaan jika ia memilih mentaati arahan Allah dan ketaatan tersebut akan membawa kepada kejayaan mutlak. Tanpa menghayati nilai Illahi, manusia akan berkelakuan bercanggah dengan sifatnya. Percanggahan ini yang membawa natijah yang buruk dan keruntuhan kepada tamadun manusia.
Dengan mendukung falsafah tauhid, Islam berpandangan bahawa sifat-sifat yang terdapat dalam diri manusia hendaklah berada dalam satu kesatuan. Dengan itu kesempurnaan keperibadian seseorang manusia itu akan tercapai kerana kesemua sifat-sifat dalam diri manusia akan diberi penumpuan dengan sepenuhnya tanpa mengecuali satu pun. Justeru itu, keperluan kebendaan dan kerohanian manusia hendaklah dipenuhi dalam bentuk yang bersepadu. Pendekatan ini meletakkan tempat yang utama kepada usaha membangun manusia secara sepadu untuk memenuhi kesemua keperluan demi memaju mutu kemanusiaan sesebuah masyarakat dan negara.
Falsafah tauhid juga menganjurkan kepada kesatuan dalam ilmu pengetahuan untuk mendidik manusia. Oleh kerana kesemua kejadian di dunia ini saling perlu memerlukan di antara satu sama lain dan mempunyai matlamat yang satu, kesemua bidang dalam ilmu pengetahuan sepatutnya berperanan dalam satu kesatuan dan mempunyai matlamat yang juga satu. Menurut Islam, manusia akan dapat manfa'at dari ilmu pengetahuan yang diterokainya melalui penyatuan matlamat kesemua bidang ilmu dan tidak dengan memisahkan tujuan bidang-bidang ilmu secara berasingan. Justeru itu, ilmu dalam menyusun kehidupan bernegara turut sama berperanan pada akhirnya untuk mendukung kemuliaan Islam.
Pandangan hidup Islam (Islamic World View) yang diasaskan kepada semangat tauhid akan menganjur kepada perspektif hidup yang berasaskan kepada pandangan hidup yang berciri pelbagai dimensi. Pandangan ini memberi penekanan kepada pentingnya melihat keperluan menyusun dan membangun masyarakat manusia dari perspektif yang menyeluruh dan syumul. Kemajuan yang hendak diterokai manusia samaada di peringkat individu dan negara mesti memberi penumpuan sepadu kepada kesemua dimensi keperluan manusia tanpa mengabaikan mana-mana dimensi. Umpamanya keperluan dimensi kebendaan dan kerohanian perlu kedua-dua di beri perhatian yang utama. Pengabaian kepada mana-mana dimensi keperluan tersebut akan menimbul masalah kepada manusia. Oleh itu, penglibatan dalam usaha pembangunan masyarakat hendaklah disertai melalui penghayatan nilai akhlak yang murni.
Falsafah tauhid juga mengajar manusia supaya memiliki kesatuan matlamat (unity or purpose) dalam segala urusan kegiatan kehidupan termasuk usaha membangun negara. Matlamat hidup yang mengarah kepada sesuatu yang hakiki akan mengurangkan dilema hidup yang tidak menentu dan bertujuan. Dengan kata lain, Islam menganjurkan bahawa setiap aktiviti pembangunan negara oleh orang Islam hendaklah berusaha ke arah keutuhan nilai kemanusiaan dalam bermasyarakat. Penghayatan nilai ini akan membawa kepada kecemerlangan dan kestabilan masyarakat. Ini akan membulatkan usaha ke arah mengagong tuntutan agama.
Falsafah tauhid turut menganjur kepada usaha mewujudkan semangat al'adl wal ihsan dalam menghayati urusan penyusunan masyarakat, menepati firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan pemusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran". (An-Nahl: 90)
Prinsip keadilan adalah asas yang utama untuk mengatur dan melaksana urusan kehidupan dalam sesebuah masyarakat bernegara. Berurusan sesama manusia termasuk urusan pembangunan negara hendaklah melalui teras yang kukuh semoga ia menepati nilai kemanusiaan. Kecemerlangan sosio-ekonomi bernegara memerlukan kepada sistem penyusunan kegiatan masyarakat berteraskan semangat keadilan. Semangat ini memberi ruang untuk kesemua ahli masyarakat dapat berperanan secara positif dan berkesan.
Falsafah tauhid juga berpandangan bahawa kesemua ahli masyarakat memerlukan kepada kerjasama dan berfungsi secara harmoni di antara satu sama lain untuk menempah kejayaan. Adalah sesuatu yang lumrah bahawa keistimewaan dan kepakaran seseorang ahli masyarakat atau kaum mempunyai ciri kekuatan yang berbeza. Mereka pada tabiinya perlu memerlukan antara satu sama lain. Pandangan ini begitu berbeza dengan pemahaman ideologi sekular yang memberi perhatian yang penting kepada unsur perbezaan dan minat oleh seseorang individu atau kaum yang memberi alasan kepada wujudnya suasana konflik dalam menjalani kegiatan kehidupan bermasyarakat.
Allah berfirman yang bermaksud,
"Mahasuci Allah menjadikan berpasang-pasang semuanya, iaitu apa-apa yang ditumbuhkan di bumi dan diri mereka sendiri dan apa-apa yang tidak mereka ketahui". (Yasin: 36)
Dalam ayat lain Allah berfirman dengan maksud,
"Tiap-tiap sesuatu itu Kami jadikan berpasang-pasang, mudah-mudahan kamu menerima pengajaran". (Al-Dhariyat: 49)
Dengan penekanan semangat muafakat, Islam merasakan ia akan mengurangkan pertelingkahan di antara pasangan-pasangan unit dalam mengendali kehidupan bermasyarakat seperti sektor kerajaan - swasta; majikan -pekerja; penjual - pembeli; pengeluar - pengguna; dan pelbagai kaum dalam sistem negara yang berasaskan tauhid. Ini adalah kerana kumpulan tersebut mempunyai matlamat dan arah yang sama iaitu mengabdikan kepada nilai keadilan dan muafakat yang dituntut oleh agama. Dengan itu, dapat kita rumuskan bahawa Islam menganjurkan perhubungan secara kerjasama dan bukan secara pertelagahan. Bahkan kerjasama adalah inti kepada keutuhan kegiatan kehidupan bernegara.
Pendekatan Islam berkaitan dengan nilai muafakat dalam sistem kehidupan ini menolak dengan kerasnya pendekatan hidup dalam sistem ideologi sekular Kapalisme, seperti falsafah hidup - Struggle for Existence. Islam menyarankan Co-operation for Existence sebagai asas pegangan hidup bermasyarakat, bersesuaian dengan falsafah tauhid. Pendekatan ini adalah satu pendekatan yang menepati sifat muafakat yang pasti akan menghasilkan natijah yang positif kepada kegiatan masyarakat dalam negara pelbagai kaum dan juga kepada kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.
Tauhid juga mendidik manusia supaya sentiasa peka dalam perhubungan mereka dengan kejadian-kejadian Allah yang lain seperti sumber-sumber bumi, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Agen pembangunan dalam mengusahakan kejadian-kejadian Allah ini mesti sentiasa mengikuti garis-garis panduan yang telah ditentukan oleh Allah, seperti mengguna sumber-sumber dengan secekap yang mungkin dan jangan membazir atau memperhitungkan akibat dari penggunaan sumber-sumber tersebut supaya kebajikan masyarakat, umpamanya keruntuhan akhlak dan kekotoran alam tidak ujud. Walaupun kesemua kejadian-kejadian di bumi dicipta untuk keperluan dan kegunaan manusia, ahli masyarakat mesti menggunakan mereka dengan sempurna semoga ia tidak mendatangkan akibat buruk kepada kebajikan manusia sejagat. Dengan itu, setiap penggunaan sumber-sumber oleh ahli masyarakat, dalam kegiatan membangun negara ada ikatan dengan falsafah tauhid.
Natijah dari kefahaman konsep dan pelaksanaan tauhid dalam sesebuah sistem bernegara itu, akan lahirlah satu masyarakat yang mempunyai satu hala tuju yang jelas dalam urusan kegiatan mereka, iaitu ke arah usaha mewujudkan semangat keadilan dan muafakat dalam kesemua aspek negara termasuk aspek sosio-ekonomi.

Dari penghayatan falsafah tauhid, Islam memberi satu gagasan (framework) yang berbentuk pelbagai dimensi, dinamik dan sesuai untuk individu menyusun dan menjalani urusan bermasyarakat untuk membangun kemajuan diri, keluarga, masyarakat dan negara secara berkesan, bermakna dan harmoni. Pendekatan falsafah Islam ini akan dapat mewujudkan budaya hidup dan akhlak berurusan sesama ahli masyarakat menepati sifat kemanusiaan. Natijah dari pendekatan penyusunan kehidupan masyarakat tersebut, suasana sosio-ekonomi masyarakat pelbagai kaum akan menjurus kepada wujudnya keadilan dan kebajikan sosial.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment