Monday 3 November 2014

Jin atau manusia lebih jahat?

Sebaik baik jin,sejahat jahat manusia. Sedap bunyi kata-kata ini. Benarkah kata-kata ini. Di dalam Al Quran Kalamullah tidak wujud pernyataan ini. Dalam hadith juga tidak ditemui. 

Dari manakah ianya bersumber? 

Perkataan ini hanya wujud di kalangan orang Melayu. Dan boleh dikatakan ianya merupakan "hadith Melayu" yang tidak boleh diguna pakai. 

Jika dikaji ianya lebih kepada memfitnah jin. Berdosa tak?

Seharusnya kata-kata yang digunakan sebagai sandaran biarlah ada sumber yang sohih. Jangan terus petik dan sebarkan.

Apabila dirujuk kepada Al-Quran, kita dapati bahawa Allah SWT menyamakan di antara jin dan manusia dari segi sebahagiannya ada yang baik dan sebahagian lagi tidak. Dalam surah al-Jinn, ayat 11, Allah SWT menyatakan:

"Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan."
Begitu juga dalam surah al-Jinn, ayat 14 dan 15:

"Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar, Adapun yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam".

Dalam surah al-Dzariyaat, ayat 56: 

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu".


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai". Al-A'raaf, ayat 179

Maka tidak mungkin sejahat manusia adalah sama tarafnya dengan jin yg baik. Kerana semuanya adalah sama. Pembalasan di akhiran mengikut amalan masing-masing.

Wallahu a'lam.

1 comment:

  1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    ReplyDelete