Tuesday 8 October 2013

Salawat Tafrijiah

Mengamalkan selawat Tafrijiah adalah salah satu amalan yang sangat disenangi oleh orang-orang mukmin . Ada selawat “thibbil qulub”, ada selawat “tunjina”, dan masih banyak lagi. Belum lagi bacaan “hizib” dan “rawatib” yang tak terhitung banyaknya. Semua itu mendorong semangat keagamaan dan cinta kepada Rasulullah SAW sekaligus beribadah.

Salah satu hadis yang sangat popular yang membuat rajin kita membaca selawat ialah bahawa Rasulullah SAW bersabda: Siapa membaca selawat untukku, Allah akan membalasnya 10 kebaikkan, diampuni 10 dosanya dan ditambah 10 derajat baginya.

“Selawat Tafrijiah”, Khususnya bila mereka menghadapi permasalahan hidup yang rumit diselesaikan maka tidak ada jalan lain selain mengembalikan persoalan sulit tersebut kepada Allah SWT. Dan Selawat Tafrijiah adalah salah satu jalan mengadu kepada Allah SWT.

Berikut ini adalah bacaan Salawat Tafrijiah:
أللّهُمَّ صَلِّ صَلَاةً كَامِلَةً وَسَلِّمْ سَلَامًا تَامًّا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ الّذِي تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَائِجُ وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ وَحُسْنُ الْخَوَاتِمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ

Ya Allah, limpahkanlah selawat yang sempurna dan curahkanlah salam kesejahteraan yang penuh kepada junjungan kami Nabi Muhammad, yang dengan sebab beliau semua kesulitan dapat terpecahkan, semua kesusahan dapat dilenyapkan, semua keperluan dapat terpenuhi, dan semua yang didambakan serta husnul khatimah dapat diraih, dan berkat dirinya yang mulia hujan pun turun, dan semoga terlimpahkan kepada keluarganya serta para sahabatnya, di setiap detik dan hembusan nafas sebanyak bilangan semua yang diketahui oleh Engkau.

Dalam kitab Khozinatul Asror (hlm. 179) dijelaskan, “Salah satu selawat yang mustajab ialah Selawat Tafrijiyah Qurthubiyah, yang disebut orang Maroko dengan Salawat Tafrijiah kerana jika mereka (umat Islam) mengharapkan apa yang dicita-citakan, atau ingin menolak yang tidak disukai mereka berkumpul dalam satu majlis untuk membaca selawat tafrijiah ini sebanyak 4444 kali, tercapailah apa yang dikehendaki dengan cepat ( dengan izin Allah).”


Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment