Wednesday, 4 December 2013

GEJALA GANGGUAN JIN DAN KESANNYA

Tanda-Tanda Pada Waktu Tidur
  • Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
  • Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  • Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
  • Mimpi yang sangat menyeramkan.
  • Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  • Gigi/berlaga berbunyi pada waktu tidur.
  • Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  • Berperasaan sedih pada saat tidur.
  • Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  • Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  • Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
  • Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  • Bermimpi melihat hantu.

Tanda-Tanda Pada Waktu Sedar Atau Jaga

  • Kepala/pandangan rasa berpusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  • Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
  • Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
  • Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak dapat menesan penyakit atau sanggup mengubatinya.

Macam-Macam Gangguan Jin

  • Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
  • Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
  • Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
  • Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

1 comment:

  1. 안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/

    ReplyDelete