Hari ini, kita berada di bulan Rejab. Kemudian, seminggu dua lagi
kita akan menjejaki bulan Saaban. Dan – akhirnya akan tiba suatu bulan
yang amat-amat dirindui iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak.
“ Abang, apa persiapan kita untuk hadapi Ramadhan ini?,” Soal isteri saya.
Terkejut dan terkedu saya. Suatu soalan yang menyentap perasaan.
Seolah-olah tidak menyedari akan kehadiran Ramadhan yang bakal menjelma.
“ Persiapan?,” Saya soal diri saya.
Persiapan dan persediaan menghadapi bulan Ramadhan amat-amat penting.
Ia umpama sesi “warming-up” yang akan memberikan suatu posisi kesediaan
yang meliputi aspek kejiwaan, fizikal, rohani, minda dan emosi kita.
Justeru, seringkas dan se”praktikal” yang mungkin saya kongsikan warming up menuju
Ramadhan yang saya ambil berdasarkan panduan para ulama dan tips-tips
oleh kitab-kitab tulisan para ilmuan Islam sebagai rujukan bersama.
- Bertanya kepada tok guru dan lakukan pembacaan buku daripada kitab-kitab, buku-buku dan artikel-artikel berkaitan dengan Ramadhan.
- Lakukan warming-up dengan berpuasa setiap Isnin dan Khamis
- Latihan dan intensif tidur awal dan membiasakan diri untuk bangun awal.
- Mulakanlah membaca Al-Quran setiap hari dengan penuh tadabur, khusyuk dan terancang.
- Luangkan masa mendengar lantunan bacaan Al-Quran daripada pasangan anda, qari-qari yang terkenal dan kaset-kaset radio.
- Biasakan diri untuk sentiasa memelihara wudhuk.
- Dekati, hampiri dan bergaul dengan orang-orang yang alim, warak dan soleh.
- Setiap malam sebelum tidur, bermuhasabahlah diri kita.
- Perbanyakanlah mendirikan solat sunat setiap hari, terutamanya di saat sepertiga malam.
- Dalam sehari, berikanlah masa untuk bersendirian untuk berzikir kepada Allah SWT.
- Mulakanlah amalan bersedekah, sedikit demi sedikit.
- Bantulah orang lain yang sangat-sangat memerlukan sama ada dalam bentuk keilmuan, bantuan kewangan, pertolongan kudrat dan kemahiran yang kita miliki.
- Luangkan masa bersama ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja disekitar anda dan berbincangkanlah tentang Ramadhan yang bakal tiba, persediaan, harapan, perlaksanaan dan sebagainya.
- Bagi yang berkemampuan untuk mengerjakan umrah, maka rancanglah ia dengan sebaiknya.
- Hebah-hebahkan, war-warkan dan maklumkan tentang ketibaan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi kepada kenalan, sahabat handai dan sesiapa sahaja melalui SMS, emel, FB, twitter dan blog-blog anda.
Penutup : Kita mulakan.
Mari sama-sama kita mulakan sesi “warming up” ini. Sesi
memanaskan jiwa, perasaan, tumpuan dan fokus kita terhadap Ramadhan.
InsyaAllah, dengan sedikit persediaan ini kita akan lebih bersedia,
terarah, bertenaga dan memiliki matlamat yang jelas untuk dicapai
“sesuatu” yang berharga sepanjang bulan Ramadhan nanti.
Assalamualaikum Yob,
ReplyDeleteAlhamdulillah dah lama warming-up ni supaya tak 'terkejut' sistem! Tima kasih bagi tips2 yg membina!
x sabar nak masuk bulan ramadhan..
ReplyDeleterindu solat terawih & tadarus alquran ramai2..
menghitung hari nak tunggu Ramadhan dtg
ReplyDeleteramadhan semakin hampir. counting days!. ;)
ReplyDelete