Oleh: lonewolf
Ketika mengurusi politik luar negara, Rasulullah SAW telah
mengirimkan surat-surat diplomatik, melalui utusan diplomatik baginda yang mana
kandungannya mengajak pemimpin dan rakyat negara lainnya untuk memeluk agama
Islam.
Sebagai ketua Negara, Rasulullah SAW adalah Amirul Jihad
(ketua/pemimpin perang) dalam pelbagai pertempuran dan mengangkat beberapa
orang sahabat baginda sebagai Komandan di dalam beberapa peperangan.
Baginda mengutus Hamzah bin Abdul Muthalib dan sahabat lainnya
dalam pasukan perang menyerang Quraisy, mengutus antara lain Zaid bin Haritsah
menyerang Rom, Khalid bin Walid menyerang Dumatul Jandal dan banyak lagi.
Kesemua hal ini hanya boleh/layak dilakukan oleh seorang Ketua
Negara dan semua fakta ini merupakan hakikat yang tidak boleh dibantah bahawa
Madinah adalah sebuah Negara Islam dengan Ketua Negaranya adalah Rasulullah
SAW.
Bermula dari hijrah Rasulullah SAW yang keluar dari Negara Kufur
menuju tegaknya Negara Islam, agama Islam yang sebelum itu hanya menjadi anutan
pengikutnya sahaja kemudian telah bertukar menjadi agama yang memerintah negara
dan memerintah dunia.
Agama suci ini telah zahir di atas agama-agama yang lain dengan
peranan Negara (pemimpin) yang menerap dan mendakwahkannya ke seluruh pelosok
dunia. Namun malangnya, sejak kejatuhan Negara Islam lebih kurang 88 tahun
Hijrah yang lalu (28 Rajab 1342H), agama Islam sudah tidak lagi memimpin dunia
kerana tidak ada lagi Negara (pemimpin) yang menerap dan mendakwahkannya.
Umat Islam pula sering dipalingkan dari makna hijrah yang sebenar
oleh para pemimpin dan oleh ulama su’ (buruk) sehingga sudah tidak ada
kesedaran dari sebahagian besar umat Islam bahawa hijrah Rasulullah adalah
sesungguhnya bermaksud keluar dari Negara Kufur menuju Negara Islam, dan ini
merupakan sebuah kewajipan.
Adapun kewajipan mendirikan Negara Islam (Khilafah) adalah
merupakan konsekuensi dari kewajipan menerapkan seluruh syariah Islam sebagai
bukti keimanan seorang Muslim kepada Allah SWT. Keberadaan negara (kekuasaan)
adalah hal yang mutlak untuk itu.
Kewajipan menegakkan syariah Islam dalam pemerintahan seperti
menerapkan hudud Allah, qisas, ta’zir, menetapkan mata wang berdasarkan dinar
(emas) dan dirham (perak), mengadili pihak yang bersengketa, menjatuhkan
hukuman terhadap pelaku jenayah, mengirim pasukan perang, menjamin
pendistribusian harta di tengah-tengah masyarakat, menjamin keperluan pokok
(basic needs) rakyat, mengambil jizyah, kharaj, ghanimah, jihad dan banyak lagi
adalah termasuk dalam bidangkuasa (authority) negara, bukannya bidang kuasa
mana-mana kelompok atau individu.
Negara Islam (Khilafah) wajib mengembang dakwah Islam ke seluruh
dunia dengan metode yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW, iaitu jihad fi
sabilillaah. Sebelum melakukan perang (jihad fi sabilillah), Negara Islam
(Khilafah) terlebih dulu menawarkan beberapa tawaran alternatif:
- memeluk Islam;
- bergabung dan tunduk terhadap Daulah Islamiyah serta bagi ahl adz-dzimmah diberi kebebasan untuk menganut agamanya masing-masing dengan membayar jizyah;
- jika dua pilihan tersebut ditolak, secara syar‘î Daulah Islamiyah berhak memerangi mereka dengan jihad fi sabilillah.
Berikut Surat-Surat Rasulullah SAW yang diutus dengan cop rasminya.
Surat Rasul, ketua Negara Islam untuk Heraclius:
Dihyah bin Khalifah Al-Kalbi R.A. diutuskan kepada Qaisar (Maharaja Rom).
Terjemahan :-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Daripada Rasulullah kepada Hiraqal, Maharaja Rom,
Sejahteralah bagi orang yang mengikuti Al-Huda(petunjuk), amma
ba`du,
Maka sesungguhnya aku menyeru engkau dengan seruan Islam,
Masuklah Islam nescaya engkau akan selamat dan Allah akan
memberikan kepada engkau pahala sebanyak dua kali, maka jika engkau berpaling
maka sesungguhnya ke atas engkau dosa kaum Al-Arisiyyin( kaum Nasrani ) dan :
"Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada
suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu,
bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan
sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain
sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada
mereka:
"Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah
diri (kepada Allah. [ Surah Ali-Imran : 64 ]
Surat Rasul, ketua Negara Islam untuk Raja
Kisra: `Abdullah bin Huzaafah As-Sahmi R.A. diutuskan kepada Kisra (Maharaja
Parsi).
Terjemahan:-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Daripada Muhammad Rasulullah kepada Kisra Maharaja Parsi,
Sejahteralah kepada sesiapa yang mengikuti petunjuk dan beriman
kepada Allah dan RasulNya dan menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah yang satu tidak ada sekutu bagiNya, dan bahawasanya
Muhammad itu hambaNya dan RasulNya,dan aku menyeru engkau dengan seruan Allah
sesungguhnya aku ialah Rasulullah kepada manusia keseluruhannya, agar aku
memberi peringatan bagi sesiap yang hidup dan membenarkan perkataan ke atas
orang-orang kafir, maka masuklah kamu ke dalam Islam nescaya engkau akan
selamat, maka jika engkau enggan maka sesungguhnya ke atas engkau dosa majusi.
Surat Rasul, ketua Negara Islam untuk Muqaiqis :
Utusan baginda kepada Muqaiqis Maharaja Qibti Mesir.
Terjemahan :-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
daripada Muhammad hamba Allah dan RasulNya kepada Al-Muqauqis pembesar Al-Qibt(Mesir),
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
daripada Muhammad hamba Allah dan RasulNya kepada Al-Muqauqis pembesar Al-Qibt(Mesir),
Sejahteralah bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk, dan Amma ba`du,
maka sesungguhnya aku menyerumu dengan seruan Allah dan agar kita tidak
mempersekutukannya dengan sesuatu apa pun dan tidak menjadikan sebahagian kita
dengan sebahagian lain sebagai tuhan-tuhan yang disembah melainkan Allah, maka
jika kamu berpaling maka ke atasmu dosa Al-Qibti, dan wahai Ahli Kitab, marilah
(berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara
kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita
persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan
sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka
katakanlah kepada mereka:
"Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah
diri (kepada Allah. [ Surah Ali-Imran : 64 ])".
Surat Rasul, ketua Negara Islam untuk Najasyi :
`Amru bin Umayyah Ad-Dhamri R.A diutuskan kepada Najasyi (Maharaja Habsyah).
Terjemahan Melayu:-
Dengan Nama Allah Yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Daripada Muhammad
Rasulullah kepada An-Najasyi Maharaja Habsyah, sejahteralah bagi sesiapa yang
mengikuti petunjuk, amma ba`du, maka sesungguhnya aku memuji kepadaMu Allah
yang tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanNya Dialah Al-Malik, Al-Quddus,
As-Salaam, Al-Mukmin, Al-Muhaimin,
Aku bersaksi bahawasanya
`Isa bin Maryam ialah roh Allah dan KalimahNya yang diletakkannya kepada Maryam
Al-Batul At-Taiyyibah Al-Hasinah (yang terpelihara dari sebarang tuduhan) lalu
dia mengandungkan `Isa daripada rohNya dan tiupanNya sebagaimana Dia
menciptakan Adam dengan tanganNya, dan sesungguhnya aku menyerumu kepada Allah
yang satu tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanNya, dan agar saling
berwala` atas ketaatan kepadaNya dan jika engkau mengikutiku dan beriman dengan
apa yang telah datang kepadaku kerana sesungguhnya aku ialah Rasulullah dan aku
menyerumu dan tentera-tenteramu kepada Allah `Azza wa Jalla, dan sesungguhnya
aku telah sampaikan dan aku telah beri nasihat maka terimalah nasihatku, dan
sejahteralah bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk.
Wahai para pemerintah
yang memegang tampuk kekuasaan ketika ini!
Kalian telah di izinkan
Allah Azza Wa Jalla untuk memegang kuasa selama yang Allah kehendaki, maka
ambillah Al Quran dan As Sunnah sebagai petunjuk dalam pemerintahan. Nescaya
malapetaka umat ketika ini akan terpadam dan sinar kemuliaan akan datang.
Jika kalian meninggalkan
Al Quran dan As Sunnah sebagai petunjuk dalam pemerintahan, maka umat bersaksi
atas kalian ketika mana pemerintahan kalian diangkat. Seisi langit dan bumi
tidak memandang kalian kecuali dengan penuh kehinaan seperti keadaan Hosni
Mubarak,Ben Ali,Muammar Gaddafi,Ali Abdullah Salleh,yang menyoroti titik akhir
kejatuhan, Bashar Assad dan sekalian pemimpin yang akan diangkat kekuasannya
kelak.
Janganlah sekali-kali
kalian menjadi penghalang kepada usaha menegakkan agama Allah!Janganlah
sekali-kali kalian menjadi penghalang kepada usaha menegakkan Khilafah.
Sesungguhnya dosa dan azab yang pedih dari Allah Azza Wa Jalla akan menimpa
sesiapa sahaja yang menjadi penghalang tegaknya agama Allah.
Allah benar-benar
berkuasa ke atas kalian wahai para pemerintah!"
No comments:
Post a Comment