Mekah merupakan
tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat
iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua
umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah
dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan
graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan
untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang
diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh
dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman
kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada
sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada
Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah
teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam
Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di
dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang
paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran
anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika
bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa
bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan
sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib
kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan
tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan
posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang
sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan
mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara
semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak
mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran
darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru
dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran
darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan
tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga,
sihat dan panjang umur.
13. Manakala
bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya.
Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan
melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang
tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan
memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu
roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik
yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan
haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala
yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya
yang baru.
15. Selepas
selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk
melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di
sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari
segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima
oleh tubuh.
subhanallah..indahnya segala aturan Illahi..
ReplyDelete