Wahai Amirul
Mukminin, Rasulullah bersabda:
"Sesiapa
sahaja di kalangan pemerintah, apabila mati dalam keadaan menipu rakyatnya,
nescaya diharamkan syurga untuknya".
Wahai Amirul
Mukminin! sesiapa yang benci kepada kebenaran, sesungguhnya ia benci kepada
Allah. Kerana sesungguhnya Allah itu benar lagi membenarkan. Hendaklah Tuanku
tegakkan kebenaran dan keadilan ke atas rakyat. Tutuplah aurat (keaipan)
mereka. Janganlah dikunci pintu rumah Tuanku, atau mengadakan hijab
(penghalang) di antara Tuanku dengan mereka. Hendaklah Tuanku bergembira dengan
nikmat yang mereka terima, tetapi bersimpati dengan musibah yang menimpa
mereka.
Wahai Amirul
Mukminin! Urwah bin Ruwain berkata: "Pernah Rasulullah memiliki pelepah
kurma yang digunakan untuk bersugi hingga menakutkan kaum munafik. Kemudian turunlah
Jibrail bertanya: Hai Muhammad! Apakah pelepah kurma ini engkau gunakan untuk
menghancurkan atau menakutkan hati umatmu?"
WahaiAmirulMukminin! Relakanlah
dirimu dengan dirimu! Dan carilah keamanan daripada Tuhanmu! Gemarlah kepada
syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Ingatlah sabda Rasulullah:
"Sesungguhnya
panah yang dimiliki oleh ahli syurga itu lebih baik daripada dunia dan
seisinya."
Wahai Amirul
Mukminin! Sesungguhnya jika sesebuah kerajaan yang sebelummu itu kekal, nescaya
ia tidak akan sampai kepadamu. Begitu jugalah, ia tidak akan kekal di tanganmu
atau sesiapa sahaja.
Wahai Amirul
Mukminin! Ingatlah kata-kata Umar Al Khattab: ‘Jika mati anak kambing di tepi
sungai Furat (Iraq), nescaya aku takut akan dipertangungiawabkan mengenainya di
akhirat kelak!"
Maka bagaimana pula
halnya dengan rakyatmu yang tidak beroleh keadilan daripadamu sedangkan ia
sangat hampir denganmu?"
Peringatan seperti
ini sebenarnya hanya berani disuarakan oleh ulama yang mempunyai kekuatan jiwa
yang luar biasa dan bekerja kerana Allah. Dalam suratnya kepada khalifah itu,
Imam Auzai’ menyambung:
Wahai Amirul
Mukminin! Allah telah berfirman:
"Hai Daud!
Sesungguhnya Kami jadikan engkau khalifah di muka bumi. Sebab itu putuskanlah
sesuatu perkara di antara rakyatmu dengan kebenaran. Janganlah engkau turuti
kemahuan nafsumu, nanti engkau akan disesatkan dari jalan Allah’: Shad: 26
Wahai Amirul
Mukminin! Rasulullah bersabda:
"Setiap
pemerintah akan dibawa pada hari kiamat dengan tangannya dirantaikan ke leher.
Ia hanya dapat dibuka oleh keadilannya. Ia diberhentikan di atas titian sirat
di atas neraka yang akan bergerak dengan suatu gerakan yang akan menghilangkan
seluruh anggota daripada badan. Kemudian ia dikembalikan. Lalu hitung
amalannya. Kalau ia dahulu berbuat baik, nescaya ia lepas dengan kebaikannya.
Kalau ia dahulu berbuat jahat, nescaya pecahlah titian itu, lalu ia terhumban
ke dalam neraka tujuh puluh kharif (jarak masa setahun)."
Wahai Amirul
Mukminin! Umar r.a. berkata:" Amir (pemerintah) itu ada empat jenis:
Amir yang kuat;
yang dapat mengawal diri dan pegawai-pegawainya. la seperti mujahid (orang yang
berjihad). Tangan (kekuasaan) Allah dan rahmatNya terhampar ke atasnya.
Amir yang lemah;
yang dapat mengawal dirinya sendiri sahaja dan tidak pegawai-pegawainya. la
dalam keadaan yang membahayakan sebagaimana sabda Rasulullah: "Pengembala
yang terjahat itu bahaya yang menghancurkan. Dia itu binasa sendiri. "
Dan Amir yang
membiarkan dirinya dan pegawai pegawainya menurut hawa nafsunya. Mereka
kesemuanya akan binasa."
Wahai Amirul
Mukminin! Umar Al-Khattab telah berdoa:
"Wahai
Tuhanku. Sekiranya menurut ilmu-Mu, aku akan terpengaruh, apabila dua rakyatku
dihadapkan kepadaku, kepada yang miring daripada kebenaran, baik yang dekat
atau jauh, maka janganlah Engkau biarkan aku walaupun sekelip mata".
Wahai Amirul
Mukminin! Sesungguhnya yang paling berat ialah berdiri tegak untuk menegakkan
kebenaran kerana Allah. Yang paling mulia di sisi Allah ialah taqwa. Sesiapa
yang mencari kemuliaan dengan mentaati Allah, nescaya ia akan diangkat dan
dimuliakan oleh Allah. Sesiapa yang mencari kemuliaan dengan membuat maksiat
kepada Allah, nescaya ia dihina dan direndahkan oleh Allah.
..........................................................................................................
Bacelah sejarah
siapa dibelakang maharaja Najasyi, Umar Ibnu Aziz, Sultan Salehuddin al Ayubi,
Sultan Murad II, Sultan Muhammad al Fateh, Maharaja Aurangzeb..
aiseyh, berat sungguh ye tanggungjawab sbg pemimpin.. kalau x amanah, mmg derita la time akhirat nanti.. HUHU
ReplyDeleteMySuaraBlog: 7 Keajaiban Selepas Menangis
selamat hari raya Aidil Adha dari kami sekeluarga....
ReplyDeleteNice kaka.. :)
ReplyDeleteKazman & Sue : Selamat Hari Raya Idul Adha juga dari saya sekeluarga.
ReplyDelete