Wednesday, 5 October 2011

Kisah Cinta Salman Al Farisi

Pernah baca kisah cinta Salman al-Farisi? Jika belum, sila baca kisah di bawah ini...
Begini ceritanya. Di saat beliau merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama, dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para pemuda di Kota Madinah. Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi, penuh warna dan cinta.

Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman berbincang ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.
“Subhanallah...alhamdulillah” terpancut kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.
Maka berjalanlah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.
“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya” berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah bahasanya.
“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang utama. Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.
“Silakan tuan...” balas Abu Darda’.
Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.
“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan”
“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua. Sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.
“Allahu Akbar... Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti” dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.
“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.
(kisah ini dipetik dari buku Jalan Cinta Para Pejuang - Salim A. Fillah)
* * *
Sedih kan kisah cinta Salman al-Farisi ini? Namun, akhlak yang beliau tunjukkan subhanallah... sangat hebat. Bayangkan jika kita yang berada pada dikedudukan Salman, mampukah kita memberikan reaksi seperti beliau?
Salman mengajar kita, bahawa cinta tidak harus memiliki. Dan hakikatnya, kita memang tak pernah memiliki apapun dalam kehidupan ini. Semuanya milik Allah.
Salman juga mengajar kita, akhlak seorang lelaki yang soleh. Itulah bukti akhlak Islamiyyah yang terbaik kerana akhlak itu adalah reaksi pertama kita terhadap sesuatu perkara tanpa berfikir panjang. Jika kita sedikit terkilan atau rasa hendak marah pada mulanya, dan kemudian barulah kita bersabar, itu bukanlah akhlak yang terbaik lagi. Salman benar-benar membuktikan ketinggian akhlaknya.
Salman juga mengajar kita, erti hidup pada memberi. Memberi tidak bererti mengurangi apa yang ada, tapi bersyukur dengan apa yang dimiliki. Salman memberi dengan penuh keikhlasan. Subhanallah...
~Semoga Allah memberikan ketinggian akhlak kepada kita sebagaimana diberikan kepada Salman al-Farisi. Aminn!!~


28 comments:

  1. subhanallah..kalo sy kat tempat salman al farisi..mst sy akan marah sangat!

    ReplyDelete
  2. Sedih nya...memang la redha, tapi hati yang remuk redam macamana?? aduhai...sedih!

    ReplyDelete
  3. sy suka nama salman al farisi...akhlaknya pun layak dikagumi.. =)

    ReplyDelete
  4. sedang laluinya ketika ini...mula2 memang marah..akhirnya..tiada guna untuk marah dan sebagainya..takdir dan jodoh itu sudah ditetapkan...cuma tawakaltu'allah...

    p/s: kecewa memang kecewa, tapi sampai bila. berubahlah wahai hati...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya salman al farisi buka saja redha..tapi siap minta maaf kt kwn dia sbb mungkin dia ganggu jodoh yg telah ditetapkan oleh allah utk kwn dia tu..kenapa mereka boleh berada pada tahap hati yg kental macam ini? sbb mereka bersahabat kerana Allah..mencintai kerana Allah...dan redha segala qada dan qadar Allah...dalam hati mereka hanya ada Allah..

    ReplyDelete
  7. Salman bukan mencintai dgn cara org skrg. Mungkin beliau hanya mempunyai perasaan terhadap wanita itu. Perasaan itu juga dipupuk hanya kerana Allah, kerana wanita itu solehah. Memang cukup hebat cinta orang Islam dahulu berbanding cinta Islam zaman skrg. Semoga kita smua akan merasai saat-saat Islam kembali seperti di zaman Salman Al Farisi dan Abu Dardak ini.

    ReplyDelete
  8. tinggi nya akhlak Salman al farisi.

    ReplyDelete
  9. wahh :D

    ada ke orang yang cam ni eh?

    ReplyDelete
  10. Cik Orkid, sudah pastinya orang spt Salman al Farisi itu ada. Beliau merupakan seorang sahabat Rasulullah. Dalam peperangan Khandak, Salman al Farisi inilah yang mengemukakan idea untuk menggali parit di sekeliling kawasan pertahanan tentera Islam.

    ReplyDelete
  11. kagum dengan akhlak Salman al farisi :)

    ReplyDelete
  12. subhanallah..Ya Allah, kurniakan saya hati yang seteguh salman al farisi ini..amin..

    ReplyDelete
  13. subhanallah..akhlak yg patut dicontohi..:))
    thanks for sharing..

    ReplyDelete
  14. sungguh tauladan yang baik...patut dicontoh

    ReplyDelete
  15. Subhanallah.. Maha Suci Allah. tingginya akhlaknya. boleh dijadikan panduan utk meningkatkan lagi akhlak saya yang masih sangat rendah ini.

    MOHD NASER.com

    ReplyDelete
  16. panduan akhlak yang patut dicontohi...

    ReplyDelete
  17. Sungguh di luar dugaan saya, reaksi dari Salman Al Farisi. Menjadi pelajaran yang berharga buat saya, caranya menyikapi sebuah keputusan, benar-benar patut di contoh.

    ReplyDelete
  18. Subhanallah, sangat inspiratif..

    ReplyDelete
  19. Subhanallah...cinta tak semestinya bersatu.

    ReplyDelete
  20. ikhtibar buat semua

    ReplyDelete
  21. subhanallah..... kalau ACM kat tempat dia mesti tak tau nak buat apa... rasa marah, terkilandan macam2 lagi.. ini pengajaran buat kita semua..^_^

    ReplyDelete
  22. subhanallah,,kisah syiar Islam yang mengingatkan diri sendiri untuk berkehidupan yang lebih baik dalam agama dan ibadah kepada Allah semata :) terimakasih sahabat

    ReplyDelete
  23. Subhanalloh... di jaman skrg ini masih adakah yang seikhlas itu..??' Semoga saja..'

    ReplyDelete
  24. Subhanallah..alhamdulillah.. Allahu akbar!! sangat ta'ajub baca kisah ni.. semoga hati kita menjadi seteguh dan seikhlas Salman Al-Farisi..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  25. nice post..
    Kisah ini sama dengan kisah yg ada di blog saya :)

    http://khoirunnisa-syahidah.blogspot.com/2011/05/afwan-bila-ku-tolak-khitbahmu.html

    ReplyDelete